Khamis, 23 Disember 2010

Adakah saya seorang penulis yang punyai pembaca?

Pelbagai kisah berlalu dan diharungi. Namun bicara yang kedengaran kadang-kadang seolah-olah berada dalam kepalsuan dek terlalu banyak huaraian yang mencetuskan nilai tidak percaya oleh para pembaca. Saya harus akui, siapalah saya untuk memaksa mereka mempercayai setiap bicara saya.

Digambarkan sebagai penulis yang mampu pergi jauh, itulah yang diperkatakan kepada saya. Namun saya tertanya-tanya benarkah kata-kata mereka? Atau satu pujian kosong nak sedapkan hati sahabatnya? Saya tak tahu jawapannya. Persoalan yang senantiasa bermain di fikiran saya.

Saya juga terfikir, sejauh manakah pembaca yang membaca setiap bicara baru saya? Sejauh manakah pembaca setia yang mengikuti tulisan saya? Apakah saya punyai pembaca? Menarikkah tulisan buat sesiapa membaca setiap bicara saya? Tertanya-tanya saya juga.

Saya harus akui, ramai yang mengkritik tulisan saya. Ada yang berkata saya menulis tanpa memikirkan sensitiviti orang lain. Ada juga yang menyatakan tulisan saya sebagai peraih simpati orang. Ada juga yang menyatakan saya terlalu terbuka kepada orang hingga saya mendedahkan kelemahan saya pada orang lain.

Kebencian dihamburkan kepada saya. Penulis yang senantiasa dihamburkan dengan kata-kata penghinaan, itulah diri saya.

Semua itu kadang-kadang telah melemahkan saya. Saya terfikir, benarkah saya adalah seorang yang tak berhati perut, seringkali wujudkan rasa di hati terkilan dalam kalangan kenalan saya? Sebab bila fikirkan kembali, saya terdetik di hati, ada harusnya saya untuk meletakkan pena dan menghentikan bicara, dan akhirnya bersara meninggalkan penulisan.

Mengapa saya menulis?

Jawapan yang sama pasti saya keluarkan. Semuanya kerana minat yang wujud, maka saya menjadi penulis. Harus diakui, pasti membosankan bila bicara dengan saya, bila berkawan dengan saya. Membosankan bila bersosial dengan penulis, kerana penulis hidup dalam dunianya sendiri, yang tak ramai mampu fahaminya. Saya tahu, saya lemah dari segi hubungan sosial dengan orang ramai, namun harus saya akui, saya kini sedang memperbaiki kemahiran sosial saya ini.

Apakah yang saya tulis?

Saya menulis mengenai pelbagai perkara. Tidak pernah saya fokuskan terhadap sesuatu perkara sahaja. Semua yang terlintas di fikiran saya, maka itu yang akan saya jelmakan. Semua perkara saya sentuh kecuali politik sahaja. Mengapa tidak politik? Bagi saya, bila bicara politik, maka saya hanya mengundang perpecahan dalam kalangan pembaca. Kerana politik, sesebuah masyarakat boleh terpecah dua. Alasan itu, maka saya tak mahu bicara politik.

Saya lebih banyak menulis mengenai diri saya. Harus diakui, setiap yang datang dari sudut hati sendiri adalah lebih mudah untuk dibicarakan berbanding dengan perkara yang berasakan fakta dan huraian yang panjang. Makanya, setiap kali saya merasakan sesuatu terdetik di hati saya, dan saya memerlukan satu bentuk luahan, makanya saya pilih penulisan sebagai medium untuk saya nyatakan sesuatu. Bila bicara itu dikongsikan kepada rakan-rakan, betapa lega di hati yang saya rasa.

Saya juga turut berkongsi kisah yang pernah saya alami. Setiap kisah itu akan saya kongsikan jika saya dapat merasakan ada sesuatu pengajaran yang boleh saya sampaikan buat rakan-rakan. Saya harus akui, pelbagai kisah yang saya lalui bila setiap kali berkunjung ke sesuatu tempat. Dek saya yang suka berkunjung dan berjalan ke serata tempat, maka banyak pengalaman yang saya kutip. Harus diakui, kadang kala kisah yang dilalui adalah di luar jangkaan dan saya sendiri tidak sangka terdapat segelintir manusia yang menghadapi situasi begitu.

Namun, saya tidaklah menulis tentang semua mengenai diri saya. Terdapat ketikanya saya berkongsi bicara dalam nada yang berbeza. Saya juga kadang kala menulis untuk menyedarkan rakan-rakan dengan menggunakan fakta dan huraian yang tepat. Bicara ini amat sukar, kerana saya perlukan sebuah ketelitian dan kajian yang tepat, kerana selepas itu barulah akan saya tuliskan sebuah bicara. Harus diakui, saya jarang menulis bicara berdasarkan sebuah fakta dan huraian yang mendalam.

Kepada siapa saya tujukan tulisan dan bicara saya ini?

Ramai. Itu jawapan saya. Tulisan saya bersifat umum. Makanya saya jarang untuk tulis bicara saya dan kemudian dispesifikkan ditujukan kepada seseorang. Saya jarang menulis hanya untuk satu dua pihak sahaja. Saya suka menulis untuk semua. Namun, harus saya akui, kadang kala terdapat juga bicara yang saya tulis ditujukan kepada seseorang. Terdapat satu dua bicara memang saya tujukan pada seseorang. Kebanyakan bicara itu saya tuju bila saya meluahkan isi hati.

Ayong, Adina, Ain, Zaki, Maghfur, Izzat, Musleeha, Farhani, dan beberapa rakan lain, mungkin merekalah yang seringkali terbayang di fikiran saya setiap kali menulis bicara. Ya, mungkin merekalah yang seringkali saya tujukan bicara saya. Mengapa? Kerana saya harus akui, mereka membaca bicara-bicara saya (walaupun harus saya akui, tak semua bicara saya mereka baca)

Apakah harapan saya selepas menulis?

Cuma satu sahaja yang saya harapkan. Moga mendapat pengajaran dan sebuah pengalaman baru bila membaca bicara saya. Saya mengharapkan, saya dapat menyebarkan sedikit kesedaran di sebalik setiap kisah yang saya kongsikan. Saya berharap moga mereka terhibur dan menikmati pembacaan tersebut. Saya juga harapkan, moga apa yang disampaikan tidak menjadi sebuah bicara kosong, kerana apa yang saya harapkan, semua bicara itu punyai sedikit pengisian.

Apakah pesanan saya buat kalian?

Saya mengharapkan moga kalian dapat membaca bicara saya. Saya tidak memaksa, sekadar menyeru supaya dapat hendaknya mengambil sedikit masa kalian untuk membaca bicara saya. Harus diakui, saya ternyata pasti gembira dan senang, jika bicara itu dibaca dan di akhirnya itu memberi kesan yang positif buat diri kalian. Harapan saya, jika ada kekurangan dan kesilapan yang saya lakukan, saya berharap moga kalian dapat menegur dan menyatakan kesilapan saya itu.

Adakah terdapat pertanyaan yang bermain di fikiran?

Harus diakui, terdapat beberapa persoalan bermain di fikiran saya. Ingin juga diajukan buat rakan-rakan, namun saya tak tahu jika ada yang membaca bicara yang membosankan ini. Memang banyak persoalan yang wujud dan ingin benar diketahui jawapannya.

1. Adakah terdapat pembaca yang membaca setiap bicara saya ini?
2. Adakah tulisan saya menarik?
3. Apakah saya mampu pergi jauh dalam bidang penulisan?
4. Adakah saya mempunyai pengikut setia bagi setiap tulisan saya?
5. Adakah tulisan saya menjengkelkan?
6. Adakah saya banyak mengguris hati dan perasaan orang menerusi tulisan saya?
7. Perlukan saya ubah gaya penulisan saya?
8. Adakah tulisan saya bersifat stereotaip?
9. Perlukah saya cuba berjinak-jinak menulis perkara berkaitan politik?
10. Adakah saya perlu bersara dari bidang penulisan?

Sepuluh persoalan yang bermain di fikiran. Ingin benar soalan itu dijawab oleh rakan-rakan. Tapi saya tak tahu, jika ada yang membaca bicara ini. Harus saya sedar, saya penulis yang terlalu kerdil. Cetek pengalaman dan banyak kelemahannya. Banyak yang saya harus belajar sebelum mampu menjadi penulis yang benar-benar berkaliber dan mempunyai identiti yang utuh.

Wallahualam.

p/s: saya memang suka membaca tulisan Datuk Johan Jaafar yang seringkali memerihalkan fakta-fakta yang bernas. Suka juga membaca tulisan Datuk A. Kadir Jasin, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times yang seringkali muncul dengan tulisan yang cukup menarik. Begitu juga tulisan Zainul Arifin yang seringkali tajam memberikan hujah dalam akhbar New Sunday Times. Saya juga turut tertarik dengan bicara Datuk Seri Hadi Awang, dalam halaman Harakah, atau mungkin juga tulisan Datuk Seri Anwar dalam blognya. Saya juga sukakan tulisan Datuk Chandra Muzzafar yang kadang kala muncul dalam halaman New Straits Times. Harus diakui juga saya turut menjadi pengikut setia blog Tun Dr. Mahathir Mohamad. Hakikatnya, saya bukan membaca tulisan berasaskan latar belakang politik tokoh tersebut, tetapi saya membaca berdasarkan sejauh mana menariknya pandangan yang diberikan tokoh itu. Penulisan membutakan mata saya terhadap pandangan politik mereka.

23 Disember 2010, 1.00 am, Taping.


3 ulasan :

bud@k_p$!k0 berkata...

1- setiap bicara ada pembacanya..xsmstinya pas bace tiap bicara na komen tiap 1 nye..^_^

2- tulisan menarik or x, itu berpandu pd pembace..xsmstinya 1 bicara tu dpt mnarik perhatian semua pmbace..jd, jgn risau sal mnarik or x..hehe..

3- selagi kamu mampu berfikir n hasilkan tulisan, slagi tu la kamu de potensi tuk pergi jauh..cuma, bakat tu kena sentiasa asah..baru leh bertambah mantap..^_^

4- insyaAllah ada pengikut setia..mgkin pembaca setia tu xtunjuk yg die sntiasa mnggu2 tulisan baru dr kamu..^_^

5&6- tulisan jengkel or x dan guris hati or x..tiap tulisan kamu xcopy dr mana2 kn?? lahir dr hati kamu kn?? berdasarkan hidup kmu dan fmily kamu kn?? jd xperlu risau sal jengkel or x, guris hati org or x..tulislah ape yg kamu nk tulis asalkan ada faedah dan pengajarannya..^_^

7- setiap penulis ada cara tersendiri dlm penulisannya..jika kamu rasa tulisan kamu membosankan, cuba ubah menjdi santai..jika rasa tulisan kamu terlalu santai, cuba penuhkan dgn pengisian..sekadar pandangan sy..^_^

8- tulisan kamu bersifat stereotaip or x..pd saye tidak..^_^
9- bab politik, lau kamu rase perlu utk sampaikan pndgn kamu, silakan, tp dlm sampaikn pndgn dlm bab politik, berhati2 la..politik adlh perkara yg sensitif dlm ngra kite..jika slh bicara, terutama menerusi media, bersiap sedia la dgn risikonya..

10- sekadar nasihat dr sy..lau kamu bersara dr bidang penulisan, itu bermakna kamu cuba membuang dan memadam bakat kamu..kamu ada klebihan dlm bidang ni..walupon bidang penulisan ni bkn sumber pencarian rzki kamu, jdkan la hobi kamu dimasa lpg..truskan usaha utk membuat tulisan baru..asah bakat yg sedia ada supaya dpt dimanfaatkan..spya dpt menyampaikan ilmu walaupon cuma sebaris ayat..syg jika kamu bersara..

..sissa.. berkata...

yazid..
aku x reti sgt nk bg komen ni..tp ape yg aku rase skrg ni..
ko mmg sorg penulis yg talented.
ko boleh menulis n yes, u have ur own readers. setiap tulisan ko ade daya penarek sendiri untuk buat org bace n fahami.
aku harap ko stay lah menulis, sbb bg aku..menulis ni satu terapi yg baek :)
bile kite stress, sedey, marah or even hepi sekalipon, kalau x de sape yg nk dgr luahan hati kite, menulis lah satu care yg terbaek untuk luahkan perasaan kite. bg aku laa..n itu lah yg aku buat, n tats one of the reason for me to have a blog of my own..tp untuk org laen, terpulang lah :)

tu saje.. ^___^

Muhammad Yazid Rosly berkata...

thanx buat semua. komen kalian buka sikit pandangan saya. insyaallah, akan dikekalkan bidang penulisan ni. tak akan bersara.