Jumaat, 1 Julai 2011

Cinta Taman Hujung Alunan, hembusan intipati rencana aturan hati

Sesuatu yang disusuli dengan satu muhasabah
Ancaman perasaan nyatakan kesilapan
Yakinkan hati, bicara dihentikan dek katanya: semuanya mustahil
Angkatkan diri, jauhkan darinya

Rahsia diungkap, dalam sebuah luahan
Intipati tersirat, sekadar sulaman nyatakan hakikat
Nada bertempo, bukan sumbang tapi dinikmati
Desakan hati bukan semua mampu dipenuhi
Undurkan dari sisi, majukan ke depan sambil harus dilupakan
Kata-kata berbicara, panjang mungkin memikat hati
Alunan suara, terngiang-ngiang dalam bisikan
Natijahnya ada, rahsianya tak dibuka

Taman dihiasi dengan sebuah pengakuan
Hati diputuskan dia mungkin pilihan
Antara angan dan hakikat, satu jawapan
Hantaran jujur dikirimkan
Isinya mudah, mahu diketahui apa yang dirasakan
Rahsia diketahuinya tanpa dinyatakan kesudahannya
Aliran mula terganggu, menutup keceriaan
Hancurkan semua kelajuan dan kecantikan.

Satu hari bila berbicara
Andaian disusun pelbagai cereka
Yang terhormat diangkat dijulang
Agungkan dia, naikan darjat

Coretan dalam sebuah rahsia
Inspirasi wajah, cetuskan bicara
Nur dituliskan dalam sebuah pengkisahan
Termaktub dalam kisah dia dan dia
Asyik tenggelam cintanya dia dan dia

Tanpa sedar, itu mustahil
Huraian dinyatakan, sekadar angan-angan
Andai mahu diteruskan impiannya
Himpitan mustahil muncul empat penjuru
Ingkarkan hasrat dan cita-citanya
Robohkan kenangan manis yang mahu dibina
Angan-angan tak bersatu dengan hati dan perasaan
Hembusan rindu pasti tak kesampaian.


1 ulasan :

Khadijah berkata...

Bila dibaca sajak ni, ternampak mesej tersembunyi dlm sajak ni. Klu diperhati betul2, mmg ada kata-kata tersembunyi dlm sajak ni. Congratz, sebab kamu kreatif dlm memasukkan 'mesej' tu.

dah berjaya huraikan mesej tersebunyi tu.....