Ahad, 9 Jun 2013

Sembang-sembang Selasa: Patrol Helang Kelana Siswa 1




Ya, mungkin ada kalanya pengalaman-pengalaman seringkali berputar di fikiran. Kata orang, yang indah itu kadangkala terbawa sampai ke alam mimpi. Ya, pengalaman dikutip memang bernilai.

Kisahnya, dek leka atau memang disengajakan, maka tatkala masuk ke semester 6, barulah kelam kabut untuk mengambil subjek ko bagi unit beruniform. Ah, masakan tidak, selama ini lebih selesa melapangkan hujung minggu Sabtu dan Ahad bagi memudahkan diri untuk pulang ke Taiping setiap dua minggu. Ya, itu dulu.

Semester 6, maka diputuskan untuk diambil unit beruniform Kelana Siswa 1, itupun atas pilihan terakhir disebabkan tiada pilihan dan kesesuaian waktu kelas secocok dengan jadual kuliah semester 6. Ah, pada awalnya mungkin kelihatan seperti terpaksa gayanya. Benar, semester 6 beban tugasnya di luar kebiasaan. Tugasannya berstatus ‘hentak kepala’ dan  ‘pecah kepala’. Tanpa henti kerja demi kerja, tatkala sibuk dengan Lesson Plan diikuti pula dengan micro teaching, tak dilupakan juga macro teaching, membawa diri berkunjung ke sekolah, mengajar pula para pelajar yang sebenar. Itu lumrah bila semester 6 menjengah.

Ya, mungkin sedikit beban, namun tatkala minggu demi minggu dilalui, menghadiri kelas Kelana Siswa setiap Sabtu, diikuti pula dengan dua perkhemahan yang semuanya berjumlah 6 hari 4 malam, maka mungkin perspektif itu berubah sedikit.

Maklumlah, tatkala mengenali individu-individu yang menjadi ahli patrol 1 (Helang) dalam Kelana Siswa, maka keseronokan mula tercipta. Ah, ceria-ceria sahaja mereka ini. Punyai karektor yang mampu membuatkan mereka yang lain ketawa. Seramai sepuluh ahli, lima lelaki dan lima perempuan, maka jika mahu dinyatakan perihal mereka, pelbagai keragaman dapat dilihat.

Maka namanya begini:




Nur Syarmimie

Semester 2 dengan jurusan Bahasa Melayu di UPSI dan merangkap Penolong Ketua Patrol Helang, maka orangnya didefinasikan sebagai kuat berceloteh. Mungkin juga individu yang paling banyak berceloteh dan seringkali mencipta kemeriahan dalam kem patrol Helang. Loghat pekat utaranya memang tak dapat dihilangkan, namun itulah yang seringkali mencipta kelucuan dan kegelian hati. (mungkin juga sentimen penulis sebagai orang utara yang suka mendengar celoteh orang utara).

Selaku penolong ketua, harus diakui Mimie melakukan tugasnya dengan cukup baik. Senantiasa memudahkan kerja ketuanya yang kadangkala kebatasan masa. Dalam erti kata yang mudah, Mimie punyai cirri-ciri pemimpin yang berkesan.

Oh ya, Mimie ni suka menjamu orang lain makan. Sewaktu perkhemahan, Mimie adalah individu yang seringkali menyuruh ahli-ahli lelaki makan. Dah tak terlarat nak menurut pelawaan Mimie ni.



  
Nur Syuhadaa

Asalnya juga dari negeri utara, kursus Bahasa Melayu semester 2. Rakan serumah Mimie, ternyata karektornya juga tiada bezanya dengan Mimie. Kehadiran Syuhadaa pasti akan mengecohkan suasana dalam patrol Helang. Keletah Syuhadaa kadangkala melucukan apabila bergurau. Ya, seringkali Shahril orang yang paling terhibur dengan gurauan Syuhadaa. Mungkin hanya dari sudut perspektif penulis, kelihatan Syuhadaa ini pandai memasak, cekap dan pantas tatkala menyediakan hidangan.

Kalau nak berbual, maka Syuhadaa merupakan ‘subjek’ yang paling mudah untuk diajak bersembang. Ada sahaja perkara yang dikongsikannya. Mungkin itu ‘characteristic’ yang ada padanya.





Ubaidah

Orangnya mungkin agak pendiam, atau mungkin dengan ketuanya sahaja dia kurang bercakap. (tak tahulah...kan). Namun kelihatan Ubaidah merupakan individu yang rajin bekerja. Sepanjang dua siri perkhemahan, Ubaidah dilihat seringkali sibuk dengan pelbagai kerja. Dari memasak sehinggalah membuat gajet bagi perkhemahan, maka itulah yang dilihat pada perspektif penulis. Harus diakui, penulis kurang berinteraksi, dan mungkin agak sukar untuk berbual dengannya. Mungkin kejanggalan atau mungkin tak biasa. Namun Ubaidah orangnya senang mesra, mudah tersenyum.



Mira Adilla

Menetap di Selangor, asalnya Johor. Pelajar lepasan STPM  dan mengambil jurusan Bahasa Melayu di UPSI. Baru semester 2, dan serumah dengan “Mimie and co”. Mira seorang yang pendiam dan agak segan dengan lelaki. Jarang sekali Mira bercakap dengan ahli lelaki yang lain, namun itu tak bermakna Mira sombong. Lumrah, perempuan kadangkala rasa segan dengan lelaki. Namun itu kalau di luar. Tapi bila di Facebook, perwatakannya agak gila-gila juga. (mungkin..)

Mira adalah ahli yang paling senyap dalam kalangan ahli patrol. Tak banyak bercakap, tetapi kerjanya berjalan. Seringkali dilihat membantu Mimie dan Syuhadaa melakukan kerja. Orangnya ceria, cuma tak ditunjukkan sangat pada orang lain.




Alina

Juga serumah bersama “Mimie and co”, Alina juga merupakan pelajar semester 2, Bahasa Melayu. Asalnya dari pantai timur, tapi kelihatan loghat utara menguasai sedikit pertuturannya. Mungkin ‘effect’ tinggal dengan rakan-rakan rumah yang majoritinya orang utara. Orangnya sangat serius, dan agak teliti apabila melakukan kerja. Seringkali mengatur setiap perjalalan kerja, Alina dilihat agak berpengalaman dalam ‘camping’.

Sepanjang dua siri perkhemahan sebelum ini, kelihatan Alina sangat tegas dan serius. Tapi bukanlah garang macam singa. Baik-baik sahaja orangnya.




Firdaus

Pelajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan usianya menjangkau 25 tahun, Daus dilihat seringkali bersahaja dan tenang. Tak banyak merungut, dan apabila disuruh untuk melakukan sesuatu kerja, Daus mudah sahaja menurut arahan. Daus orangnya mudah diajak berbual. Mungkin kadangkala agak pendiam, namun hakikatnya ramah orangnya. Nampak seperti Daus tidak melakukan apa-apa, namun Daus dalam diam menjadi peserta terbaik bagi perkhemahan kedua Kelana Siswa.

Walaupun tidak biasa melakukan sesetengah kerja, Daus dilihat berani untuk mencuba. Cubaannya itu ternyata berbaloi kerana setiap kerja yang dilakukannya pasti akan membuahkan hasil. Ah, digelar sebagai ‘sangap’ , tapi dalam diam ada isinya.



 
Farhan

Senior yang paling senior mungkin dalam kalangan ahli patrol Helang. Umurnya kini telah menjangkau 27 tahun, merupakan pelajar Pendikan Jasmani semester 6 di UPSI. Maka, harus diakui Farhan punyai banyak pengalaman. Pelbagai kerja-kerja pertukangan dengan mudah dapat dilakukan Farhan sewaktu perkhemahan. Serba tahu dalam pelbagai perkara membabitkan perkhemahan, Farhan banyak mengajar ahli-ahli lelaki lain. Cekap saja kalau Farhan menebang buluh atau dahan. Tak makan masa yang banyak.

Ya, sewaktu perkhemahan, Farhan senantiasa mencuri masanya untuk makan. Paling tidak dilupakan adalah sewaktu Farhan bersama Syazwan memasak Maggi di tengah malam, pada malam terakhir perkhemahan yang pertama. Di kala yang lain sibuk menyiapkan gajet untuk tapak perkhemahan patrol masing-masing, Farhan dan Syazwan sibuk menunggu air mendidih untuk memasak Maggi. Lucu jadinya.
 



Syazwan Amir

Umurnya 23 tahun, rakan baik kepada Farhan. Pelajar semester 6 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, maka Syazwan juga dilihat sekepala dengan Farhan. Maklumlah, rakan baiknya, maka ke mana Farhan pergi, pasti Syazwan akan ikut. Syazwan agak pendiam, dan tak banyak bercakap tatkala baru mengenali orang baru. Namun bila dah kenal, Syazwan baik orangnya.

Ya, mungkin agak serius, namun dalam seriusnya itu masih ada guraunya. Syazwan mudah untuk mengikut arahan yang diberi, dan sangat ringan tulang dalam melakukan kerja walaupun mungkin kerja itu tak pernah dilakukannya.


Ini Perodia Myvi Shahril (Jangan tanya sebab apa tak ada wajah Shahril)



Shahril Saibon

Ya, ‘last but not least’, sahabat karib penulis sejak semester 1 lagi. Tak tahu untuk memerihalkan perwatakan sahabat ini, namun ciri yang paling jelas yang ada padanya ialah seorang yang sangat ramah. Shahril pandai bergurau dan bijak bergaul dengan rakan-rakannya. Satu lagi ciri unik yang ada pada sahabat ini ialah dirinya petah berkata-kata. Tatkala disuruh berucap di hadapan, itu satu perkara mudah buat Shahril.

Ah, cukup. Tak boleh panjang sangat memerihalkan Shahril. Takut dikatakan bodek kawan.

Ya, konklusinya kesemua ahli patrol Helang punyai ciri-ciri yang unik dan menarik. Gabungan semua ini telah mewujudkan kumpulan patrol yang senantiasa ceria dan gembira. Harus diakui pengalaman bersama mereka dalam Kelana Siswa adalah satu pengalaman yang cukup indah. Pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Boleh juga nanti untuk dikongsi  pengalaman itu buat si dia di ibu kota. Tapi jangan dia cemburu sudah...

Oh ya, sekalung ucapan penghargaan buat kesemua ahli patrol Helang. Terima kasih kerana telah menjadi kenangan manis penulis. Moga ketemu lagi, moga berjaya untuk perjalanan fasa-fasa hidup seterunya.

Ya, Kelana Siswa, pencetus pengalaman baru.

Insya-Allah. Wassalam. 


Sewaktu sesi penghasilan tripod

Wajah ceria bersarapan


Termenung dan berangan?

Bersama Firdaus dan Farhan

Santai di hadapan khemah


Senjakala di tapak perkhemahan
Bunga-bunga  patrol Helang



Ahli patrol Helang Kelana Siswa 1 (2013)










1 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

Menarik kisahnya :)