Perkongsian mengenai UPSI buat bakal mahasiswa UPSI

(Entri ini ditulis pada 9 Januari 2012, dan telah dikemaskini pada 14 Julai 2013)



Tak lama lagi, mahasiswa baru akan mendaftar. Maka, tahun demi tahun, barulah dirasakan bahawa penulis semakin lama semakin menghampiri di penghujung pengajian. Menjelang Julai ini, penulis akan memasuki semester 7, yakni semester praktikum dengan jurusan TESL di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Selain daripada kontroversi yang pernah berlaku, yang tercetus oleh senior TESL bernama Adam Adli, hakikatnya UPSI telah lama bertapak dan dikenali sebagai asas kepada lahirnya tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan.  Gerakan nasionalisme negara tercipta dan bermula di UPSI. Sejarah itu tak boleh dipadam.

Banyak juga perkara yang mungkin agak sinonim bila menjadi pelajar UPSI. Perkara yang selalu dibicarakan pastilah mengenai bas di UPSI. Rata-rata berpendapat, servis bas di UPSI ‘sangat’lah ‘memuaskan’. Kadangkala berjam menunggu, sampai di akhirnya terpaksa menumpang orang lain dek lambat sampai. Isu ini masih belum selesai, sejak penulis menjadi pelajar UPSI pada tahun 2010.

Namun pada awal Mac 2013 yang lalu, isu bas dilihat hampir selesai apabila tender baru dibuka, dan pengurusan bas Kiffah mengambil alih pengurusan bas sebelumnya. Sejak itu, masalah bas tidak terlalu ketara berlaku. Oleh itu, para mahasiswa UPSI tidak lagi berhadapan dengan masalah yang melanda sebelum ini.

Perihal bas juga menyaksikan sesi ‘adab’ yang sememangnya berkiblatkan ‘mentaliti dunia ketiga’. Jangan difikir soal beratur, kerana istilah tersebut dibuang begitu sahaja andai mahu menaiki bas UPSI. Andai kalian pelajar lelaki, maka azabnya bertambah. Harus difahami, bas UPSI didominasi oleh pelajar perempuan. Maka, mungkin ada waktunya, anda menjadi satu-satunya pelajar lelaki yang menaiki bas yang dipenuhi penumpang wanita.

Mungkin disebabkan faktor dominasi inilah, maka ramai pelajar lelaki memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Lagipun, orang lelaki tahap sabarnya kurang berbanding perempuan. Tunggu bas beberapa minit pun dilihat menyusahkan. Mungkin itu sebab penulis kini menggunakan kenderaan sendiri untuk bergerak.

Formulanya mudah andai mahu senang untuk menaiki bas. Tunggu awal untuk menaiki bas, sekurang-kurangnya satu jam sebelum kelas bermula. Kerana satu jam itulah yang diperlukan (dari menunggu bas sehinggalah berjalan menuju ke kelas) untuk pelajar bergerak ke kampus (kampus lama) sekiranya anda tinggal di Kolej Za’ba, dan Kolej Aminuddin Baki. Tidak dilupakan juga buat penghuni kolej baru Kolej Ungku Omar, dan Kolej Harun Aminurrashid yang sememangnya agak jauh kedudukannya dari kampus lama. Namun, untuk ke kampus baru, jaraknya sangatlah dekat kerana kedudukannya hanya di sebelah.

Jika semester lepas, kuliah di bangunan Proton City telah tiada, kini bagi semester depan menyaksikan kelas di Taman Bernam juga telah tiada. Maka, azab menaiki bas untuk ke sana tiada lagi. Harus diakui, sangat sukar untuk mendapatkan bas ke Taman Bernam dari Pintu Timur  kampus lama. Dengan ketiadaan kelas di sana, maka mungkin beban ini akan berkurangan.

Kampus baru pastinya akan berfungsi dengan lebih banyak lagi selepas ini. Penulis merupakan pelajar TESL di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Malangnya, semua pelajar FBK akan berkuliah hanya di kampus lama.

Kata orang, makanan di Tanjung Malim agak mahal. Tak dapat dipastikan, namun jika dibandingkan dengan harga di tempat lain, Tanjung Malim masih lagi berpatutan.

Seperkara lagi, UPSI senantiasa dilanda hujan disebabkan faktor geografinya. Maka, seeloknya senantiasalah membawa payung terutama buat mereka yang menaiki bas. Tak kira lelaki ataupun perempuan, payung perlulah senantiasa ada.

Bagi yang ditempatkan di Kolej Za’ba dan Kolej Aminuddin Baki, maka selamat datang diucapkan. Kolej kediaman di kawasan bukit ini senantiasa menyajikan panorama dan atmosfera yang cukup indah buat penghuninya. Andai dingin melanda di malam hari, mungkin di paginya anda akan dapat menyaksikan kabus yang menyelimuti kawasan kolej. Semestinya jarang sekali suasana panas dirasai di malam hari, kerana angin dingin di kawasan bukit ternyata beri keselesaan.

Banyak kemudahan disediakan di KZ. Mesin basuh dan pengering, water cooler, mesin air dan semestinya kafe serta koperasi. Kediaman juga agak selesa dengan tiga bilik, berkonsepkan kediaman apartment. Pendek kata, kolej kediaman di UPSI sangat selesa jika dibandingkan dengan kolej kediaman di universiti yang lain.

Kalian mungkin agak beruntung kerana dapat menikmati kampus baru yang telah dibuka pada awal tahun 2012. Di kampus ini, segalanya cukup hebat dan kemudahan yang disediakan agak memuaskan. Apa yang penting, dengan pembukaan kampus baru, maka UPSI juga kini memiliki masjidnya sendiri.

Penyediaan Wifi di UPSI juga agak memuaskan terutamanya di kolej kediaman. Masalah Wifi kini berjaya dikurangkan, dan lebih mudah menggunakannya berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ada yang berkata UPSI itu maksudnya Universiti Pertemuan Suami Isteri. Mungkin juga, kerana ramai bertemu jodohnya di sini. Namun, soal akademik perlu diutamakan. Istilah itu sekadar dipopularkan untuk menambahkan seri di UPSI sahaja.

Kampus baru UPSI terletak di Proton City. Kawasan Proton City agak besar, dan di situlah terdapat Taman Tasik PC. Itulah satu-satunya taman rekreasi yang terdapat di Tanjung Malim. Setiap petang, ramai yang berkunjung ke sana untuk beriadah. Namun pastikan bukan’ riadah’ lain yang dibuat.

Pada hari Sabtu, rajin-rajinlah ke pekan kerana terdapat pasar malam di sana. Agak besar juga pasar malam ini.

Bagi rangkaian makanan segera, di Tanjung Malim hanya terdapat KFC, Secret Recipe, dan Pizza Hut sahaja. Tuutti Frutti baru sahaja dibuka awal tahun 2013. Namun itu sudah mencukupi walaupun mengharap akan muncul McDonald’s di Tanjung Malim satu hari nanti.

Stesen KTM terletak tidak jauh dari kampus lama, dan ini memudahkan untuk kalian bergerak ke Kuala Lumpur menggunakan tren. Perkhidmatan komuter disediakan di sini.

Penulis kini berada di tahun keempat, di semester tujuh. Setelah hampir tiga tahun di UPSI, inilah sedikit ulasan yang dapat dikongsikan buat bakal mahasiswa UPSI. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Disebabkan itu, penulis memberi jaminan pengalaman kalian di UPSI adalah sesuatu yang cukup indah untuk dilalui.

Nasihat penulis buat mahasiswa baru, nikmati pengalaman sewaktu minggu orientasi nanti kerana pengalaman tersebut adalah sekali sahaja sewaktu berada di UPSI. Pada waktu itu sajalah seluruh pelajar baru akan dikumpulkan. Selepas itu, masing-masing akan sibuk membawa diri masing-masing.

Moga ketemu kalian nanti. Mungkin boleh bersahabat dengan kalian semua.

Selamat datang, dan salam maju jaya dari penulis.

Wassalam.


(Muhammad Yazid Rosly, Kolej Za’ba, Semester 5, TESL) [2012]
(Muhammad Yazid Rosly, SMK Dr. Burhanuddin, Semester 7, TESL) [2013]




Kampus Sultan Abdul Jalil (Kampus Lama UPSI)


Bangunan Suluh Budiman, mercu tanda buat UPSI


Bangunan Canselori UPSI

Bangunan E-Learning

Perpustakaan Bainun dan Auditorium

Bangunan Malim Sarjana

Suluh Budiman dari bangunan E-Learning

Bilik kuliah di E-Learning
Aras satu di E-Learning

Pintu Selatan Kampus Sultan Abdul Jalil



Kampus Sultan Azlan Shah (Kampus Baru UPSI)

Masjid UPSI



Salah satu bangunan fakulti di kampus baru

Bangunan blok 3

Dewan Besar UPSI


Dataran Kawad UPSI

Pemandangan dari bawah





Pintu masuk utama Kampus Sultan Azlan Shah



Kolej Kediaman Za'ba









Kolej Ungku Omar (KUO) dan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR)



Pemandangan dari tingkat 5 KHAR


Kolej Ungku Omar menjelang senja

 
Masjid UPSI di sebalik Dewan KUO


KHAR menjelang malam

KUO diselebungi kabus pagi

 
Kunci rumah KUO









Langit jingga di kala senja





Dewan Ungku Omar





Ulasan

Budak_NakaL berkata…
nice entry..

jemput singgah..
http://syapik.blogspot.com/

dari budak KAB sem 3..heee

Hai.
Insya-Allah singgah.
Tambah-tambah blog rakan-rakan UPSI :)
Unknown berkata…
wahhh..x sangka ad org buat liputan tentang kab n kz.
Sedikit perkongsian saja. :)
Tanpa Nama berkata…
Hi dear senior!

Sem 3, TESL Upsi.
Unknown berkata…
Hi. Tumpang tanya, kerana saya dipilih sebagai pelajar baru di UPSI. Saya mahu tanya bahawa jika dapat PTPTN, boleh saya juga memohon Biasiswa Perguruan Persekutuan? Kerana saya mahu menjadi guru Bahasa Inggeris pada masa hadapan.
Boleh. Tak ada masalah. Tiada halangan kalau nak mohon apa-apa biasiswa. Kalau dah dapat, boleh batalkan pinjaman PTPTN.
Unknown berkata…
Hi again! Saya ada 4 soalan utk tanya kamu:
1. Boleh tak tak buat pembayaran yuran dahulu sedangkan saya sedang memohon pinjaman PTPTN?
2. Apa yang harus saya bawa ke Kolej Kediaman UPSI selain dpd. semua borang yg. diisi?
3. Apa yang harus saya pakai semasa Hari Pendaftaran & semasa Sesi Membaca Ikrar? P.S.: Saya berbangsa Cina punya.
4. Bagi gambar Kad Matriks, ia mesti yang dibuat di luar punya atau yang dibuat di UPSI?
Unknown berkata…
Hi! Pakaian boleh termasuk baju kemeja berlengan pendek? Semasa sukan atau beriadah, pakaian sukan haruslah berlengan panjang atau pendek? Pakaian sukan mana-mana warna pun boleh?
Unknown berkata…
Oh ya! Bagi kasut sukan, mana-mana warna pun boleh?
P.S.: Sorry buat awak mengganggu, tetapi saya sedang confuse sekarang. Harap boleh menjawab soalan saya. TQ. ;)
1. Tak ada masalah kalau nak buat pembayaran yuran dahulu walaupun sedang memohon PTPTN
2. Pastikan semua borang lengkap. Pastikan cukup gambar pasport. Sediakan banyak-banyak.
3. Pakaian formal. Sama ada baju kurung atau blaus dan skirt yang sesuai.
4. Gambar kad matrik akan diambil pada hari mendaftar.
5. Pakaian sukan boleh lengan pendek. Asalkan sopan. Tak kisah warna apa.
6. Ya. Kasut sukan pun sama. Tak asa masalah warna apa pun. Asalkan sesuai untuk bersukan

Harapa dapat menjawab pesoalan yang diajukan. Maaf lambat respon.
Hidayat berkata…
Salam..sy nak tnya, kolej kediaman ape ye yg dekat dgn fkulti sains dan matematik?
Semua kolej UPSI terletak di kampus baru. Fakulti matematik terletak di kampus baru. Jadi, mana-mana kolej pun sebenarnya dekat. Tapi dari segi jarak paling hampir, KHAR dan KUO lebih hampir berbanding KZ dan KAB.
Hidayat berkata…
Ohh yeke...

Kemudahan spt mesin basuh, watercooler, kafeteria dan lain2 ada tak di setiap kolej kediaman?

Td ada tgok gmbar di atas, ape nama kolej kediaman yg dekat dgn masjid tu ye? KHAR atau KUO?

Klau pkul 12 mlm lbih, pelajar klau lapar dibenarkan tak nak pegi kluar makan?
Semua lengkap ada. Macam kolej-kolej universiti lain. KUO dan KHAR dekat dengan masjid. Tapi KZ dan KAB ada surau mereka sendiri. Surau al-Falah. Nak keluar pukul 12 ke atas tak ada masalah. Tapi nak masuk kembali atas pukul 12 mungkin akan ditahan oleh pengawal keselamatan untuk diambil nama. Saya dulu masa belajar di UPSI selalu balik lewat ke kolej dalam pukul 3-4 pagi. Boleh je tapi jangan selalu.
Sophia berkata…
Assalamualaikum Brother,
nak tanya;

1. Fakulti Bahasa (TESL) di mana ye? di Proton City atau Kampus lama?
2. Kolej kediaman perempuan yang mana satu ye?

Itu sahaja buat masa sekarang.
Terima Kasih (:
Unknown berkata…
Hi! Tumpang tanya, bagi cuti awam seperti Hari Keputeraan Sultan pada November 27 tahun ini, adakah UPSI tidak ada kuliah & cuti terus? Kerana Kalendar Akademik tidak ada tulis tentang pasal cuti umum. Thx! :)
Ng Wei Hann,
Ya. UPSI akan cuti pada tarikh tersebut walaupun tak ada dalam kalendar akademik. Begitu juga cuti-cuti umum yang lain. Kuliah dan kelas tidak akan ada pada hari cuti tersebut.
Sophia,

1. Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) terletak di Bangunan IPSI di kampus lama UPSI.
2. Saya tak ingat blok-blok kolej kediaman perempuan bagi setiap kolej. Bagi KAB, hanya blok D (kalau tak salah saya) blok lelaki. Selebihnya perempuan. Begitu juga KZ, hanya blok E sahaja lelaki. Selebihnya perempuan. Bagi KHAR, hanya blok 1, 2 dan 3 sahaja blok lelaki. Selebihnya blok perempuan. Bagi KUO, hanya blok 7, 8, 9 sahaja blok lelaki. Selebihnya blok perempuan. Itu seingat sayalah sebab dah lebih 2 tahun saya tinggalkan UPSI.
Unknown berkata…
Hi sekali lagi. Tumpang tanya sekali lagi, kalau mahu buat sticker bagi kereta dan perkakas elektrik seperti seterika & teko elektrik, mesti buat di mana? Boleh tunjuk gambar tempat tersebut? TQ. ;)
Sticker kereta untuk kolej boleh buat di pejabat kolej masing-masing. Begitu juga untuk sticker elektrik di pejabat kolej masing-masing. Bagi sticker kenderaan di kampus, kena pergi ke Unit Keselamatan yang terletak berhampiran Pintu Timur kampus lama. Tapi sticker kereta hanya untuk pelajar sem 8 dan master sahaja. Pelajar sem lain hanya boleh buat sticker motosikal. Gambar pejabatnya saya tak ada. Tapi senang nak cari nanti.
Unknown berkata…
Assalamualaikum, saya ingin bertanya untuk pelajar pascasiswazah(master) senang x nak dapat asrama dan macam mana nak mohon ye?
sekarang saya tengah menunggu keputusan permohonan online lagi, harap saudara dapat membantu, terima kasih~ :)
Untuk dapat kolej bagi pelajar master memang senang sebab jumlahnya tak ramai. Soal prosedur permohonan tu saya tak pasti. Kena rujuk ke pejabat kolej. Masing-masing ada prosedur mereka tersendiri.
dhalvin berkata…
selamat sejahtera !!!

saya merupakan lepasan stpm 2015 , muet band 4
i am still waiting for the upu , pada pendpt senior jika sambung belajar dlm bidang TESL kat Upsi ,peluang kerjaya (pekerjaan) luas @ bergantung pd nasib seperti cgpa ,,

Kemudian ,susah kew bljr tesl ni ,,for diri sy speaking tuh ok ,,writing and reading is not to good enough , so is there any nasihat from senior jika nak sambung bljr in TESL (adakah tesl ini susah mcm bljr subjek2 sains ? ) how about the pemarkahan ,,senang nk skor ke?

Then, if dh hbs bljr peluang nak posting kt sekolah depends on kementerian @ markah

thank you !!!
Dhalvin Singh,

Course TESL adalah antara course paling krtikal di UPSI dan peluang untuk terus mendapat posting nanti sangat-sangat cerah dan tinggi memandangkan negara sekarang kekurangan guru BI asalkan dapat kekalkan pointer minima 3.00 ke atas.

Course TESL boleh dikatakan antara course paling susah di UPSI memandangkan course ini melibatkan tentang soal pembelajaran bahasa (language learning). So, basically, kita akan mendalami soal bahasa itu dengan lebih mendalam. Bahan rujukan banyak dari luar negara (buku-buku memang mahal), tapi untuk buat rujukan senang sebab banyak ada di internet. Pengalaman saya sendiri memang diakui bukan mudah course TESL ni.

Soal posting macam saya cakap tadi, jangan risau. Tempat bagi lepasan TESL sangat cerah dan banyak di KPM nanti.

Good luck. Hopefully you can further your study in UPSI. Oh ya, seperkara lagi, pensyarah TESL di UPSI adalah yang terbaik berbanding universiti lain. So, bab kualiti memang terjamin.
dhalvin berkata…
terima kasih atas nasihat yang sangat berguna buat diri saya !!!

sepekara lagi ,,for example saya mengambil bdg pendidikan lain di UPSI seperti moral @ seni @ BM ,,adakah pasaran kerjaya masih terbuka seperti bidang Tesl ?, thanks once again!
Bagi course Moral, seeloknya jangan ambil. Banyak batch Moral sampai kini tak dapat posting kerana lambakan guru di sekolah. Begitu juga seni, Matematik, Sains, Sastera Melayu. Banyak batch yang masih tak dapat posting. Untuk BM, peluangnya sama seperti TESL. Mudah nak posting.
dhalvin berkata…
begitu rupanya , hopefully sy dpt menyambung pmbljrn at Upsi !!! ...TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ANDA
mariposa berkata…
Assalam saudara. Saya bakal menjadi pelajar master di upsi. berkenaan kolej kediaman, bolehkah pelajar master upsi tinggal di kolej kediaman? Atau ada sebarang syarat tertentu?
Ya. Boleh. Memang pelajar master dibenarkan menetap di kolej. Tiada sebarang syarat diperlukan. Namun, untuk maklumat lanjut, boleh rujuk ke bahagian HEPA UPSI atau kolej-kolej kediaman UPSI.
Pqah berkata…
Hai..
saya nak tnye FPE di kmpus azln shah kn?

Kalau ada masalah mngenai kad pelajar, perlu rujuk pusat ict di kmpus azln shah atau abd jalil? Sebab difahamkan keduanya ad.

BE Learning 2, di bangunan mne?
FPE terletak di kampus baru. Untuk urusan kad matrik, rujuk di kampus lama UPSI di e-Learning.
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum. Saudara saya nk bertanya soal etika pemakaian ke kuliah di upsi mcm mana? Adakah sentiasa formal (kemaja+tie) atau pun casual (tshirt berkolar+seluar) dan betul ke jeans dilarang sama sekali utk dipakai. Mohon pencerahan :)
Bergantung kepada pensyarah. Ada yang tak kisah etika pemakaian ni. Ada juga yang agak tegas. Jeans memang tak dibenarkan untuk dipakai ke kelas.
Unknown berkata…
Assalam..ermm mnx maaf sy nk tnya.klau ambil pendidikan bahasa arab plak mcm mna?pluang utk diposting nnti cerah tak?ni
Sangat cerah untuk posting kalau bahasa Arab sebab course ni sangat diperlukan di sekolah.
hanis ghazali berkata…
assalamualaikum...bagaimana kalau berminat untuk jadi guru fizik?apa bidang yang perlu diambil?
adakah guru fizik peluang besar untuk dapat pekerjaan?
kalau matematik bagaimana?
Waalaikumussalam. Boleh ambil course fizik. Tapi jaminan posting agak terhad sebab berlaku lambakan guru untuk subjek-subjek sains dan matematik. Seeloknya tak ambil course ini dalam masa sekarang.
Tanpa Nama berkata…
Assalam..ada kemudahan mesin atm tak di kampus baru..anak saya akan mendaftar pelajar baru isnin depan
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum nak ty mcm mne pluang untuk posting bg kos pendidikan perakaunan
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum sayaaa bakal pelajar Upsi bidang sains sukan ( psikologi sukan ) . peluang pekerjaan cerah tak??
V.i.P Be@tS BoY berkata…
Assalamualaikum saya nak tanya bagi kos kaunseling peluang perkerjaan masih cerah ke?
Peluang cerah. Bidang ini masih banyak kekosongan di sekolah. Malah boleh jgk jadi kaunselor di kolej-kolej
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum nak tanya. Dalam Surat tawaran, saya diminta mendaftar di Dewan KHAR. Adakah saya akan menetap di KHAR? Kalau nak tukar roommate dari kolej lain, KUO cthnya, blh tak? Harap Ada balasan. Terima kasih .
Waalaikumusalam. Iya. Kebiasaannya akan daftar di kolej tersebut kalau daftar di dewan kolej tersebut. Boleh tukar. Tapi prosesnya agak rumit dan kebiasaannya pihak kolej tak benarkan.
Unknown berkata…
Salam. Sy nk tny ada kedai dobi x di kawasan kolej?
Mesin basuh disediakan bagi setiap blok kolej
Tanpa Nama berkata…
boleh saya tanya? kalau contoh kita dapat kos pendidikan cthnya moral, probability nak tukar ke kos lain mudah tak? cth bahasa melayu atau bimbingan kaunseling ke? ramai juga kawan yang tersangkut posting sampai sekarang. hmm
Agak sukar untuk tukar ke kursus yang lain. Kebiasaan apa yang ditawarkan di surat tawaran adalah muktamad. Posting sekarang memang terhad. Namun ia bersifat sementara sahaja.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
Hi, nak tanya. Fakulti Sains Kemanusiaan di kampus lama atau kampus baru ye? Dan peluang untuk graduan ISMP Sejarah mendapat posting selepas tamat belajar, adakah masih cerah?
Unknown berkata…
Hai nak tanya . Boleh saya tahu dekat mana nak download pelekat kenderaan untuk diguna masa hari pendaftaran nanti ye .
Kebiasaan akan disediakan sebaik sahaja keputusan upu dikeluarkan. Boleh download dalam portal upu atau upsi.
Unknown berkata…
Hello, i would like to ask a question. I am having a roommate problem as i feel she is bullying me by not switching off the lights to sleep at night and like trying to make me move out of the dorm as i feel she kinda hate me. Is there anyone i can complain to or can i request for change of dorm or roommate? Please help. Thank you!
Well, in a certain situation, this can happened. I believe you should discuss first with your roomate about this matter. Try to get in a consensus. If still no progress, you can go and complain to the collegue office. You can ask them to change your room. But it's the last option to do as it's not easy to move to the other room.
Asha berkata…
Assalamualaikum saya nak tanya kolej mana yang paling drkat dengan fakulti sains dan maetematik dan apa kemudahan yamg ada di kolej tersebut? Terima kasih:)

Kalau nak tukar course dibenarkan ke? Terima kasih:)
Waalaikumussalam. Kalau ikut kedudukan kolej, semua hampir sama kerana fakulti sains dan matematik terletak di kampus baru UPSI. Kolej yang terhampir ialah Kolej Ungku Omar. Pertukaran course kebiasaannya tak boleh.
Miss momi berkata…
Assalamualaikum saya nak tnya..saya dpat tawrn pendidikan ekonomi rumah tangga adakah corse ini mempunyai bnyak peluang untuk disposting??
Dalam tahun-tahun semasa ketika ini, course tersebut amat diperlukan di sekolah dan kolej vokasional. Peluang posting memang cerah.
Tanpa Nama berkata…
Hii nak tnya kalau fakulti tknolgi mklumat dekat kampus lama or baru? Hee tq
Fakulti tersebut terletak di kampus lama UPSI.
Tanpa Nama berkata…
Okay nak tnya lagi �� kita boleh pilih roommate tak? Cthnya time daftar sama2 dgn kawan boleh dpt sebilik? N lagi satu fakulti sains dekat kampus lama or baru eh? Terima kasih :)
Setiap rumah di kolej akan diberi mengikut siapa yang daftar dulu. Kalau nak sebilik dengan rakan, kena daftar sama-sama untuk dapatkan bilik yang sama. Fakulti tersebut terletak di kampus baru.
Watikah berkata…
Nak tanya ade ke bas dari Khar ke pekan tangjung malim? kalau ade kene naik bas mane
Eka berkata…
Salam..nak tanya saya mendapat tawaran masterfull time fkulti matematik . Nak tanya master ada dibagi kemudahan asrama tak?
azman berkata…
salam,nak Tanya adik perempuan saya dapat tawaran belajar diploma muzik,adakah kursus ini mempunyai peluang yang cerah untuk diposting?
yanieazizah berkata…
Assalamualaikum, fakuti sains and mathematics dekat dengan kolej mana yer?
Peluang bagi posting bagi bidang berkenaan agak terhad. Namun jika sambung sehingga ke peringkat master, peluang pekerjaan bidang lain agak cerah
Fakulti tersebut di Kampus Sultan Azlan Shah. Semua kolej kediaman berada dlm kampus tersebut
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum, nk tnya peluang kerjaya utk yg ambil pendidikan sejarah luas x peluang nyer...n lagi satu..dlm bnyk kolej penginapan, mana yg paling hmpir dgn masjid..n boleh pilih x nk duduk bilik/tingkat brapa
Setakat ini, bidang kursus pendidikan sejarah sangat mudah untuk posting dan peluang sangat luas. Semua kolej terletak berhampiran dengan masjid kerana kedudukan masjid terletak di tengah.
ohkakpp berkata…
Salam. Jalan-jalan sampai sini. Nak tanya, berapa kos per kredit hour di upsi..dimana boleh saya cari maklumat?
nurfatin Nadzirah berkata…
Boleh tak saya nak tanya klau ambik kos pendidikan awal kanak-kanak bagi diploma berapa tahun dan di mana terletaknya falkulti PAKK
Unknown berkata…
Boleh ke kalau lepasan spm 2015 nak mohon upsi ? Sedangkan di kategori upu hnya untk lepasan 2017,2018 & 2019. Saya harap encik boleh share info dengan saya. Saya betul2 minat nak study. Nakk tnya kalau dip.pnddkn awl kanak2 berpluang cerah tk bila diposting ?
Unknown berkata…
Boleh ke kalau lepasan spm 2015 nak mohon upsi ? Sedangkan di kategori upu hnya untk lepasan 2017,2018 & 2019. Saya harap encik boleh share info dengan saya. Saya betul2 minat nak study. Nakk tnya kalau dip.pnddkn awl kanak2 berpluang cerah tk bila diposting ?

Catatan Popular