Komen mengenai tragedi di bangunan E-Learning UPSI

Secara ringkas, berikut ialah komen penulis mengenai tragedi tersebut:

a) Isu ini seharusnya dikendalikan dengan cukup berhati-hati supaya tidak timbul spekulasi yang tidak benar mengenai punca kematian mangsa.

b) Seharusnya para blogger berhati-hati untuk membuat sebarang perkongsian mengenai berita kematian tersebut. Ditakuti perkongsian dan pendapat itu akan menyentuh sensitiviti ahli keluarga mangsa dan rakan terdekat mangsa.

c) Perkongsian gambar di tempat kejadian adalah seperti sesuatu yang mengaibkan mangsa. Seharusnya gambar-gambar situasi awal di tempat kejadian tidak disiarkan di blog. Apakah wajar merakamkan gambar di saat orang lain sibuk menghulurkan bantuan di tempat kejadian?

d) Individu juga perlu berhemah dalam berkongsi sebarang perkongsian berita dari mana-mana laman web. Perkongsian berbentuk spekulasi seperti yang diwar-warkan oleh akhbar Sinar Harian adalah tindakan yang tidak menghormati si mangsa itu sendiri. Isunya boleh jatuh menjadi fitnah.

e) Nawaitu seseorang itu sangat penting. Perkongsian berita tersebut seharusnya merupakan satu perkongsian jujur di blog mahupun di Facebook. Sekiranya niatnya adalah untuk menaikkan rating blog ataupun mahu meraih populariti di Facebook, mengambil kesempatan di atas berita tragedi tersebut, maka tindakan itu diibaratkan sebagai tidak beretika.

f) Sekiranya kalian telah berkongsi sebarang gambar di tempat kejadian menerusi Facebook ataupun blog, diharapkan agar segera dikeluarkan daripadanya. Ditakuti tindakan perkongsian gambar itu akan menjadi satu tindakan tidak menghormati mangsa.

g) Walau apa yang terjadi, sebaiknya kes ini hanya disiasat oleh pihak polis. Sebarang andaian tidak profesional hanya akan menyebabkan pelajar UPSI itu sendiri akan dilihat sebagai tidak profesional dan tidak matang.

Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah. Moga Rahmat-Nya akan mengiringi beliau di alam sana. Insya-Allah.



Ulasan

fatimah nur berkata…
assalam saya sangat bersetuju dengan pandangan yazid..
Nora_Aniza berkata…
betul tu yazid..saya setuju sangat. saya selalu setuju dengan awak! saya tak bangkang awak! haaha.. tapi ada sesuatu yg tertinggal.. facebooker pun tak patut share link blog tu. saya sgt berpegang kpd prinsip "hanya kerana like and share, fitnah tersebar"

Catatan Popular