Bicara sepi...

Tatkala sunyi
Sepi yang dirasai mewujudkan satu rasa
Apakah aku sendirian?
Adakah aku berseorangan?


Sunyi itu satu kekosongan
Ibarat menari rentak tanpa muziknya
Temponya ada, riangnya hilang
Walau cuba dalam gembira, ia masih ada dukanya


Manusia bukan dicipta untuk berseorangan
Hati yang dikurniakan perlukan belaian
Rasa sayang dan kasih pemanis kehidupan
Mencipta keindahan
Memberikan kenangan


Tatkala sepi menjadi teman
Kepada siapa harus dikongsikan?
Berita gembira, kisah duka...
Peristiwa lucu, luahan rasa...
Kepada siapa harus ditujukan?
Hanya sunyi, dan terus berseorangan


Kita hanya manusia; perlukan cinta
Indah tercipta bahagia dibina
Mahu tersenyum bersama-sama
Mahu membina sebuah keluarga


Mungkin masa belum tiba
Teruskan sabar, teruskan menanti
Tatkala dahulu hampir dikecapi bahagia
Namun ia terhenti secara tiba-tiba


Barangkali bukan dia jodohnya
Mungkin ia sekadar satu persinggahan
Di kala terus menanti dan berusaha mencari
Apakah akan ketemu gadisnya?
Bilakah dia akan beristeri?
Persoalan tak terjawab terus menyelebungi


Biarkan sunyi terus dengan sepi
Biarkan kosong dan terus menyendiri
Mungkin itu sebaik-baiknya
Kerana dari itulah maka akan dekat diri kepada-Nya


(SMK Simpang Beluru, 30 November 2015)

Ulasan

Catatan Popular