"Hablur Oniks"
Dari saat kaki melangkah meredah kesibukan hiruk pikuk
manusia mundar mandir ke sana dan ke sini, dua sahabat dengan tenang menyusun
perjalanan menuju ke medan ilmu. Jiwa muda dahagakan pengetahuan, di sebalik
hasrat menyambung cita-cita, maka itulah sebab mereka kini tercampak di sebuah
menara gading. Kelas ilmu dalam bidang sastera, satu cabang ilmu diminati dua
sahabat.
Mata-matanya
kelihatan seringkali melihat ke sana dan ke sini. Hiruk pikuk di sebuah
universiti mungkin satu fenomena biasa dalam kesibukan mengejar masa dan
tempat. Kuliah itu dan kuliah ini,
mungkin kadang kala menimbulkan pening dek banyaknya tugasan yang diberi.
Lantas fikiran itulah yang melahirkan gerak geri anak mata, memerhati dan
meninjau setiap pergerakan yang melintasi di hadapannya, saat dua sahabat duduk
di kerusi menanti waktu sebelum kuliah bermula.
Pelbagai
ragam dan kerenah dilihat saat pelbagai jenis manusia melintasi di hadapan
tempat mereka duduk. Dua sahabat kadang kala berbual dan berbicara memerihalkan
setiap gerak geri manusia yang melintasi mereka. Tafsiran dan andaian dibuat,
membaca setiap bahasa badan yang melintasi di hadapan mereka.
“Mungkin dia punyai masalah sosial, berjalan menunduk dan
berseorangan”
“Mungkin dia mulutnya
manis, sepanjang berjalan mulut tak pernah lekang berbicara”
“Mungkin dia baru bergaduh dengan seseorang, kerana
wajahnya itu masam mencuka”
Satu
demi satu ditafsirkan kemungkinan bahasa badan yang dilihat mereka. Gurauan
demi gurauan menghilangkan seketika kehanyutan tekanan menyiapkan tugasan yang
acap kali mewujudkan kegelisahan. Mata yang memerhati seringkali tertarik pada
individu-individu yang melintasi di hadapan. Tambah menyegarkan tarikan,
apabila sang wanita demi sang wanita hadir dan melangkah melalui kawasan berhampiran
mereka duduk. Benar, wanita itu tarikan dunia. Disebabkan itu, ada ketikanya,
saat mata memerhati kaum hawa ini, maka tarikan magnet itu bagai dirasai.
Meneliti setiap pergerakan saat menanti masa
bermulanya kuliah, bicara demi bicara kedengaran dalam kalangan
kumpulan-kumpulan kaum hawa yang melintasi mereka. Ada yang berbual kosong dan
ada juga yang tanpa segan silu dengan bangga berkongsi cerita akan kisah hebat,
bertemu janji dengan si teman lelaki pada hari sebelumnya. Bagi yang membisu pula,
mereka hanya berjalan di dalam kumpulan tersebut sambil mendengar sahaja
rakan-rakan lain membebel dan mengomel.
Kumpulan-kumpulan itu itu dapat
dilihat pula perbezaan budaya dan gaya penampilannya. Terdapat satu kumpulan,
bergerak berkumpulan dengan memperagakan pelbagai jenis pakaian yang dikatakan
mereka gaya fesyen terkini. Dengan berjalan berkasut tumit tinggi diikuti
dengan alunan hentakan kasut, berlenggang lenggok sambil menjinjing beg tangan
Prada atau mungkin Gucci, dan tudung mereka pula berkilauan dengan segala
hiasan labuci dan sulaman dengan fesyen bonggol unta meninggi di belakang,
ternyata menarik perhatian buat sesiapa sahaja yang melihat mereka. Saat
kumpulan ‘bonggol unta’ ini melintasi dua sahabat, maka haruman wangi-wangian menusuk
ke dalam deria bau mereka. Wangian pencetus rasa sensual, tanpa disedari buat
mereka yang terhidu wangi-wangian tersebut.
Tak
lama kemudian, muncul satu kumpulan kaum hawa yang lain. Jalan menunduk sambil
suara berbicara penuh halus dan kadang kala tidak kedengaran. Langkah berjalan
pula penuh sopan sehingga dilihat tak ubah seperti sang puteri mengatur langkah
menuju ke singgahsana sewaktu majlis pertabalan raja. Baju mereka sekadar jubah
dan berbaju kurung, labuh dan longgar sambil beg kain biasa dijinjing kembung,
mungkin diisi dengan kain telekung untuk bersolat. Tudungnya labuh, kosong
tanpa sebarang hiasan, dan jika ada pun, mungkin tona warna tudung yang menjadi
corak hiasan di tudung mereka itu. Kasutnya biasa, dan tiada langsung kedengaran
bunyi-bunyi hentakan berjalan. Saat melintasi dua sahabat ini, tiada bau-bauan
dihidu, namun bau kekaguman dinikmati dua sahabat ini. Kagum, kerana kumpulan
ini tak ubah seperti sekumpulan muslimah yang semakin mengecil jumlahnya di
zaman ini.
“Masih ada lagi kumpulan manusia ini di zaman penuh
kecelaruan,” bicara sahabat itu.
Dalam
keadaan mundar mandir dipenuhi kumpulan-kumpulan tersebut, kelihatan juga
puak-puak yang tersengih bagai kerang busuk, menjadi si monyet yang baru
belajar untuk mendapat bunga. Itulah pasangan-pasangan yang baru belajar untuk
berjinak dengan dunia hati dan perasaan. Terikat atas nama cinta, maka
berkepitlah ke hulu ke hilir. Kemesraan diperlihatkan, menampakkan saat-saat
bahagia yang mungkin sedang dikecapi. Berjalan berdua tanda sehati sejiwa. Ke
kelas bersama, ke kuliah bersama, hingga kadang kala kelihatan tidak ubah
seperti pasangan merpati dua sejoli. Berjalan sangat perlahan, mungkin mahu
memanjangkan lagi tempoh masa berjalan berdua-duaan itu. Cerita cinta kampus,
maka budaya menjadi kebiasaan.
Dua
sahabat masih terus memerhati. Melihat dan terus mengamati. Tiap-tiap yang
melintasi, ibarat hiburan dalam menanti bermulanya kuliah mereka. Gelagat demi
gelagat yang dilihat mencetuskan pelbagai reaksi. Negatif bercampur kelucuan.
Positif bercampur kesedihan. Manusia bila diperhati, maka akan tergambarlah
pelbagai versi pengkisahan.
Alunan
angin tiba-tiba bertiup. Di kedinginan pagi, hembusan angin yang tiba-tiba datang
ibarat satu tambahan nikmat buat dua sahabat yang sedang duduk menanti di luar.
Saat itu, kelihatan ruang jalan di hadapan dua sahabat ini tiba-tiba kelihatan
kosong. Suasana yang riuh sejak tadi tiba-tiba bertukar sepi. Hanya desiran
angin bercampur kicauan burung yang dapat didengari. Kehidupan ibarat terhenti
seketika.
Tanpa
diduga, muncul seorang wanita. Berjalan tanpa disedari mereka. Seorang wanita
yang sopan langkahnya. Tanpa sebarang bunyi, perlahan-lahan melintasi di
hadapan mereka. Berseorangan tanpa berteman. Dengan beg biru yang disandang dan
fail dipeluknya. Perlahan-lahan berjalan, sambil pandangannya tunduk. Tidak menoleh
ke kanan mahupun ke kiri. Memandang ke hadapan tanpa mempedulikan sekitarnya.
Saat itu, degupan jantung berdegup. Remi terpesona. Terkesima dalam pandangan.
Wanita melintasinya, satu keluarbiasaan.
“Apakah bidadari jatuh ke bumi dari kayangan?” bicara
tercipta di bibir Remi.
Jari
jemari halus mempesonakan matanya. Cincin yang tersarung menambahkan seri
keindahan jarinya itu. Tapak tangannya ibarat diukir dengan penuh halus, hingga
urat-urat halus berwarna merah dapat dilihat. Setiap gerak jari si gadis itu,
memaparkan kesempurnaan keindahan tapak tangannya. Halus jarinya, hingga mata
Remi tidak berkelip saat melihatnya.
Kulitnya
ibarat lilin yang diukir penuh halus. Dibaluti dengan warna selembut-lembutnya
dan penuh tarikan dalam pancaran yang mengasyikkan. Putihnya kulit tidak
tergambar. Hingga saat melihat kulitnya itu, maka keindahan di sekitarnya
ibarat hilang tanpa disedari. Warna kulit si gadis itu ibarat satu magnet
memerangkap fikiran Remi hingga menenggelamkan segala keindahan dunia. Putihnya
bukan calang-calang. Putihnya persis mutiara termahal.
Sayangnya, wajah si gadis
tidak sempat diperhatikan. Hanya sedikit sisi kanan wajah gadis itu
diperhatikannya. Putihnya pipi itu sehingga kelihatan sedikit warna-warna
kemerahan mungkin menahan sejuk di kedinginan pagi. Putihnya itu cukup
menggambarkan betapa hebatnya keindahan si gadis yang sedang berjalan.
Bertudung biru lembut dan berbaju kurung. Ringkas gayanya, namun tetap
mempesonakan. Itulah saat paling perlahan
yang pernah dialami oleh Remi. Setiap langkah si gadis itu yang semakin jauh
dari pandangan terus menjadi saat bermakna buat Remi.
Gadis
itu memasuki ke sebuah bangunan. Dalam redup di dalam bangunan, dilindungi dari
cahaya mentari, kulit si gadis itu terus memancarkan tarikan. Putihnya kulit
ibarat tiada tandingan. Terus bersinar walaupun di bawah teduhan. Remi dalam
kekesimaan. Walaupun hanya pergelangan tangan dan sisi kanan wajah si gadis itu
sempat menjadi tatapan Remi, itu telah cukup buatnya bagi menyatakan kekaguman
akan keindahan si gadis itu.
“Baru ku tahu, apa itu erti kecantikan seorang perempuan,”
bicara Remi pada sahabatnya.
Hati
Remi terus terdetik. Andai gadis si putih mulus itu menjadi teman seumur
hidupnya, hanya dipejamkan mata, dibisukan suara. Dia akan terkesima, kerana
tidak tahu bagaimana untuk meluahkan rasa kesyukuran. Andai gadis itu menjadi
temannya, akan dirasakan bahawa seluruh hayat kehidupannya telah menjadi sempurna.
Benar, Remi mendambakan seseorang seperti gadis bertudung biru itu sebagai
teman hidupnya. Jika diikutkan hati, mahu saja untuknya terus menegur dan
berbicara dengan gadis itu.
“Sudikah kamu menemani seluruh hidupku?” Itulah yang
ingin diluahkan andai dia mampu berbuat demikian.
Bukan
mudah melihat seorang gadis seperti itu. Berseorangan tanda berdikari. Berjalan
penuh sopan, tanda dirinya masih lagi menjunjung adab dan kesopanan.
Menundukkan pandangan, tanda dirinya menjaga hati agar tidak dicemari dengan
bisikan-bisikan kemaksiatan. Bersederhana dalam berpakaian, tanda sifatnya yang
penuh rendah diri. Tudung biru lembut yang dipakai si gadis itu tanda jiwa dan
hati dalam ketenangan. Memaparkan keremajaan di sebalik kematangan. Biru itu
satu perlambangan, gadis itu punyai kepercayaan yang sangat tinggi pada diri
sendiri.
Remi
memejamkan matanya cuba melelapkan diri. Malam itu, fikirannya menerawang terus
dihantui dengan kisah keindahan si gadis tudung biru. Walaupun wajah gadis itu
tidak terbayang, namun putih mulus warna kulit si gadis itu terus menjadi satu
ingatan yang cukup mendalam kesannya. Dia ibarat telah jatuh cinta pada si
gadis itu. Wajahnya tidak pernah dilihat, namun kehalusan jari jemari si gadis
itu akan terus tersimpan dalam ingatan Remi.
Hari
itu adalah hari terakhir Remi dan sahabatnya menuju ke kuliah. Kisah
keesokannya, masing-masing pulang ke kampung menikmati seketika ruang waktu
berehat sebelum mengharungi perjalanan peperiksaan. Sepanjang perjalanan pulang
itu, Remi terus terbayangkan apa yang dialaminya pada hari sebelumnya. Impak
yang dirasai cukup mendalam. Bayangan itu ternyata tidak dapat dipadamkan.
Gadis itu laksana peluru yang ditembak menusuk ke hati Remi. Pedihnya itu bukan satu kesakitan. Pedihnya itu satu kenikmatan dalam rasa
kerinduan. Remi merindui si gadis tudung
biru yang tidak diketahui paras wajahnya.
Saat
sampai di kampung halaman, kelihatan rumahnya dikunjungi tetamu. Kepulangan
secara mengejut, memberi nikmat yang berlainan. Si ibu menyambut anaknya dalam
keterujaan walaupun kadangkala seolah-olah tidak percaya bahawa anaknya itu
telah pulang ke kampung. Remi terus masuk ke dalam bertegur sapa dengan tetamu
yang hadir di rumah. Agak ramai tetamu yang muncul, dan tidak dikenali
kesemuanya.
“Kalau kamu tak tau sapa yang datang ni, inilah dia
keluarga yang mak cerita dulu tu,” bicara ibu Remi.
Maka
terus terlintas di fikirannya mengenai soal yang pernah dibincangkan ibunya.
Soal perkahwinan yang diaturkan ibunya segar diingatan. Tiada perbincangan yang
mendalam, sekadar memberi persetujuan menurut sahaja kemahuan ibunya. Maka,
itulah sebab munculnya tetamu-tetamu yang tidak dikenali Remi itu. Itulah
keluarga yang mungkin bakal menjadi keluarga mertuanya.
“Dan siapakah gadis pilihan ibu itu?” soal Remi
tertanya-tanya.
Remi
berdebar bercampur kerisauan. Tertanya-tanya kisah kesudahan. Takut dirasai
andai pilihan yang diputuskan ibunya itu satu kesilapan. Apa yang diharap
mungkin tidak kesampaian. Maka keresahan semakin bertambah. Namun keterujaan
turut dirasakan.
Saat
ini, dirasakan Remi alangkah baiknya jika hari semalamnya dia terus melamar si
gadis tudung biru saat gadis itu melintasi di hadapannya. Alangkah lega
hatinya, jika gadis itu menjadi temannya. Fikiran bagai tiada kewarasan, mahu
melamar si gadis di tepi jalan. Itulah yang berlaku bila debaran semakin
menunjukkan kesan. Satu demi satu fikiran bermain. Ada kalanya, mahu sahaja
ditolak pilihan ibunya itu, lantas mahu sahaja diceritakan akan gadis si tudung
biru itu. Namun muncul pula satu persoalan. Siapakah gadis itu, kerana dirinya
sendiri tak pernah melihat wajahnya apatah lagi mengetahui nama gadis itu.
“Assalamualaikum”
Mata
Remi tertumpu di muka pintu. Saat itu matanya melihat jari jemari halus
menyentuh tombol pintu. Remi terkejut. Sekali lagi terkesima dalam kejutan.
Ibarat sebuah pengulangan hari semalam, mata Remi sekali lagi merasai satu
tarikan. Perlahan-lahan jari itu semakin jelas kelihatan saat pintu semakin
luas dibuka. Putih mulus bak mutiara, maka itulah yang dilihat pada tapak
tangannya. Urat-urat halus turut kelihatan.
Cincin di jarinya pula menambahkan lagi seri kecantikan jari jemarinya.
Si
gadis muncul di muka pintu. Dia menunduk, melindungi sebahagian wajahnya. Remi
semakin berdegup kencang. Dia sekali lagi merasai pengulangan. Wajah putih halus
dilihat sekali lagi. Pipi gadis itu dengan jelas kemerah-merahan mungkin
menahan malu. Putihnya tidak tergambar. Maka, itulah sebab Remi terkesima.
Perlahan-lahan
gadis itu mengangkat wajahnya. Sedikit demi sedikit semakin jelas kelihatan.
Maka akhirnya, terserlah kesemua wajahnya. Kecantikan bukan kepalang. Cantik si
gadis itu laksana cahaya bula purnama menyinari malam yang gelap. Si gadis itu
melemparkan senyuman. Menghulurkan salam buat hadirin.
Remi
terduduk. Hatinya terkejut. Tidak tahu cara untuk meluahkan rasa hatinya. Tidak
tahu sama ada dirinya gembira ataupun kecewa. Dia seperti bermimpi, ibarat
mimpi di alam khayalan. Indah berseri, dalam senyuman. Namun takut akan segala
ancaman. Takut terjaga dari lena yang indah. Remi terkelu tanpa suara. Hasratnya
ibarat termakbul sudah.
“Apakah aku bermimpikan tentang keindahan dunia, atau
dunia yang indah ini bermimpikan tentang aku?” bisik Remi dalam kekejutan.
Si
gadis itu adalah pilihan ibunya. Si gadis itu adalah calon isterinya.
Diperkenalkan ibunya gadis itu kepada dirinya. Maka tiada apa yang dapat
diungkapkan melainkan ungkapan kesyukuran. Impian yang dikatakan mengarut
akhirnya bertukar menjadi kenyataan.
“Apakah kamu si gadis tudung biru yang melintasi di
hadapanku pagi semalam?” soal Remi kepada si gadis itu.
“Namaku Thahirah, tanda perkenalan,” balas si gadis itu
dalam senyuman.
* Nota: ‘Oniks ‘itu membawa maksud sejenis batu permata
yang mempunyai lapisan-lapisan yang beraneka warna.
(Sebuah cerpen hasil nukilan: Muhammad Yazid Rosly )
Ulasan
ko ingat penulisan ko ni hebat sgt ke?
lepas tu poyo tulisan Islamik la...
padahal ko tu gatai...semua pompuan ko nak sebat....padahal dah ada tunang...sedar la bro....bukan pandai menilai ni tapi gatai je lebih...ko pilih la banyak2 pmpuan ko nak lepas tu ko tinggal depa...ko nak tackle semua pmpuan...
bajet dia hebat dlm berkarya la konon.....ala kalau si sial yazid salah pilih, dia berlambak lagi pompuan simpanan dia...yazid ni PLAYBOY...tunjuk dlm penulisan kononnya Islamik dan ilmiah padahal nak kaburi mata pompuan...insaf la woi...ko ni makin lama makin menyampah aku tengok...kat kampus pun poyo je...aku rasa macam nak #@$#$%^ je ko ni...anak sapa la ni ye...
*tuan rumah ampunkan beta..kurang asam jawa extra tanpa bijik sungguh budak ni.
You'll never win arguing with stupid a**h***!
Apa yang kamu tahu?
Kalau betul, nyatakan nama wanita yang kecewa tu.
yazid memang tesl. tapi salahkan jadi islamik? Apa tesl itu perlu jadi terlalu kebaratan, sampai agama dibuang?
Kamu tak kenal betul-betul siapa yazid rosly. Jangan buat komen bodoh kamu....
maaf bertanya, kenapa kebanyakan post@entry saudara yazid banyak mengunakan gambar wanita??
seperti menjadi satu kewajipan pula..