"Caraku (My Way)"




Berdasarkan lagu 'My Way' oleh Frank Sinatra, maka tercetus inspirasi untuk menterjemahkan lagu tersebut ke dalam Bahasa Melayu. Harus diakui, penulis bukanlah penterjemah profesional, yang dapat menterjemahkan lagu tersebut sepenuhnya dan sama seperti versi Bahasa Inggerisnya. Namun, terjemahan amatur ini di akhirnya masih dapat memperlihatkan keindahan lirik nyanyian Frank Sinatra. Ternyata keindahan lirik itu mampu memberikan inspirasi dan kekuatan kepada sesiapa sahaja untuk menempuhi cabaran pada masa akan datang.

Berikut ialah lirik terjemahan yang diterjemahkan berdasarkan pemahaman penulis:


"Caraku"


Kini, penghujungnya makin hampir
Ku hadapi, halangan terakhir
Sahabatku, ku nyatakan dengan jelas
Ku nyatakan, perkara yang pasti

Ku hidup, sebuah kehidupan sempurna
Ku mengembara setiap dan seluruh lebuhraya
Dan lagi, lebih banyak dari ini
Ku lakukan, caraku

Sesal, ku mungkin rasai sedikit
Namun kemudian sekali lagi, sedikit untuk disebutkan
Ku lakukan, apa yang perlu ku lakukan
Dan melihatnya, terus tanpa pengecualian

Ku rancang, setiap susur laluan
Setiap cermat langkah, sepanjang  jalan kecil
Dan lagi, lebih banyak dari ini
Ku lakukan, caraku

Ya, terdapat masanya, ku pasti kau tahu
Bila ku harungi, lebih dari apa yang boleh ku tempuhi
Namun melalui semuanya, bila terdapat keraguan
Ku tempuhi, dan lepasinya,
Ku hadapi semuanya
Dan ku berdiri tinggi, dan ku lakukan caraku.

Ku cinta, ku ketawa dan menangis
Ku telah rasai, sebuah kehilangan
Dan kini, bila tangisan semakin hilang
Ku dapati semuanya, sangat menghiburkan

Memikirkan, ku lakukan semua itu
Dan boleh ku nyatakan, dalam cara yang bukan pemalu
Oh tidak, oh tidak, bukanku
Ku lakukan, caraku

Untuk seorang lelaki, apa yang dia miliki
Jika bukan dirinya, maknanya dia tidak miliki
Menyatakan perkara, yang benar-benar dirasakannya
Dan bukan perkataan, seorang yang melutut
Rekod membuktikan, ku ambil cabaran
Dan lakukan, caraku.

Ya, itu adalah caraku.



Jadikan setiap bait lirik ini sebagai inspirasi untuk sama-sama menguatkan hati menempuhi setiap cabaran hidup pada masa akan datang. Insya-Allah.


Ulasan

Catatan Popular