Ceritera kepada “Bisikan”
Ceritera ini mengenai dia
Sukar difahami, mungkin
Asyik, barangkali
Di permulaan hingga hujungnya
Tidak akan jemu, ku katakan
Dia mempesona, penuh kehalusan bersamanya
Perlahan merentas, menyeberangi baris-baris
Dan kulihat kecantikan padanya
Oh, mungkin itu satu sinar cahaya
Dari awal ku lihatnya
Ringkas, dan senantiasa tersenyum
Keindahan terjelma dengan gaya sederhana
Ku selalu penuh minat mengenai dia
Itu hanyalah keindahan baru persahabatan
Dia melihat dari pandangan yang berbeza
Matanya punyai tarikan
Tangannya punyai kejelitaan
Ku hanya mahu nyatakan, betapa menawan dirinya
Namun, ku hanya diam melangkah dalam kekaguman
Keindahan dirinya terpancar saat dirinya tersenyum
Senantiasa gembira, itu pemandangan yang adil
Dia senantiasa di hadapan, dan ku di belakang
Perlukah ku berjumpanya, dan berbicara kepadanya?
Kagum dengan magisnya
Sekadar seronok
berbicara di buku biru
Sekadar menulis, namun memadai
Selalu buatku tersenyum, menghilangkan kebosanan
Ku selalu bertanya ribuan pertanyaan
Hanya mahu bersahabat, kerana ia mungkin
Sesuatu memberitahuku, kamu adalah baik
Sebaik seperti dirinya tatkala dia melangkah
Ku senantiasa ingat ceritera ini
Kamu mungkin sepadan, dan itu berkekalan
Kenangan indah sekali dalam lintasan
Ya, tatkala pembelajaran bermula di tempat yang sama
Ku suka apa yang dia dengar
Sebuah lagu
dan sebuah keseronokan
Mungkin, dia punyai pandangan hebat
Memetik seketika
Selagi dia tahu
Ku percaya keselurahan saat ini
Seluruh gambaran ingatan, datang darinya
Hanya sebuah pengalaman
Melihat sebuah pesona dari mataku
Ya, dia sahabat buatku
Sahabat baik, mungkin
Sekadar sebuah ceritera mengenainya
Sebuah ceritera yang ku ingin kongsikan dengannya.
Bukit Larut, 4 Julai 2012.
Versi Bahasa Melayu bagi "A Story to a Whisper"
Ulasan