12 jam bicara tanpa henti di blog...
Insyaallah, setelah sekian lama bercadang untuk melaksanakan hasrat ini, barulah ketika ini diberikan ruang dan kelapangan untuk merealisasikan perkara ini. Pada asalnya, cadangan untuk melaksanakan penulisan blog tanpa henti selama 12 jam ini datang dari cadangan adik saya sendiri. Pada asalnya, dia mencabar saya berbuat demikian, sebagai satu sindiran kepada saya yang kadang kala terlalu banyak dan asyik memberikan tumpuan pada penulisan blog sehingga kadang-kadang lebih banyak mengadap netbook berbanding mengadap ahli keluarga saya.
Cadangan asal, penulisan blog tanpa henti dicadangkan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam. Namun, bagi saya, untuk melaksanakan cadangan 24 jam itu adalah sesuatu yang mustahil, kerana sebagai manusia, pelbagai tanggungjawab lain harus dilaksanakan.
Perlu ditegaskan, perlaksanaan 12 jam tanpa henti menulis di blog ini bukanlah bermaksud saya menulis tanpa henti sehingga mengabaikan aspek-aspek rutin harian yang lain. Urusan-urusan harian terutama soal ibadah dan solat tidak akan sama sekali terganggu. Jadual telah disusun agar urusan-urusan wajib yang menjadi rutin harian ini tidak akan sama sekali terganggu.
Hakikatnya, saya telah mencari ruang terbaik, dan setelah melihat hari-hari tersebut, maka saya telah mengenalpasti bahawa hari Isnin ini (8 Ogos 2011) sebagai hari yang paling lapang buat saya. Saya memilih tarikh itu sebagai perlaksanaan 12 jam menulis di blog tanpa henti.
Sepanjang tempoh 12 jam itu, insyaallah saya akan menulis 12 entri mengenai pelbagai perkara, sama ada tulisan berbentuk santai mahupun tulisan berbentuk kritikan sosial. Dalam tempoh tersebut, 1 entri akan diposkan bagi setiap jam. Entri pertama akan diterbitkan pada pukul 6 pagi, dan berterusan sehingga ke jam 6 petang. Maka keseluruhan entri itu adalah berjumlah 12 entri.
Insyaallah, jika dikurniakan kesihatan yang baik, hasrat ini akan dilaksanakan.
Mengapa ingin melaksanakannya?
Sekadar mengisi kelapangan yang ada. Sekurang-kurangnya, masa yang ada tidak dibazirkan. Tambahan pula, pada hari tersebut, itulah satu-satunya hari yang tiada kesibukan.
Apakah akan ada pembaca yang akan mengikuti tulisan sepanjang 12 jam itu?
Wallahualam. Andai ada pembaca setia yang mengikuti sepanjang 12 jam itu, diucapkan sekalung penghargaan buatnya. Sesungguhnya, hasrat menulis selama 12 jam ini adalah satu hadiah buat pembaca-pembaca setia blog ini. Terima kasih buat anda semua.
Perlaksanaan 12 jam bicara tanpa henti di blog akan dilaksanakan pada hari Isnin ini, 8 Ogos 2011, bermula jam 6 pagi, dan akan tamat pada jam 6 petang, yang akan berlangsung selama 12 jam. Sebanyak 12 entri akan diterbitkan dalam tempoh itu, dan dalam setiap jam itu akan diposkan satu entri.
Andai terdapat kekangan dan halangan, perlaksanaan hasrat ini akan ditunda ke hari yang lain.
Terima kasih buat semua pembaca setia blog ini. Jumpa di hari Isnin ini. Salam Ramadhan....

Ulasan