Sekadar perkongsian...
Setiap orang pasti mempunyai hobinya tersendiri. Maka, saya juga mempunyai hobi tersendiri. Walaupun mungkin memerlukan belanja yang kadang kala agak tinggi, namun apabila kepuasan dirasai, semua itu tidak lagi menjadi satu kekangan.
Saya akui, saya merupakan individu yang sangat gemar mengumpul model-model kereta dan motosikal. Kegilaan ini telah wujud sejak di tingkatan dua lagi. Minat ini tercetus apabila saya mula membeli model motosikal Honda Gold Wing SE pada tahun 2002. Bermula dari saat itu, saya mula menanamkan hobi ini sehingga ke hari ini.
Saya lebih banyak mengumpul model-model kereta berbanding dengan model motosikal. Model-model ini telah saya kumpul sejak tahun 2002 lagi. Harus diakui, banyak juga wang dibelanjakan untuk membeli model-model tersebut.
Sekadar perkongsian beberapa model kereta yang dikumpul. Bagi model motosikal, insyaallah, akan dikongsikan di lain bicara. Kesemua model ini berskala 1:24.
|
Perodua Myvi |
|
Ford Focus |
|
Mercedes-Benz S-Class |
|
New Volkswagen Beetle |
|
Ferrari F430 |
|
BMW X5 |
|
BMW 328Ci |
|
Renault Clio V6 |
|
BWW Z8 |
|
Ferrari F2008 |
Wallahualam.
*Jam kelima bagi "12 jam tanpa henti bicara di blog" ditamatkan. Jumpa di jam berikutnya.
Ulasan