Pagi Khamis: Rosak anak perempuan sekarang.....
Pagi ni saya buka Facebook sekadar mengisi masa terluang selepas selesai menunaikan solat Subuh. Tak tahu nak buat apa, maka sekadar belek-belek Facebook yang memang dah bersawang. (jarang sangat buka Facebook sejak bercuti ni...)
Mata saya kemudian tertumpu pada blog yang disharekan oleh seorang sahabat lama saya. Bukan blognya yang dishare, tapi sebuah blog remaja perempuan berusia 14 tahun. Bila buka saja blog tersebut, rasa meluat muncul terus.
Ini bukan kisah Datuk Paduka Pena pening kepala melihat blog sampah yang tak tersusun dan tiada tarikan itu. Ini kisah Yazid Rosly yang mengurut dada kesedihan dek hanyutnya remaja hari ini.
Blog tersebut diberi nama 'Blog Adinda', dan apabila dilihat dari follower blog ini dan melihat juga pada jumlah komen dalam setiap posnya, maka bolehlah saya simpulkan blog ini sangat popular. Namun, mungkin juga popular dek terlalu opennya si pemilik blog ini berkongsi segala luahan dan rahsia dirinya.
Saya terkejut melihat posnya yang satu ini (saya tak dapat nak copy link posnya dek pemilik blog ini tak benarkan copy)
http://milanomonstaa.blogspot.com (lihat pada pos yang bertajuk "kesah apa aku bukan virgin" bertarikh 5 Disember 2010)
Lihatlah betapa murahnya harga dirinya. Dengan bangga nyatakan diri dah 'pernah main'. Anggap bahawa orang lain tak patut salahkan dia, kerana ramai juga remaja lain dah tak ada dara, dan menyatakan pula tiada dara itu bukan satu perkara yang penting.
Inilah bukti kerosakan dalam anak-anak remaja hari ini. Seks bebas dengan bangga menjadi satu budaya. Maruah diri dijual entah ke mana, hingga tidak nampak langsung nilai Islamnya.
Saya tak pasti sama ada ini blog sebenar atau sebuah blog palsu ciptaan individu tak bertanggungjawab, namun andai blog tersebut blog yang tulen, maka amat malanglah buat ibu bapa remaja berkenaan. Anak mereka telah jauh hanyut dari jalan yang sebenar.
Saya juga melihat pos-pos lain yang ditulis remaja ini. Ya Allah, semuanya seolah-olah tiada maruah. Tiada langsung nilai kesopanan. Boyfriend diangkat dan dipuja setinggi langit, dan bila nak luahkan kemarahan, terus diluahkan mengikut hawa nafsu tanpa memikirkan kesan langsung yang akan berlaku selepas ini. (Dik, kamu tu baru usianya 14 tahun. Kisah cinta kamu tu sekadar kisah cinta monyet...)
Inilah generasi celik IT, tapi inilah juga generasi buta pintu hati.
Benar, masa muda ini berbanggalah dengan setiap perkara dosa yang dilakukan. Masa muda ini berseronoklah dengan boyfriend yang kurus sekeping itu macam tak cukup zat, tapi fikirkanlah 20 tahun akan datang. Apakah adik ini akan hidup bahagia?
Sekadar memetik kata-kata mak, "masa muda seronoklah buat macam-macam, tapi bila dah tua menyesal tak sudah nanti..."
Benar, dan saya berharap remaja yang baru mengenal dunia ini bertaubat sebelum terlambat kerana akan tiba satu masa nanti, dosa-dosa silam akan menghantui hidupnya.
JANGAN FIKIR NAK SERONOK SAHAJA.....
Sekadar luahan kecil sambil menikmati sarapan roti canai dan teh tarik di warung mamak.
* "Pagi Khamis" adalah ruangan luahan pendek yang akan dipaparkan setiap pagi Khamis.
"Cinta monyet tak ke mana dik oii....." |
Ulasan
ni cikgu2 yang pengalaman yang cakap.....
(wpun suka rasa nk ponteng kelas)