Nak kurus? 7 pesanan berdasarkan pengalaman peribadi.

NAK KURUS?

Dulu beratku mencecah 78 kg pada tahun 2014. Namun 6 bulan selepas itu, beratku turun mencapai angka 56 kg.

Antara perkara awal yang aku lakukan adalah seperti berikut:

1. Kurangkan minuman manis. Banyakkan minum air kosong. 6 bulan aku langsung tidak sentuh air manis.

2. Elakkan makan lewat malam. Paling lewat makan sebelum Maghrib.

3. Kurangkan jumlah (portion) makanan diambil. Mula-mula memang perit sebab perut tak biasa. Namun, lama-lama ia akan jadi kebiasaan.

4. Elakkan makanan berlebihan lemak dan minyak. Lebihkan makanan yang sihat. Katakan tidak pada makanan segera.

5. Tidur awal. Pastikan waktu tidur dan rehat mencukupi.

6. Paling penting, pastikan aktif bersenam. Paling tidak pun, lakukan senaman ringan di rumah. Dulu, setiap hari aku berjoging.

7. Jangan lupa juga berdoa moga istiqamah untuk turunkan berat badan. Niatkan di hati, untuk turun berat kerana faktor kesihatan.

Apa yang penting berdisiplin. Tetapkan azam yang kuat untuk kurus. Tapi ingat, kurus bukan sebab nak nampak cantik dan kacak saja, tapi untuk tingkatkan kualiti kesihatan diri. Allah pinjamkan tubuh ini untuk kita guna dan menjaganya dengan baik. Maka perlulah kita menjaga amanah ini dengan baik.

Untuk menurunkan berat badan, ia lebih kepada pembudayaan gaya hidup yang sihat dan bukan bersifat matlamat. Budaya itu harus diteruskan walaupun berat telah turun mencapai sasaran yang diinginkan.

Alhamdulillah. Dengan pembudayaan gaya hidup sihat itulah, beratku tetap kekal 56 kg sehingga ke hari ini.

Salam ceria dan sihat dari bekas individu bertaraf berat berlebihan 7 tahun yang lalu.


*petikan dari perkongsian di Facebook, 29 Mac 2021




Ulasan

Catatan Popular