Rabu, 2 Jun 2010

Bicara: Yahudi dan Media Amerika di atas derita Palestin





Jika sayangkan rakyat Palestin, maka mulakanlah langkah untuk membaca bicara ini. Hakikat yang diakui, Yahudi adalah musuh Palestin, dan kita, dan buat setiap makhluk manusia yang agamanya itu ialah Islam. Ya, diakui seantero dunia, canangan demi canangan kita tahu Palestin menderita. Namun sedarkah kita, betapa kita ini tanpa sedar dari lena, kita sebenarnya hanya menjadi penyumbang buat si Yahudi? Benarkah? Mahu ditepiskah? Atau masih tak percayakah?

Hakikat, memang kita penyumbang saham buat mereka penindas bangsa yang menderita. Itu faktanya. Bagaimana pula saya kata begitu? Itulah yang saya bicarakan tadi, jika membaca maka tahulah hakikat sebenar. Ya, malas membaca itulah yang buat kita tak sedar diri kononnya nak berjuang atas nama jihad menentang si Yahudi tapi tak sedar dah jadi pak turut hamba pemberi dan penyumbang memajukan lagi penindasan terhadap Palestin.

Beberapa hari yang lalu, saya buka kembali sebuah majalah lama. Ah, tidaklah lama. Dewan Masyarakat kegemaran saya sejak di sekolah lagi, walaupun kadangkala penuh dengan doktrin-doktrin politik dari satu parti sahaja (kerajaan), namun masih terdapat juga tulisan yang mampu menjana minda beri informasi. Majalah keluaran tahun 2006 saya buka kembali. Sewaktu mata meniti setiap tulisan, mata saya terus terhenti pada sebuah artikel. Ya, artikel ini sering saya baca berulang kali supaya saya senantiasa tidak lupa bahawa harus berhati-hati agar tidak jadi rakan Yahudi tanpa disedari.

Tulisan Norfadilawati Musa, tutor Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Multimedia, Universiti Terbuka Malaysia memang buka mata saya. Angka dan fakta beri hakikat bahawa betapa Yahudi itu menguasai dunia, dan dalam konteks ini, Amerika si polis dunia sebenarnya berada dalam genggaman Yahudi. Maka tidak hairanlah bila Herry Trauman, Presiden AS 1950-an, menyatakan dalam catatan hariannya mengenai pengaruh Yahudi di White House: “Selama tinggal di Rumah Putih, saya merasai tekanan dan propaganda Yahudi yang sangat kuat dan merimaskan.”

Itu 60 tahun yang lalu. Bayangkan kini keadaan yang sama di White House. Saya yakin, pengaruh Yahudi pasti lebih kuat kini.

Walaupun mungkin angka dan fakta yang ditulis dalam artikel tahun 2006 itu mungkin berubah sedikit kini, namun saya akui keadaan yang sama pasti kekal hingga kini. Ya, perkara saya bicarakan ini ialah pengaruh Yahudi terhadap media berpengaruh di Amerika. Hakikat perkara itu pasti akan terus kekal dan sama. Bicara saya adalah berdasarkan artikel dalam Dewan Masyarakat itu yang saya olah dan permudahkan agar rakan-rakan yang mungkin membaca bicara ini lebih mengerti dan mudah menyelami. Bicara ini berdasarkan angka dan fakta yang dinyatakan dalam artikel itu.

Tahukah kalian, Yahudi mempunyai cita-cita besar mahu kuasai dunia? Ya, cita-cita itulah yang mewujudkan Perlembagaan Yahudi menerusi “24 Protokol Untuk Menawan Dunia” Saya tidak mahu perihalkan semua 24 protokol itu, sebaliknya mahu fokus pada Protokol Kelapan. Apakah huraiannya? Inilah huraian jelas langkah Yahudi untuk menguasai media dunia. Mengapa ini perlu dilakukan Yahudi? Alasannya mudah, media itu adalah senjata paling mudah kuasai minda dan fikiran masyarakat dunia.

Maka mereka telah taburkan benih-benih Yahudi dengan meletakkan wartawan, dan editor bangsa mereka ke dalam setiap media berpengaruh dunia di Amerika. Propaganda Zionis mula diserapkan secara perlahan-lahan dalam tempoh yang agak lama hingga hasilnya dapat dilihat kini. Propaganda Yahudi, berjaya menjadi akar yang kuat dalam kebanyakan media besar di Amerika kini. Ya, usaha mereka berjaya. Sebab itulah, bila Palestin diserang bertubi-tubi, media Amerika macam membisu dan pekak. Namun bila Israel dibedil dengan sedikit peluru berpandu kecil dari Hamas, maka disebarkan betapa kejamnya pula Hamas itu. Hakikatnya itu berat sebelah. Kenapa itu terjadi? Ya, macam diperkatakan tadi, Yahudi telah berkuasa 100 peratus dalam media di Amerika.

Inilah angka dan fakta yang akan saya bicarakan.

Nombor pertama:
Walt Disney….
Siapa yang tak kenal syarikat gergasi ini? Semua tahu kerana bila bicara nama itu, maka terbayanglah wajah comel Mickey Mouse atau si itik yang malang Donald Duck. Jika nak dimodenkan sikit, maka terbayanglah wajah angkasawan mainan Buzz Lightyear dalam Toy Story. Mungkin juga terbayangkan wajah Kim Possible heroin remaja perempuan yang popular di Disney Channel. Ya, mungkin juga nanti terbayangkan watak Carl Fredricksen, lelaki tua dalam filem Up. Ah, banyak yang terbayang bila bicara Walt Disney.

Tahukah kalian, The Walt Disney Company merupakan konglomerat media dan hiburan terbesar di dunia? Ya, itu faktanya. Tahukah siapa yang memiliki Walt Disney ini? Ya, mungkin tiada siapa yang ambil peduli. Namun saya mahu sedarkan semua kerana hakikat ini perlu ditelan bulat-bulat. Seorang lelaki bangsa Yahudi, dengan nama Michael Eisner merupakan CEO bagi Walt Disney ( dari tahun 1984-2005). Ibu dan bapanya, Margaret (née Dammann) and Lester Eisner, Jr merupakan bangsa Yahudi sepenuhnya. Jadi bayangkan sebuah syarikat hiburan terbesar dunia dipegang oleh bangsa Yahudi….

Malah CEO Walt Disney sekarang juga merupakan bangsa Yahudi. Robert Iger, dilahirkan pada 10 Februari 1951 merupakan CEO yang bertanggungjawab dalam penggabungan Pixar (2006) dan Marvel Entertainment (2009) ke dalam syarikat Walt Disney. Bayangkan kesemua watak dalam Marvel seperti Spiderman kini dipegang orang Yahudi….

Apakah kesannya terhadap umat Islam?

Di bawah Walt Disney Company ini, terdapat puluhan anak syarikat yang menguasai segenap dunia hiburan di seluruh dunia. Empat divisi utama syarikat ialah The Walt Disney Studios yang mengendalikan filem, label rakaman; Parks and Resorts yang mengendalikan semua taman tema Disney; Disney Consumer Products yang mengendalikan alat mainan, pakaian, cenderahati yang berkaitan dengan jenama Disney; dan Media Networks yang mengendalikan televisyen dan operasi internet Disney.

Di bawah Media Networks, terdapat puluhan stesen televisyen dan radio dikendalikan Disney. Stesen berita ABC yang cukup dikenali dengan rancangan seperti Good Morning America, World News Tonight dan 20-20 sebenarnya mempunyai pengaruh Yahudi yang cukup kuat. Kebanyakan penerbit eksekutif rancangan ABC merupakan bangsa Yahudi. Victor S. Neufel (20-20), Bob Reichbloom (Good Morning America), dan Rick Kaplan (World News Tonight) merupakan bangsa Yahudi yang berkhidmat di dalam ABC. Maka tidak hairanlah, bila media Amerika jadi berat sebelah bila bicara mengenai Palestin dan Israel.

Satu lagi stesen di bawah kendalian Disney ialah saluran sukan ESPN yang ditonton jutaan penduduk di seluruh dunia. Namun ramai yang tidak sedar ESPN merupakan syarikat yang dikuasai Disney dan fakta ini juga perlu diterima bulat-bulat oleh seluruh penggemar saluran sukan ini. Steven Bornstein merupakan pengemudi ESPN dan individu ini merupakan bangsa Yahudi sepenuhnya. Jadi secara tak langsung, kita telah menyumbangkan sejumlah wang apabila melanggan saluran ini dan kemudian diserahkan kepada si Yahudi ini. Jangan terlalu fanatik dengan dunia sukan….

Jangan juga lupa, saluran yang pasti digemari kanak-kanak, ya siapa yang tak lupa saluran Disney Channel. Bila bicara saluran ini, maka terbayanglah pelbagai rancangan yang popular di saluran ini. Walaupun Anne Sweeney , Presiden Kumpulan Televisyen Disney-ABC, bukan bangsa Yahudi, namun keterlibatannya dalam syarikat Walt Disney sememangnya tanpa disedari memberi bantuan pada si Yahudi.

Perlu diingat, dan saya masih terus mengingati rancangan seperti Lizzie McGuire yang pernah saya tonton sekitar tahun 2002. Pengaruh Yahudi cukup kuat, apabila watak pembantu iaitu Gordo merupakan watak yang digambarkan sebagai seorang Yahudi. Malah terdapat satu episod telah menyatakan dengan jelas apabila Gordo menghadapi upacara menjadi lelaki dewasa di kuil Yahudi. Episod ini cuba manggambarkan betapa indahnya agama Yahudi. Nah, inilah propaganda Yahudi yang cuba meracuni minda kanak-kanak Islam.

Satu lagi yang pasti diingati ialah siri Aladdin yang diadaptasi dari filem animasi Aladdin tahun 1992. Watak Aladdin secara terang-terangan digambarkan sebagai seorang Yahudi. Pemakaian kippa (tutup kepala Yahudi bila beribadat) pada watak Aladdin ternyata memang disengajakan ditonjolkan dalam siri itu. Nah, betapa halusnya si Yahudi cuba meracuni fikiran anak-anak kecil.

Maka, Disney Channel dianggap sebagai platform terbaik bagi Yahudi menakluki minda kanak-kanak dunia.

Di bawah anak syarikat Walt Disney, The Walt Disney Studios, pelbagai genre filem diterbitkan menerusi anak-anak syarikatnya. Anak syarikatnya, Walt Disney Pictures yang menerbitkan ratusan filem, dan yang terbaru seperti filem Up, Toy Story 3, Pirates of The Carribbean, Cars, Hannah Montana The Movie dan yang sedang ditayangkan kini, Prince of Persia: The Sand of Time. Ya, renungkan seketika, kesemua filem ini keuntungannya nanti akan menuju kepada si Yahudi. Masihkah tak sedar kita ini? Kita juga penyumbang kecil untung itu.

Di bawah anak syarikat lain, Touchstone Pictures, pelbagai genre filem turut dihasilkan disamping penghasilan siri televisyen. Desperate Housewives, siri Lost, Grey’s Anatomy, Private Practise, dan tidak lupa juga Scrubs dihasilkan oleh anak syarikat Yahudi ini. Bohong jika saya katakan, tidak ada sebarang pengaruh Yahudi ditonjolkan dalam siri ini. Pasti akan ada sedikit selingan cuba ditampilkan dalam setiap siri-siri ini.

Jadi buat si penggemar Grey’s Anatomy, memang diakui mereka ini dah jadi penyumbang setia buat si Yahudi… Bangkanglah saya jika nak nafikan hakikat ini…

Di bawah ABC Studios pula, siri Kyle XY, Greek adalah antara produk yang dihasilkan di bawah pengendali si Yahudi. Jadi adakah perlu tonton siri ini?

Secara halus, menerusi Kyle XY, mesej cuba disampaikan ialah ketiadaan kewujudan tuhan atau mungkin juga kekuasaan manusia bagi menandingi ciptaan tuhan. Tahukah, ini boleh merosakkan akidah orang Islam? Begitu juga siri Greek, menampilkan budaya bebas pelajar kolej hingga menonjolkan budaya seks yang dianggap seperti cara merapatkan hubungan sosial. Mesej ini juga mampu rosakkan kekuatan keimanan orang Islam.

Bagi mereka yang sakan bercuti sana dan sini, buat si kaya yang bangga kata selalu pergi ke Disneyland, fikirkanlah sejenak. Tak sedarkah mereka, itu semua adalah milik Yahudi secara keseluruhannya? (seorang rakan ajak saya ke Hong Kong Disneyland, tapi saya tolak atas alasan ini). Thomas O Staggs, merupakan Pengerusi Walt Disney Parks and Resorts, merupakan orang kanan Robert Iger, CEO Walt Disney yang berbangsa Yahudi. Thomas akan memberi laporan bagi setiap perjalanan Disneyland di seluruh dunia kepada CEO Walt Disney itu. Itu ingin saya nyatakan pada rakan saya itu.

Nombor kedua:
Time Warner…
Siapa tak kenal syarikat ini? Syarikat gergasi hiburan kedua terbesar dunia ini selepas Walt Disney juga turut dimiliki oleh orang Yahudi. Jeffrey Bewkes merupakan CEO dan Pengerusi bagi Time Warner. Tahukah bahawa dia berasal dari keluarga Yahudi? Inilah faktanya. Beketurunan Belanda dengan pengaruh Yahudi yang kuat, inilah individu yang menggerakkan Time Warner. Sebelum ini, Time Warner dikendalikan oleh Gerald M. Levin juga seorang Yahudi. Gerald merupakan pemegang amanah dan penyokong Muzium Warisan Yahudi di Manhattan.

Aset yang paling diketahui dimiliki oleh Time Warner ialah Home Box Office (HBO). Ya, inilah saluran kegemaran ramai rakyat Malaysia untuk mendapatkan filem terkini. Tapi ramai yang tak sedar, HBO pernah diuruskan Gerald M. Levin si Yahudi itu. Satu lagi saluran di bawah HBO ialah Cinemax, turut dikendalikan di bawah Time Warner. Jadi buat si pelanggan saluran ini, fikir-fikir sumbangan kecil yang telah anda sumbangkan tanpa disedari buat si Yahudi.

Saluran berita CNN, tanpa disedari juga turut berada di bawah kendalian Philip I Kent yang menguruskan Turner Broadcasting System (Syarikat yang kendalikan CNN). Perlu disedari, Turner Broadcasting System berada di bawah kendalian Time Warner milik si Yahudi. Maka, tidak hairanlah, bila laporan CNN seringkali berat sebelah. Kenapa? Semuanya disebabkan media ini dikawal oleh Yahudi yang akan membataskan cerita sebenar terhadap kezaliman Zionis di bumi Palestin.

Time Warner juga merupakan pemilik kepada Warner Brothers. Siapakah CEO syarikat ini? Ya, sekali lagi Yahudi berkait dalam pengurusan syarikat ini. Barry Meyer merupakan CEO Warner Brothers dan merupakan seorang Yahudi. Malah individu ini mendapat penghormatan oleh American Jewish Committee’s 2006 Dorothy dan Sherrill C. Corwin Human Relations Award untuk kerja-kerja kemanusiaannya. Nah, sekali lagi Yahudi mempunyai kaitan.

Apakah produk keluaran Warner Brothers? Siri popular Chuck (disiarkan di TV2 dan Astro) yang hangat dalam kalangan pelajar di Malaysia adalah salah satu siri yang diterbitkan Warner Brothers. Tanpa disedari, ramai dari kita jadi penyumbang kepada si Yahudi. Siri Supernatural (TV3), siri Human Target (TV3), siri Fringe (NTV7), siri Smallville (TV3), dan banyak lagi adalah di bawah Warner Brothers. Jadi buat si penggemar siri-siri ini, fikirkanlah adakah perlu kita menontonnya?

Siri Chuck sebagai contoh, terdapat satu episod secara terang-terangan memberi gambaran bahawa Iran merupakan negara pencipta senjata nuklear. Senjata itu kemudian dibawa ke Amerika untuk dijual di pasaran gelap. Maka si Chuck ditugaskan bersama dua ejen lain, Casey dan Sarah menghalang penjualan senjata ini. Tahukah, ini adalah salah satu cubaan propaganda Yahudi cuba untuk memburukkan negara Iran? Ya, itulah Chuck di bawah terbitan syarikat Yahudi.

Warner Music, bekas anak syarikat Time Warner dari dulu dan masih juga kini, terus berada di bawah penguasaan Yahudi. Edgar Bronfman Jr, merupakan CEO dan Pengerusi bagi Warner Music. Dengan satus agama sebagai Yahudi, maka satu lagi syarikat rakaman gergasi dunia menjadi pak turut Yahudi. Malah sehingga di Malaysia, syarikat ini berjaya melabuhkan pengaruhnya. Itulah yang mewujudkan Warner Music Malaysia.

Tanpa disedari, ramai orang Islam telah menjadi penyumbang buat si Yahudi. Siapakah artis antarabangsa yang berada di bawah Warner Music? Fort Minor, Paris Hilton , Hannah Montana, Jay-Z, Jonas Brother, Linkin Park, Madonna, dan beberapa lagi artis yang cukup dikenali semuanya berada di bawah syarikat rakaman ini. Ya, rakan-rakan saya ramai menjadi peminat artis yang tersenarai itu. Tapi perlu disedari, setiap album artis itu yang dibeli, secara halus telah disalurkan kepada si Yahudi. Hatta, walaupun cuma satu sen saja, itu telah cukup beri saham untuk majukan lagi kekejaman Zionis di Palestin. Jadi sedarlah kita semua…

Warner Bros pula, merupakan satu lagi subsidiari di bawah Time Warner. Diuruskan oleh orang yang sama, Barry Meyer, menerusi syarikat inilah maka wujudlah animasi seperti Bugs Bunny dan Duffy Duck. Watak kartun inilah yang kemudiannya menjadi kegemaran kanak-kanak. Proses mengYahudikan kanak-kanak berjalan…

New Line Cinema juga turut berada di bawah Time Warner. Ya, inilah syarikat yang menghasilkan filem seperti The Mask, filem musikal Hairspray, filem Rush Hour, Final Destination dan beberapa filem yang terkenal dan mendapat kutipan besar di pawagam. Pengerusi New Line Cinema juga turut berbangsa Yahudi, iaitu Toby Emmerich.

Nombor ketiga:
Viacom….
Ya, bila bicara syarikat media hiburan ketiga terbesar di dunia ini, maka terbayanglah wajah Spongebob atau mungkin wajah si hodoh Shrek. Inilah watak kartun yang tercipta dari Viacom. Siapakah Pengerusi Viacom? Sekali perlu disedari Yahudi juga menguasai Viacom. Summer M. Redstone merupakan Yahudi yang dilahirkan di Boston dengan ibu bapa yang merupakan Yahudi sepenuhnya.

Paramount Pictures merupakan aset yang dimiliki Viacom. Pengerusi Paramount Pictures, turut berbangsa Yahudi. Brad Grey merupakan individu terpenting syarikat filem itu yang telah menghasilkan ratusan filem. Filem Transformer, Kung Fu Panda, Mission Impossible, Star Trek, How to Train Your Dragon, Iron Man, dan Shrek dihasilkan oleh Paramount. Sekali perlu diakui, bagi setiap penonton filem, tanpa disedari sumbangan telah dihulurkan kepada si Yahudi menerusi tiket wayang yang dibeli.

Nickelodeon juga berada di bawah Viacom. Ironinya, Nickelodeon diuruskan oleh Cyma Zarghami, seorang wanita yang berasal dari Iran. Namun, realitinya, pengaruh Yahudi masih terdapat dalam syarikat ini (yalah, bos Viacom adalah Yahudi…). Saluran yang persis Disney Channel ini, menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran penonton mereka. Maka pelbagai rancangan diterbitkan yang rata-rata mendapat sambutan hangat.

Ya, inilah saluran yang menyiarkan animasi paling popular di Amerika bahkan telah melarat di Malaysia. Siapa yang tak kenal span berwarna kuning yang boleh bercakap dengan berkemeja putih dan bertali leher? Spongebob Squarepants itulah nama yang menjadi fenomena di Amerika. Dicipta oleh pakar biologi marin dan animator Stephen Hillenburg, siri ini ternyata mempunyai pengaruh Yahudi tanpa disedari.

Kebanyakan rakyat Amerika menganggap, watak Squidward dan Mr. Krab adalah mirip kepada perwatakan orang Yahudi di Amerika. Memang diakui watak Mr. Krab yang kedekut dan begitu sayangkan duit selain cara percakapannya yang ikut sedap mulut sebenarnya diakui oleh kebanyakan rakyat Amerika adalah sama dengan perwatakan para peniaga Yahudi di sana. Begitu juga watak Squidward, yang anti sosial, selain pentingkan diri turut menyamai sesetengah perwatakan orang Yahudi di Amerika. Mesejnya mudah, Spongebob Squarepants telah dijadikan platform terbaik bagi mendekatkan kanak-kanak di seluruh dunia kepada budaya dan cara hidup orang Yahudi.

Siri Spongebob juga mencetuskan kontroversi apabila dikatakan mempunyai mesej homoseksual seperti yang digambarkan menerusi keakraban watak Spongebob dan Patrick. Begitu juga watak Mermaid Man dan Barnacle Boy juga dengan jelas seperti memberi mesej homoseksual. Isu ini jadi hangat di Amerika satu ketika dahulu.

Satu lagi mesej secara halus cuba diselitkan dalam siri ini. Watak raja lautan Neptune telah digambarkan seperti Tuhan dalam siri ini. Perkara ini dapat dilihat pada watak Spongebob yang seringkali menyebut: “Oh Neptune, apakah kesalahan saya?” setiap kali menghadapi dugaan dalam cerita. Malah watak lain juga turut menggunakan frasa ayat yang sama itu. Memang jelas, siri ini seolah-olah menggambarkan bahawa penduduk Bikini Bottom mempunyai Tuhan yang bernama Neptune, raja lautan.

Bukankah ini boleh merosakkan akidah kanak-kanak Islam? Ya, inilah rancangan halus yang dilakukan oleh puak Yahudi untuk menghancurkan kekuatan Islam.

Saya masih ingat juga, menerusi siri Hey Arnold (dicipta Craig Michael Bartlett) yang ditayangkan sekitar tahun 2003 turut cuba menampilkan pengaruh Yahudi. Watak kaki buli Harold Berman digambarkan seorang Yahudi. Malah terdapat satu episod khas mengenai watak ini dengan jalan ceritanya adalah berkisar kepada cabaran Harold untuk menjadi lelaki dewasa Yahudi, dengan pengakhiran ceritanya berakhir di kuil Yahudi dan kejayaan Harold menjalani upacara lelaki dewasa di kuil itu. Nah, sekali lagi Yahudi cuba menjadi benang halus untuk mengawal kanak-kanak dunia mencintai Yahudi…

Bartlett juga adalah individu yang bertanggungjawab mewujudkan siri animasi Rugrats yang mendapat sambutan hangat. Perlu diingat, siri dengan watak bayi ini adalah siri yang paling jelas menggambarkan budaya Yahudi dengan mesej kuat iaitu proses asimilasi Yahudi dan Kristian di Amerika. Watak keluarga Pickles merupakan keluarga campuran Yahudi dan Eropah digambarkan dalam siri ini. Malah terdapat beberapa episod khas yang fokus jalan ceritanya hanya terhadap perayaan Yahudi, iaitu perayaan Hannukah dan perayaan Passover. Siri ini telah mendapat pujian besar dari pengarah Steven Spielberg, dan perlu diingat pengarah tersohor ini adalah berasal dari keluarga Yahudi.

Siri ini juga kemudian dikembangkan lagi menerusi siri All Grown Up, sambungan siri Rugrats namun kesemua watak kini menjadi remaja. Namun, fokus utama terhadap Yahudi masih tetap dikekalkan.

Angka seterusnya?
Ah, cukuplah ini saja 3 angka saya bicarakan kerana jika mahu tambah lagi, maka panjanglah lagi bicara ini. Lepas tu, adalah beberapa orang akan cakap: “Eh, Yazid ni memang suka tulis panjang-panjang ke?”

Ah, biarkan panjang pun. Itu hak saya untuk bersuara. Jika tak mahu baca, maka janganlah baca. Itu bicara saya buat mereka yang sering mengadu bicara saya ini senantiasa panjang.

Berdasarkan penelitian dan kajian tambahan saya serta rujukan mata terhadap artikel Dewan Masyrakat, maka inilah bukti bahawa Yahudi telah kuasai dunia. Bayangkan tiga gergasi syarikat hiburan dunia dipegang oleh Yahudi… Apakah kekuatan Islam mampu menenggelamkan propaganda mereka? Adakah kita mampu tepis segala yang datang dari mereka? Sukar, ya sangat sukar namun bukanlah pula itu satu yang mustahil.

Mesej saya mudah, kita harus sedar bahawa kita adalah penyumbang kepada si Yahudi. Walaupun nanti akan ada yang bercakap: “Mungkin memang diorang Yahudi, tapi mungkin diorang tak ada kaitan dengan Zionis Israel itu…”

Ingin saya lemparkan kembali dengan kata-kata ini: “Mana ada manusia di dunia yang tidak akan bantu kaum sesama mereka? Di Malaysia saja, Melayu pasti akan tolong Melayu, begitu juga Cina pasti akan tolong Cina. Jadi, tak mustahil Yahudi di Amerika juga pasti akan membantu Yahudi di Israel”

Apakah yang perlu kita lakukan? Mudah saja. Kurangkan huluran-huluran wang kepada mereka. Bagaimana? Ya, kurangkan sokongan terhadap segala terbitan hiburan yang datang dari mereka. Kurangkan menonton filem dari mereka, kurangkan menonton siri televisyen mereka dan kurangkan juga mengunjungi taman tema hiburan mereka. Jika ini dilakukan, saya yakin sedikit sebanyak Zionis pasti akan tergugat juga.

Ingat, walaupun dari jumlah tiket filem RM10 yang dibayar mungkin hanya 1 sen saja mungkin tersumbang kepada Yahudi, walaupun jumlah itu kecil, bayangkan jika jumlah satu sen itu digandakan menjadi sejuta orang. Berapakah jumlah yang telah disalurkan kepada Yahudi? Ya, hampir RM 10 000 atau bersamaan dengan AS$2941. Dan tahukah jumlah ini mungkin boleh dibayar untuk 3 askar Israel? (dengan andaian seorang askar mendapat AS$980). Bukankah itu secara tak langsung kita telah membantu si Zionis menindas lagi rakyat Pelstin?

Kita harus sedar dan mulakan langkah. Ya, saya juga harus sedar dan atur segala keinsafan moga saya tidak lagi jadi penyumbang halus buat Yahudi. Saya juga menjadi peminat bagi sesetangah siri televisyen terbitan mereka. Dan kerana itu saya perlu perlahan-lahan kurangkan minat, moga satu hari selera saya untuk menonton akan terus hilang.

Ingatlah, setiap sen yang mungkin dihulur kepada Yahudi, mungkin akan menambahkan penderitaan rakyat Palestin. Fikirkanlah tiap kalian menonton filem seperti Shrek dan senantiasa ketawa, kita sebenarnya seolah-olah ketawa pada penderitaan rakyat Palestin. Dan setiap kali kita terhibur dengan humor dalam siri Chuck, kita sebenarnya terhibur dengan penderitaan rakyat Palestin.

Ayuhlah, bersama kita bersatu musnahkan media Yahudi!!

Walaupun kecil sumbangan kita namun itu adalah cukup besar buat rakyat Palestin. Ya, inilah bicara Yahudi dan Media Amerika di atas derita Palestin….

"Hai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, yaitu diantara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka:”Kami telah beriman”, padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka merobah] perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: “Jika diberikan ini (yang sudah di robah-robah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini maka hati-hatilah”. Barangsiapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatupun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak mensucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar." (Al Maa’idah : Ayat 41)

p/s: bicara ini bermula bila saya mendengat berita kebiadaban Israel meyerang kapal bantuan kemanusian ke Gaza, Mavi Marmara.


**Bagi setiap yang baca bicara ini, sebarkanlah bicara ini pada orang lain. Moga dakwah ini dapat diperluaskan...