Jumaat, 24 Oktober 2014

Muhasabah Jumaat: Komentar isu "I want to touch a dog"



 
 
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kontroversi penganjuran kempen “I want to touch a dog” yang dianjurkan di Central Park One Utama, Petaling Jaya. Kempen ini dianjurkan oleh Syed Azmi, dan telah menarik hampir seribu hadirin pada hari tersebut. Menurut penganjur, kempen ini bertujuan untuk menghapuskan rasa takut terutama masyarakat Melayu terhadap anjing dan mendedahkan bagaimana cara untuk belas kasihan terhadap binatang itu.

Hakikatnya, sekali pandang tujuannya dilihat murni dan bersifat positif. Namun di sebalik penganjuran itu, harus diakui bahawa penganjurannya itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan agamawan dan rakyat itu sendiri.

Berdasarkan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, keputusan telah dibuat bahawa menyentuh dan memegang anjing adalah bersifat melawan arus pedana umat Islam di negara ini yang berpegang kepada mazhab Syafie. Dalam erti kata lain, hukum memegang anjing bagi orang Islam di Malaysia haruslah bersandarkan kepada mazhab Syafie.

Ini bermakna, menyentuh anjing itu dibolehkan dalam keadaan yang diperlukan sahaja, seperti kecemasan atau disebabkan pekerjaan; namun untuk menyentuhnya tanpa sebarang sebab, maka itu dilarang sama sekali.

Secara mudah, penganjuran tersebut jelas bertentangan dengan nilai norma masyarakat Islam di Malaysia. Penganjuran tersebut dilihat seperti mencabar sensitiviti orang Islam dan seolah-olah memperlekehkan golongan ulama di negara ini.

Berikut adalah komentar peribadi penulis mengenai isu ini:

1.       Isu ini terjadi apabila kejahilan semakin banyak melanda dalam kalangan umat Islam. Harus diakui, semakin lama nilai kecintaan ilmu terhadap Islam itu dilihat semakin pudar tatkala negara sedang menghambat kemajuan. Isu sentuh anjing ini terjadi apabila masyarakat kurang ilmu mengenasi soal hukum dan terlalu cetek pengetahuan mengenai nilai pegangan agamanya.

2.       Memang diakui, tujuan penganjuran itu membawa maksud untuk menangkis persepsi negatif orang Islam terhadap anjing. Malah, rata-rata orang Islam di negara ini menganggap anjing sebagai musuh mereka dan harus dijauhi malah ada waktunya mungkin diperangi. Disebabkan persepsi yang salah ini; iaitu memusuhi anjing, maka seringkali dilihat orang Islam itu sendiri menganiaya dan menzalimi anjing, walhal itu bukanlah yang dianjurkan dalam Islam!

3.       Walaupun Islam menganjurkan untuk menyayangi dan tidak menzalimi binatang seperti anjing, itu tidak bermakna bahawa orang Islam boleh menyentuh dan membelai anjing sesuka hati. Islam menganjurkan kesederhaan, dan kerana itu ada batas yang perlu diikuti dalam soal hubungan sentuhan dengan anjing.

4.       Tindakan menyebarkan gambar-gambar peserta (yang rata-rata wanita) memegang dan memeluk anjing di laman-laman sosial haruslah dihentikan. Walaupun mereka telah melakukan kesalahan, itu tidak bermakna bahawa mereka perlu dimalukan sedemikian. Penyebaran gambar ini adalah lebih kepada menjatuhkan air muka mereka. Hakikatnya, mungkin mereka sendiri terperangkap dengan salah faham dalam isu menyentuh anjing ini sehingga mereka berani untuk bertindak sedemikian.

5.       Tindakan menghina dan mencemuh terhadap peserta yang terlibat seharusnya tidak berlaku. Hakikatnya, kesilapan yang berlaku itu terjadi disebabkan kekeliruan masyarakat itu sendiri terhadap hukum memegang anjing. Menghina dan mengeji bukanlah cara terbaik untuk menampilkan imej Islam yang dilihat mementing kedamaian dan keamanan.

6.       Sekiranya tidak mempunyai ilmu yang mencukupi, maka seharusnya masyarakat tidak mudah untuk menjatuhkan hukum terhadap sesuatu tindakan. Menjatuhkan hukum tanpa nas yang sahih hanya akan mendatang kekeliruan dalam masyarakat. Orang bukan Islam akan melihat bahawa umat Islam ini terlalu mengikut emosi seterusnya menghilangkan minat mereka untuk memahami Islam yang sebenar.

7.       Isu yang terjadi ini adalah disebabkan usaha untuk meliberal Islam dan usaha untuk menjadikan agama Islam itu disamaratakan dengan fahaman agama lain. Gerakan pluralisme dan liberalisme ini berlaku di serata dunia dengan alasan untuk mewujudkan kesaksmaan dan keadilan bagi setiap manusia. Hakikatnya, orang Islam tidak boleh sama sekali terjebak dengan dua fahaman ini kerana boleh memesongkan akidah tanpa mereka sedar.

8.       Penganjuran acara seumpama ini sekiranya bertujuan untuk membetulkan persepsi negatif orang bukan Islam terhadap orang Islam dalam soal hubungan dengan binatang seperti anjing; seharusnya menerima garis panduan dari pihak bertauliah seperti Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Ketiadaan garis panduan yang jelas inilah menyebabkan berlaku salah faham hingga telah mengelirukan peserta yang terlibat untuk melakukan tindakan berani dengan menyentuh anjing yang ada.

9.       JAKIM seharusnya lebih peka dan proaktif dalam memantau segala aktiviti yang dilihat berbaur dan memberi ancaman terhadap kesucian Islam. Dalam hal ini, pihak JAKIM bukan sahaja perlu bertindak di atas laporan yang diberikan, namun perlu juga mengatur gerak dengan melakukan risikan di laman-laman sosial supaya aktiviti dan acara yang sama tidak berulang lagi pada masa akan datang. Hakikatnya, acara “I want to touch a dog” telah diwar-warkan di laman sosial. Sekiranya tindakan awal diambil, mungkin acara seperti ini tidak berlangsung.

10.   Gerakan ilmu setempat harus dipergiatkan lagi di seluruh negara. Masjid perlu memperbanyakkan majlis-majlis ilmu terutama berkaitan perkara-perkara asas fardhu ain dan bab menyucikan diri. Hakikatnya, isu sentuh anjing ini terjadi akibat salah faham orang Islam terhadap hukum menyentuh anjing itu sendiri.

11.   Isu yang terjadi ini harus dikendalikan dengan berhemah dan tidak beremosi. Tindakan mencerca dan menghina peserta dan pihak penganjur hanya akan memburukkan keadaan. Malah hanya memberi gambaran yang salah bahawa Islam itu bersifat provokatif.

12.   Kesimpulannya, bagi memastikan supaya isu ini tidak berulang lagi, pihak berkuasa harus lebih peka dengan setiap acara dan aktiviti yang melibatkan orang Islam. Pada masa yang sama juga, gerakan ilmu secara besar-besar haruslah direvolusikan, supaya pemahaman asas agama itu akan dapat diperkukuhkan lagi dalam kalangan masyarakat Islam.

Isunya memang mencetuskan kontroversi dan polemik baru di negara ini. Seharusnya apa yang berlaku ini perlu menjadi pengajaran supaya tidak berulang lagi pada masa akan datang. Program “I want to touch a dog” ini barangkali mempunyai tujuan positif. Namun perlaksanaan dan hasilnya itu yang perlu diperbetulkan. Islam itu mudah. Namun itu tak bermakna setiap orang Islam itu perlu mengambil mudah.

Wallahualam.





Rabu, 1 Oktober 2014

Himpunan gambar konvokesyen rakan-rakan UPSI tahun 2014

Dewan Besar UPSI, tempat berlangsungnya Istiadat Konvokesyen UPSI ke-16

Barangkali saat paling indah dan menjadi impian bagi setiap mereka yang menjejakkan kaki ke alam universiti sudah semestinya hari konvokesyen. Maka mungkin itulah yang terlintas di fikiran rakan-rakan UPSI ambilan Julai 2010. Tarikh 17 hingga 20 September 2014 pasti melakar detik terindah buat mereka semua kerana tarikh itulah merupakan detik kemuncak sebagai seorang mahasiswa di UPSI. Istiadat Konvokesyen UPSI ke-16 berlangsung, maka lahirlah graduan-graduan baru dari UPSI yang bakal menjadi guru pada masa akan datang.

Entri kali ini bukanlah ditumpukan terhadap bicara tulisan yang barangkali berjela-jela. Sekadar sedikit perkongsian bergambar kenang-kenangan rakan-rakan UPSI yang telah bergraduat baru-baru ini. Setiap gambar ini memaparkan wajah ceria masing-masing setelah 4 tahun gigih menjadi mahasiswa UPSI.

Sekalung ucapan tahniah buat anda semua. Moga dipemudahkan urusan kerjaya di masa akan datang. Insya-Allah.
 


Noor Adila binti Mohd Shafie (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dengan Kepujian)


Nor Ain Shazana binti Ahmad Tarmizi (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian)



Noor Amira Aqilla binti Mohamed Zainal Abidin (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dengan Kepujian)



(Ann Aisyah) Ainne Aisyah binti Mohd Nadzir (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dengan Kepujian)


Sahabat sebilik dari Pahang; Mohammad Azrul bin Haron (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak) dengan Kepujian)



Nor Farahin binti Che Ariffin (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian)

Sahabat akrab. Dari kiri; Nor Farhana binti Ahmad dan Hamidah Ainun binti Ravbeek (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dengan Kepujian).


Rakan sepraktikum di SMK Dr Burhanuddin; Hasliza binti Kamarudin (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian)


Sahabat baik; Mohamad Izzat Fahmi bin Mohamad Bokhri (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dengan Kepujian)


Nor Amira binti Mohd Azme (Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak)


Mohd Anwarrudin bin Ismail (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian)



Mohd Faris Syahmi bin Mohammad Yusoff (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian)


Sahabat baik dari Parit Buntar; Mohamad Nazrul bin Suhaimi (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian)


Nor Farhana binti Ahmad (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dengan Kepujian)



Nor Rafidah binti Jamil (Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan)



Nur Adila binti Muhammad (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian)


Nur Natheka binti Berhanuddin (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan Kepujian)


Sahabat baik dari Selama, (Cik Ju) Nurul Najjua binti Saaray (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian)


Nurul Syafiqah binti Zaini (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dengan Kepujian)



Sahabat baik dari Pantai Timur; (Yoe) Tuan Shahrulnizam bin Tuan Mohamed (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian)


Hajeriah binti Bosman (Jieji) (Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak)



Sahabat baik dari Johor; Mohd Nurtaufiq bin Mistam (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian)


Blogger UPSI; Mastura binti Mohd Yusoff (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dengan Kepujian)



Natrah binti Ibrahim (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dengan Kepujian)



Muhammad Izzuan bin Roslan (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) dengan Kepujian



Sahabat serumah, Mohd Khirrudin bin Alias (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dengan Kepujian)



Mohd Ghazalie bin Mally (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dengan Kepujian)

'Akak' dalam TESL; Nur Farah Idayu binti Saadon (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dengan Kepujian)


Politikus UPSI barangkali; saudara Muhamad Hafifi bin Mokhtar (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik) dengan Kepujian)


Nor Asyiqin binti Mohamad Said (Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak). Boleh layari blog beliau di: (asyiqinkaya.blogspot.com)

Nurulizyan Liyana binti Abdullah (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian)



Rakan sekursus, Santhiya a/p Ramadas (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dengan Kepujian)


Sahabat baik dari Tapah, Mohd Hishamuddin bin Mohd Mokhtar (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dengan Kepujian)




Bersama ibu; Muhammad Yazid bin Rosly (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dengan Kepujian)


Selamat maju jaya buat semua. Moga dapat mencurahkan bakti walau di mana sahaja. Insya-Allah.


*Nota: Kesemua gambar yang dipaparkan dalam entri ini telah mendapat keizinan dari tuannya. Terima kasih buat kalian di atas keizinan yang diberi itu.