Sabtu, 1 September 2012

Perkongsian mengenai UPSI buat bakal mahasiswa UPSI

(Entri ini ditulis pada 9 Januari 2012, dan telah dikemaskini pada 14 Julai 2013)



Tak lama lagi, mahasiswa baru akan mendaftar. Maka, tahun demi tahun, barulah dirasakan bahawa penulis semakin lama semakin menghampiri di penghujung pengajian. Menjelang Julai ini, penulis akan memasuki semester 7, yakni semester praktikum dengan jurusan TESL di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Selain daripada kontroversi yang pernah berlaku, yang tercetus oleh senior TESL bernama Adam Adli, hakikatnya UPSI telah lama bertapak dan dikenali sebagai asas kepada lahirnya tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan.  Gerakan nasionalisme negara tercipta dan bermula di UPSI. Sejarah itu tak boleh dipadam.

Banyak juga perkara yang mungkin agak sinonim bila menjadi pelajar UPSI. Perkara yang selalu dibicarakan pastilah mengenai bas di UPSI. Rata-rata berpendapat, servis bas di UPSI ‘sangat’lah ‘memuaskan’. Kadangkala berjam menunggu, sampai di akhirnya terpaksa menumpang orang lain dek lambat sampai. Isu ini masih belum selesai, sejak penulis menjadi pelajar UPSI pada tahun 2010.

Namun pada awal Mac 2013 yang lalu, isu bas dilihat hampir selesai apabila tender baru dibuka, dan pengurusan bas Kiffah mengambil alih pengurusan bas sebelumnya. Sejak itu, masalah bas tidak terlalu ketara berlaku. Oleh itu, para mahasiswa UPSI tidak lagi berhadapan dengan masalah yang melanda sebelum ini.

Perihal bas juga menyaksikan sesi ‘adab’ yang sememangnya berkiblatkan ‘mentaliti dunia ketiga’. Jangan difikir soal beratur, kerana istilah tersebut dibuang begitu sahaja andai mahu menaiki bas UPSI. Andai kalian pelajar lelaki, maka azabnya bertambah. Harus difahami, bas UPSI didominasi oleh pelajar perempuan. Maka, mungkin ada waktunya, anda menjadi satu-satunya pelajar lelaki yang menaiki bas yang dipenuhi penumpang wanita.

Mungkin disebabkan faktor dominasi inilah, maka ramai pelajar lelaki memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Lagipun, orang lelaki tahap sabarnya kurang berbanding perempuan. Tunggu bas beberapa minit pun dilihat menyusahkan. Mungkin itu sebab penulis kini menggunakan kenderaan sendiri untuk bergerak.

Formulanya mudah andai mahu senang untuk menaiki bas. Tunggu awal untuk menaiki bas, sekurang-kurangnya satu jam sebelum kelas bermula. Kerana satu jam itulah yang diperlukan (dari menunggu bas sehinggalah berjalan menuju ke kelas) untuk pelajar bergerak ke kampus (kampus lama) sekiranya anda tinggal di Kolej Za’ba, dan Kolej Aminuddin Baki. Tidak dilupakan juga buat penghuni kolej baru Kolej Ungku Omar, dan Kolej Harun Aminurrashid yang sememangnya agak jauh kedudukannya dari kampus lama. Namun, untuk ke kampus baru, jaraknya sangatlah dekat kerana kedudukannya hanya di sebelah.

Jika semester lepas, kuliah di bangunan Proton City telah tiada, kini bagi semester depan menyaksikan kelas di Taman Bernam juga telah tiada. Maka, azab menaiki bas untuk ke sana tiada lagi. Harus diakui, sangat sukar untuk mendapatkan bas ke Taman Bernam dari Pintu Timur  kampus lama. Dengan ketiadaan kelas di sana, maka mungkin beban ini akan berkurangan.

Kampus baru pastinya akan berfungsi dengan lebih banyak lagi selepas ini. Penulis merupakan pelajar TESL di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Malangnya, semua pelajar FBK akan berkuliah hanya di kampus lama.

Kata orang, makanan di Tanjung Malim agak mahal. Tak dapat dipastikan, namun jika dibandingkan dengan harga di tempat lain, Tanjung Malim masih lagi berpatutan.

Seperkara lagi, UPSI senantiasa dilanda hujan disebabkan faktor geografinya. Maka, seeloknya senantiasalah membawa payung terutama buat mereka yang menaiki bas. Tak kira lelaki ataupun perempuan, payung perlulah senantiasa ada.

Bagi yang ditempatkan di Kolej Za’ba dan Kolej Aminuddin Baki, maka selamat datang diucapkan. Kolej kediaman di kawasan bukit ini senantiasa menyajikan panorama dan atmosfera yang cukup indah buat penghuninya. Andai dingin melanda di malam hari, mungkin di paginya anda akan dapat menyaksikan kabus yang menyelimuti kawasan kolej. Semestinya jarang sekali suasana panas dirasai di malam hari, kerana angin dingin di kawasan bukit ternyata beri keselesaan.

Banyak kemudahan disediakan di KZ. Mesin basuh dan pengering, water cooler, mesin air dan semestinya kafe serta koperasi. Kediaman juga agak selesa dengan tiga bilik, berkonsepkan kediaman apartment. Pendek kata, kolej kediaman di UPSI sangat selesa jika dibandingkan dengan kolej kediaman di universiti yang lain.

Kalian mungkin agak beruntung kerana dapat menikmati kampus baru yang telah dibuka pada awal tahun 2012. Di kampus ini, segalanya cukup hebat dan kemudahan yang disediakan agak memuaskan. Apa yang penting, dengan pembukaan kampus baru, maka UPSI juga kini memiliki masjidnya sendiri.

Penyediaan Wifi di UPSI juga agak memuaskan terutamanya di kolej kediaman. Masalah Wifi kini berjaya dikurangkan, dan lebih mudah menggunakannya berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ada yang berkata UPSI itu maksudnya Universiti Pertemuan Suami Isteri. Mungkin juga, kerana ramai bertemu jodohnya di sini. Namun, soal akademik perlu diutamakan. Istilah itu sekadar dipopularkan untuk menambahkan seri di UPSI sahaja.

Kampus baru UPSI terletak di Proton City. Kawasan Proton City agak besar, dan di situlah terdapat Taman Tasik PC. Itulah satu-satunya taman rekreasi yang terdapat di Tanjung Malim. Setiap petang, ramai yang berkunjung ke sana untuk beriadah. Namun pastikan bukan’ riadah’ lain yang dibuat.

Pada hari Sabtu, rajin-rajinlah ke pekan kerana terdapat pasar malam di sana. Agak besar juga pasar malam ini.

Bagi rangkaian makanan segera, di Tanjung Malim hanya terdapat KFC, Secret Recipe, dan Pizza Hut sahaja. Tuutti Frutti baru sahaja dibuka awal tahun 2013. Namun itu sudah mencukupi walaupun mengharap akan muncul McDonald’s di Tanjung Malim satu hari nanti.

Stesen KTM terletak tidak jauh dari kampus lama, dan ini memudahkan untuk kalian bergerak ke Kuala Lumpur menggunakan tren. Perkhidmatan komuter disediakan di sini.

Penulis kini berada di tahun keempat, di semester tujuh. Setelah hampir tiga tahun di UPSI, inilah sedikit ulasan yang dapat dikongsikan buat bakal mahasiswa UPSI. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Disebabkan itu, penulis memberi jaminan pengalaman kalian di UPSI adalah sesuatu yang cukup indah untuk dilalui.

Nasihat penulis buat mahasiswa baru, nikmati pengalaman sewaktu minggu orientasi nanti kerana pengalaman tersebut adalah sekali sahaja sewaktu berada di UPSI. Pada waktu itu sajalah seluruh pelajar baru akan dikumpulkan. Selepas itu, masing-masing akan sibuk membawa diri masing-masing.

Moga ketemu kalian nanti. Mungkin boleh bersahabat dengan kalian semua.

Selamat datang, dan salam maju jaya dari penulis.

Wassalam.


(Muhammad Yazid Rosly, Kolej Za’ba, Semester 5, TESL) [2012]
(Muhammad Yazid Rosly, SMK Dr. Burhanuddin, Semester 7, TESL) [2013]




Kampus Sultan Abdul Jalil (Kampus Lama UPSI)


Bangunan Suluh Budiman, mercu tanda buat UPSI


Bangunan Canselori UPSI

Bangunan E-Learning

Perpustakaan Bainun dan Auditorium

Bangunan Malim Sarjana

Suluh Budiman dari bangunan E-Learning

Bilik kuliah di E-Learning
Aras satu di E-Learning

Pintu Selatan Kampus Sultan Abdul Jalil



Kampus Sultan Azlan Shah (Kampus Baru UPSI)

Masjid UPSI



Salah satu bangunan fakulti di kampus baru

Bangunan blok 3

Dewan Besar UPSI


Dataran Kawad UPSI

Pemandangan dari bawah





Pintu masuk utama Kampus Sultan Azlan Shah



Kolej Kediaman Za'ba









Kolej Ungku Omar (KUO) dan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR)



Pemandangan dari tingkat 5 KHAR


Kolej Ungku Omar menjelang senja

 
Masjid UPSI di sebalik Dewan KUO


KHAR menjelang malam

KUO diselebungi kabus pagi

 
Kunci rumah KUO









Langit jingga di kala senja





Dewan Ungku Omar





42 ulasan :

Budak_NakaL berkata...

nice entry..

jemput singgah..
http://syapik.blogspot.com/

dari budak KAB sem 3..heee

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Hai.
Insya-Allah singgah.
Tambah-tambah blog rakan-rakan UPSI :)

♥♥uNie FaRaHaNi♥♥ berkata...

wahhh..x sangka ad org buat liputan tentang kab n kz.

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Sedikit perkongsian saja. :)

Afina Sabri berkata...

Hi dear senior!

Sem 3, TESL Upsi.

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Hi my junior :)

Ng Wei Hann berkata...

Hi. Tumpang tanya, kerana saya dipilih sebagai pelajar baru di UPSI. Saya mahu tanya bahawa jika dapat PTPTN, boleh saya juga memohon Biasiswa Perguruan Persekutuan? Kerana saya mahu menjadi guru Bahasa Inggeris pada masa hadapan.

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Boleh. Tak ada masalah. Tiada halangan kalau nak mohon apa-apa biasiswa. Kalau dah dapat, boleh batalkan pinjaman PTPTN.

Ng Wei Hann berkata...

Hi again! Saya ada 4 soalan utk tanya kamu:
1. Boleh tak tak buat pembayaran yuran dahulu sedangkan saya sedang memohon pinjaman PTPTN?
2. Apa yang harus saya bawa ke Kolej Kediaman UPSI selain dpd. semua borang yg. diisi?
3. Apa yang harus saya pakai semasa Hari Pendaftaran & semasa Sesi Membaca Ikrar? P.S.: Saya berbangsa Cina punya.
4. Bagi gambar Kad Matriks, ia mesti yang dibuat di luar punya atau yang dibuat di UPSI?

Ng Wei Hann berkata...

Hi! Pakaian boleh termasuk baju kemeja berlengan pendek? Semasa sukan atau beriadah, pakaian sukan haruslah berlengan panjang atau pendek? Pakaian sukan mana-mana warna pun boleh?

Ng Wei Hann berkata...

Oh ya! Bagi kasut sukan, mana-mana warna pun boleh?
P.S.: Sorry buat awak mengganggu, tetapi saya sedang confuse sekarang. Harap boleh menjawab soalan saya. TQ. ;)

Muhammad Yazid Rosly berkata...

1. Tak ada masalah kalau nak buat pembayaran yuran dahulu walaupun sedang memohon PTPTN
2. Pastikan semua borang lengkap. Pastikan cukup gambar pasport. Sediakan banyak-banyak.
3. Pakaian formal. Sama ada baju kurung atau blaus dan skirt yang sesuai.
4. Gambar kad matrik akan diambil pada hari mendaftar.
5. Pakaian sukan boleh lengan pendek. Asalkan sopan. Tak kisah warna apa.
6. Ya. Kasut sukan pun sama. Tak asa masalah warna apa pun. Asalkan sesuai untuk bersukan

Harapa dapat menjawab pesoalan yang diajukan. Maaf lambat respon.

Hidayat berkata...

Salam..sy nak tnya, kolej kediaman ape ye yg dekat dgn fkulti sains dan matematik?

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Semua kolej UPSI terletak di kampus baru. Fakulti matematik terletak di kampus baru. Jadi, mana-mana kolej pun sebenarnya dekat. Tapi dari segi jarak paling hampir, KHAR dan KUO lebih hampir berbanding KZ dan KAB.

Hidayat berkata...

Ohh yeke...

Kemudahan spt mesin basuh, watercooler, kafeteria dan lain2 ada tak di setiap kolej kediaman?

Td ada tgok gmbar di atas, ape nama kolej kediaman yg dekat dgn masjid tu ye? KHAR atau KUO?

Klau pkul 12 mlm lbih, pelajar klau lapar dibenarkan tak nak pegi kluar makan?

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Semua lengkap ada. Macam kolej-kolej universiti lain. KUO dan KHAR dekat dengan masjid. Tapi KZ dan KAB ada surau mereka sendiri. Surau al-Falah. Nak keluar pukul 12 ke atas tak ada masalah. Tapi nak masuk kembali atas pukul 12 mungkin akan ditahan oleh pengawal keselamatan untuk diambil nama. Saya dulu masa belajar di UPSI selalu balik lewat ke kolej dalam pukul 3-4 pagi. Boleh je tapi jangan selalu.

Sophia berkata...

Assalamualaikum Brother,
nak tanya;

1. Fakulti Bahasa (TESL) di mana ye? di Proton City atau Kampus lama?
2. Kolej kediaman perempuan yang mana satu ye?

Itu sahaja buat masa sekarang.
Terima Kasih (:

Ng Wei Hann berkata...

Hi! Tumpang tanya, bagi cuti awam seperti Hari Keputeraan Sultan pada November 27 tahun ini, adakah UPSI tidak ada kuliah & cuti terus? Kerana Kalendar Akademik tidak ada tulis tentang pasal cuti umum. Thx! :)

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Ng Wei Hann,
Ya. UPSI akan cuti pada tarikh tersebut walaupun tak ada dalam kalendar akademik. Begitu juga cuti-cuti umum yang lain. Kuliah dan kelas tidak akan ada pada hari cuti tersebut.

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Sophia,

1. Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) terletak di Bangunan IPSI di kampus lama UPSI.
2. Saya tak ingat blok-blok kolej kediaman perempuan bagi setiap kolej. Bagi KAB, hanya blok D (kalau tak salah saya) blok lelaki. Selebihnya perempuan. Begitu juga KZ, hanya blok E sahaja lelaki. Selebihnya perempuan. Bagi KHAR, hanya blok 1, 2 dan 3 sahaja blok lelaki. Selebihnya blok perempuan. Bagi KUO, hanya blok 7, 8, 9 sahaja blok lelaki. Selebihnya blok perempuan. Itu seingat sayalah sebab dah lebih 2 tahun saya tinggalkan UPSI.

Ng Wei Hann berkata...

Hi sekali lagi. Tumpang tanya sekali lagi, kalau mahu buat sticker bagi kereta dan perkakas elektrik seperti seterika & teko elektrik, mesti buat di mana? Boleh tunjuk gambar tempat tersebut? TQ. ;)

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Sticker kereta untuk kolej boleh buat di pejabat kolej masing-masing. Begitu juga untuk sticker elektrik di pejabat kolej masing-masing. Bagi sticker kenderaan di kampus, kena pergi ke Unit Keselamatan yang terletak berhampiran Pintu Timur kampus lama. Tapi sticker kereta hanya untuk pelajar sem 8 dan master sahaja. Pelajar sem lain hanya boleh buat sticker motosikal. Gambar pejabatnya saya tak ada. Tapi senang nak cari nanti.

Najmi Haji Moin berkata...

Assalamualaikum, saya ingin bertanya untuk pelajar pascasiswazah(master) senang x nak dapat asrama dan macam mana nak mohon ye?
sekarang saya tengah menunggu keputusan permohonan online lagi, harap saudara dapat membantu, terima kasih~ :)

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Untuk dapat kolej bagi pelajar master memang senang sebab jumlahnya tak ramai. Soal prosedur permohonan tu saya tak pasti. Kena rujuk ke pejabat kolej. Masing-masing ada prosedur mereka tersendiri.

dhalvin singh berkata...

selamat sejahtera !!!

saya merupakan lepasan stpm 2015 , muet band 4
i am still waiting for the upu , pada pendpt senior jika sambung belajar dlm bidang TESL kat Upsi ,peluang kerjaya (pekerjaan) luas @ bergantung pd nasib seperti cgpa ,,

Kemudian ,susah kew bljr tesl ni ,,for diri sy speaking tuh ok ,,writing and reading is not to good enough , so is there any nasihat from senior jika nak sambung bljr in TESL (adakah tesl ini susah mcm bljr subjek2 sains ? ) how about the pemarkahan ,,senang nk skor ke?

Then, if dh hbs bljr peluang nak posting kt sekolah depends on kementerian @ markah

thank you !!!

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Dhalvin Singh,

Course TESL adalah antara course paling krtikal di UPSI dan peluang untuk terus mendapat posting nanti sangat-sangat cerah dan tinggi memandangkan negara sekarang kekurangan guru BI asalkan dapat kekalkan pointer minima 3.00 ke atas.

Course TESL boleh dikatakan antara course paling susah di UPSI memandangkan course ini melibatkan tentang soal pembelajaran bahasa (language learning). So, basically, kita akan mendalami soal bahasa itu dengan lebih mendalam. Bahan rujukan banyak dari luar negara (buku-buku memang mahal), tapi untuk buat rujukan senang sebab banyak ada di internet. Pengalaman saya sendiri memang diakui bukan mudah course TESL ni.

Soal posting macam saya cakap tadi, jangan risau. Tempat bagi lepasan TESL sangat cerah dan banyak di KPM nanti.

Good luck. Hopefully you can further your study in UPSI. Oh ya, seperkara lagi, pensyarah TESL di UPSI adalah yang terbaik berbanding universiti lain. So, bab kualiti memang terjamin.

dhalvin singh berkata...

terima kasih atas nasihat yang sangat berguna buat diri saya !!!

sepekara lagi ,,for example saya mengambil bdg pendidikan lain di UPSI seperti moral @ seni @ BM ,,adakah pasaran kerjaya masih terbuka seperti bidang Tesl ?, thanks once again!

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Bagi course Moral, seeloknya jangan ambil. Banyak batch Moral sampai kini tak dapat posting kerana lambakan guru di sekolah. Begitu juga seni, Matematik, Sains, Sastera Melayu. Banyak batch yang masih tak dapat posting. Untuk BM, peluangnya sama seperti TESL. Mudah nak posting.

dhalvin singh berkata...

begitu rupanya , hopefully sy dpt menyambung pmbljrn at Upsi !!! ...TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ANDA

mariposa berkata...

Assalam saudara. Saya bakal menjadi pelajar master di upsi. berkenaan kolej kediaman, bolehkah pelajar master upsi tinggal di kolej kediaman? Atau ada sebarang syarat tertentu?

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Ya. Boleh. Memang pelajar master dibenarkan menetap di kolej. Tiada sebarang syarat diperlukan. Namun, untuk maklumat lanjut, boleh rujuk ke bahagian HEPA UPSI atau kolej-kolej kediaman UPSI.

Nur Afiqah berkata...

Hai..
saya nak tnye FPE di kmpus azln shah kn?

Kalau ada masalah mngenai kad pelajar, perlu rujuk pusat ict di kmpus azln shah atau abd jalil? Sebab difahamkan keduanya ad.

BE Learning 2, di bangunan mne?

Muhammad Yazid Rosly berkata...

FPE terletak di kampus baru. Untuk urusan kad matrik, rujuk di kampus lama UPSI di e-Learning.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Saudara saya nk bertanya soal etika pemakaian ke kuliah di upsi mcm mana? Adakah sentiasa formal (kemaja+tie) atau pun casual (tshirt berkolar+seluar) dan betul ke jeans dilarang sama sekali utk dipakai. Mohon pencerahan :)

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Bergantung kepada pensyarah. Ada yang tak kisah etika pemakaian ni. Ada juga yang agak tegas. Jeans memang tak dibenarkan untuk dipakai ke kelas.

Nur Fatirah Binti Nordin berkata...

Assalam..ermm mnx maaf sy nk tnya.klau ambil pendidikan bahasa arab plak mcm mna?pluang utk diposting nnti cerah tak?ni

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Sangat cerah untuk posting kalau bahasa Arab sebab course ni sangat diperlukan di sekolah.

hanis ghazali berkata...

assalamualaikum...bagaimana kalau berminat untuk jadi guru fizik?apa bidang yang perlu diambil?
adakah guru fizik peluang besar untuk dapat pekerjaan?
kalau matematik bagaimana?

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Waalaikumussalam. Boleh ambil course fizik. Tapi jaminan posting agak terhad sebab berlaku lambakan guru untuk subjek-subjek sains dan matematik. Seeloknya tak ambil course ini dalam masa sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Assalam..ada kemudahan mesin atm tak di kampus baru..anak saya akan mendaftar pelajar baru isnin depan

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum nak ty mcm mne pluang untuk posting bg kos pendidikan perakaunan

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum sayaaa bakal pelajar Upsi bidang sains sukan ( psikologi sukan ) . peluang pekerjaan cerah tak??