Projek Novel Terbaru

Alhamdulillah, akhirnya siap juga novel Cinta Thahirah (CT) yang telah saya mulakan 20 Mei tahun lalu. Novel CT baru sahaja siap kira-kira seminggu sebelum hari raya dan mengikut feedback yang saya terima, rata-rata mengatakan novel itu cukup menarik. Saya tidak pasti kebenaran feedback itu, namun yang pasti segala usaha saya selama ini nampaknya berbaloi.

Kini saya sedang merancang untuk menghasilkan novel seterusnya yang telah lama saya rancangkan. Terdapat beberapa novel yang akan saya tulis, semuanya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Berikut ialah rancangan novel-novel saya:

Kotak Hati (2010)
Kalimah Tinta (2010)
Sembilan Satu (2011)

Insyaallah saya akan susuli dengan sinopsis novel-novel tersebut.

Ulasan

Catatan Popular