Muhasabah Jumaat: Untungnya andai nikmat solat dirasai...




Hakikatnya, solat itu tiang agama. Cacat solat, cacatlah agama. Tak ramai yang dapat menikmati solat. Khusyuknya hilang, hingga solat itu sekadar daun kering dan debu yang ditiup angin. Bagi yang cuba mendapatkan khusyuk solat itu, masalah was-was pula muncul dalam hati.

Kadangkala hati itu tidak kuat berhadapan dengan bisikan syaitan. Maka wujudlah keadaan; ambil wuduk berjam, angkat takbir berkali-kali, tapi solatnya masih tak dapat didirikan. Ada yang lebih parah apabila lidah itu menjadi kelu untuk membaca Fatihah, tersangkut untuk membaca tahiyat akhir, dan semuanya terjadi dek rasa was-was di hati.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

Beristighfarlah selalu, moga hati menjadi tenang dan damai. Amalkan solat sunat Taubat, moga terampun segala dosa yang lalu. Usahakan diri untuk melakukan solat sunat Tasbih, moga dengan tasbih itu akan dibersihkan segala kekotoran hati. Kotor hati itulah yang menghancurkan kuhsyuk, menambahkan was-was dalam ibadah.

Insya-Allah, moga tenang hati, kukuh dari ancaman dan anasir bisikan syaitan.

Moga solat yang sukar itu dipermudahkan. Insya-Allah.


"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya"
(Surah al-Mukminun, ayat 1-2)

Wallahualam.






Ulasan

Catatan Popular