Muhasabah Jumaat: Adakah kamu akan menerima seorang gadis yang tiada lagi daranya?




Soalan itu andai diajukan pada mana-mana lelaki, maka akan beratlah untuk diberikan jawapannya, kerana soal itu adalah satu soalan yang pasti sukar diberikan jawapannya. Namun andai cinta mengatasi segalanya, apakah soal itu akan diketepikan? Mampukah ‘kekurangan’ seorang wanita itu dapat diterima oleh si lelaki atas nama cinta?

Apabila bicara tentang ‘dara’ ini, maka isunya lebih menyentuh tentang soal kesucian dan ketertinggian harga diri seorang wanita. Benar, ‘dara’ itu ibarat penanda aras kepada kesucian seorang wanita. Andai tidak dijaga, maka hilanglah nilai tinggi seorang wanita ini.

Menyentuh isu ini, maka jelaslah sensitiviti itu menjadi perkara utama, kerana perbincangan ini menyentuh soal maruah dan adat sebagai seorang Melayu. Hakikatnya, ‘dara’ itu bukanlah boleh dibicarakan secara terbuka tanpa sebarang alas atau lapik ketika diutarakan isu ini. Silap bicara, maka mungkin boleh mencetuskan perbalahan.

Mengapa ‘dara’? Mengapa penting?

Soalnya mudah, andai si wanita itu menjadikan diri ibarat ‘kereta sewa’ buat si lelaki, dibayar dengan kemewahan, atau jika tidak dengan kemewahan, mungkin dengan hanya bayaran kasih sayang yang palsu atas dasar nafsu dan kehendak hati semata-mata, maka ‘sorong’ dan ‘mendayung’ itu akan menjadi ibarat satu senaman malam di atas tilam yang empuk, sambil nikmat berpelukan bagi menghangatkan suasana malam. Menyundalkan diri, melacurkan maruah, maka ‘dara’ itu tiada kepentingan.

Maksudnya, andai si wanita itu menjadikan zina itu sebagai kebiasaan, maka sudah pasti istilah dara itu tiada lagi dalam diari hidupnya. Maksudnya juga, ‘dara’ itu ibarat kunci, menyekat seorang wanita dari melakukan perkara sumbang, menyekat diri dari terjerumus ke lembah kemaksiatan dalam gelumang dosa yang tak terhitung. Benar, setiap ciptaan-Nya punyai sebab kejadiannya. Dalam soal ini, ciptaan Allah kepada kaum hawa ini adalah sebagai satu tanda ingatan supaya dapat membataskan diri dari melakukan kemungkaran.

Hakikatnya, didapati kini banyak wanita telah terjerumus ke lembah hitam dalam nikmat zina yang mencetuskan huru-hara dalam sistem sosial masyarakat. Jika dibuat tinjaun rambang dalam kalangan wanita, maka jangan terkejut sekiranya didapati bahawa banyak si gadis itu hilang ‘kegadisannya’ sebelum mendirikan rumah tangga.

Tidak menghairankan,  kerana barah masyarakat memang telah menular kini. Nafsu syahwat terkepung dalam nafas yang meluap-luap, hingga tak tertahan untuk dilempiaskan dalam cara yang haram. Apabila rangsangan syahwat itu semakin bertebaran tanpa batasan, baik dari segi pakaian mahupun hingga ke industri pornografi yang berkembang pesat kini, video lucah mahupun pakaian separa bogel  memang mudah didapati. Akses yang mudah, maka si anak muda dirangsang berlebihan hingga dah tak tahan untuk ‘menyorong’, dan tak sabar untuk ‘mendayung’. Tak mampu untuk berkahwin, gelodak nafsu dah tak tertahan, maka opsen mudah adalah zina, dengan istilah lebih lembut diutarakan mereka, ‘senaman kasih sayang’.

Mangsanya ialah wanita. Bila si gadis hilang sucinya, maka si lelaki berlari bertempiaran angkat tangan lepaskan tanggungjawab. Andai si perut gadis membuncit terisi dengan nyawa tak diundang, si lelaki hilang dan pergi tanpa khabar. Si lelaki hanya tahu ‘mendayung’ dan bila si lelaki dapati kapalnya hampir nak karam, ditinggalkan si wanita itu berseorangan ‘ menyorong’ perut sambil menahan malu dek kenikmatan sementara.

Itulah dunia. Wanita juga yang jadi mangsanya.

Benar, si lelaki amat sukar untuk menerima si wanita yang tidak lagi suci. Sebabnya mudah, kesucian itu lambang keutuhan peribadi dan maruah wanita itu. Sudah pasti si lelaki mahukan calon yang terbaik, yang mampu menjadi ibu yang baik buat bakal anak-anaknya kelak. Maka opsen untuk si gadis tiada dara ini nyata bukan dalam senarai pilihannya.

Seorang lelaki itu memang gemar berkawan dengan wanita yang mungkin menjual maruahnya untuk berseronok, namun apabila berada dalam situasi memilih pasangan untuk dijadikan isteri, mereka tidak akan sama sekali memilih si wanita murahan, kerana hanya yang terbaik sahaja yang akan dicari mereka.

Mungkin atas alasan itulah, ramai lelaki mahukan si dara dari si gadis yang ditebuk tupai. Mereka tidak mahu menjadi tupai kedua, mengambil hasil dari bekas kerja orang lain. Bukan barang ‘ second hand’ yang dimahukan, kerana katanya ‘kurang prestasi’ berbanding yang ‘freshie’.  Benar, memilih si dara bererti, memlih seorang wanita yang akan menjadi hak eksklusif  buat si lelaki itu. Jaminan apabila memilih si dara, setidak-tidaknya cerminan peribadi dan maruah diri yang terjaga itu akan muncul di wajah wanita itu.

Dalam erti kata lain, wanita yang suci itu setidak-tidaknya memberi gambaran bahawa dirinya punyai akhlak yang tinggi kerana mampu menjaga maruah diri, walaupun mungkin indah khabar dari rupa pada hakikatnya.

Benar, masih ada lelaki yang sanggup mengetepikan soal kesucian ini. Bagi mereka, barang yang lepas jangan dikenang, asalkan diri telah insaf dan sedar, maka mengapa tidak diberikan peluang yang kedua. Mengapa harus terus menghukum, kerana tiap-tiap hukuman itu hanya akan terus memberi tekanan buat si pesalah itu. Andai cinta terlalu utuh, kisah hitam mungkin dimaafkan.

Ibarat satu dalam sejuta, ibarat sebutir mutiara di dalam lautan, jumpanya sukar, ketemunya payah. Tak ramai si lelaki punyai fikiran sedemikian.

Namun, isunya apabila menyentuh  tentang dara ini, ramai tidak sedar bahawa bukan hanya pensundalan dan penjualan diri itu sahaja yang menghilangkan kedaraan ini, kerana mungkin juga ada dari kalangan mereka itu hilang ‘permata’ disebabkan menjadi mangsa. Benar, kisah mangsa perkosa, tanpa rela disumbatkan derita. Hilang suci, namun hati tak rela. Namun hukuman masyarakat, terus memandang hina setaraf juga si perempuan sundal.

Ketidakadilan itu terjadi, kerana walaupun kedua-kedua kehilangan harga diri, namun metodologi yang menghilangkannya itu ternyata tidak sama. Antara rela dan dipaksa, dua perkara berbeza jika dinilai dalam lubuk hati. Suka dan derita, dua perkara kontra walaupun penyudahnya sama.

Si ‘pemberi kereta’ yang ‘murah hati’ mungkin tidak tertekan bila ‘kunci pintu’ keretanya telah diumpil oleh si ‘penyewa kereta’. Namun bagi si ‘pemilik kereta’ yang tidak pernah mahu menyewakan keretanya, maka bila ada ‘perompak’  mengumpil ‘pintu keretanya’ maka pasti  dirinya menderita. Derita kerana ‘kerosakan’ yang telah terjadi.

Mungkin ada si pembela, mahu menghilangkan kegelapan masa depan si mangsa perkosa ini, dengan mengambil si wanita itu untuk menjadi seorang isteri. Namun, ibarat satu dalam sejuta, yang membelanya sikit, yang mengelaknya banyak. Andai ada lelaki ingin mengambil mangsa ini, mungkin terpaksa menghadapi halangan kedua iaitu keluarganya. Mungkin keluarga bakal menjadi pembangkang utama dalam dewan persidangan sewaktu perbincangan hasrat perkahwinan.

Itulah yang terjadi terhadap seorang sahabat saya. Dia berkenalan dengan seorang wanita, rakan sekolah lamanya. Agak akrab sehingga terjalin ikatan cinta. Pada awalnya, si wanita itu seperti orang-orang biasa. Namun akhirnya tersesak-esak pada satu hari dalam perbualan telefon, meluahkan kisah hitam penuh trauma. Tahulah si lelaki sahabat saya ini bahawa si wanita itu telah diperkosa sewaktu belajar di sebuah kota. Ditipu sang lelaki belang, sewaktu terperangkap dalam kesesakan kota. Akhirnya termakan pujukan pergi ke rumah si lelaki belang itu. Separa sedar selepas dikhayalkan dengan dadah, maka si wanita diperkosa. Bukan si lelaki durjana sahaja yang menikmati ‘hidangan’ malah turut diajak rakan-rakannya, berpesta merasai hidangan kenduri yang tersedia. Diperkosa bergilir-gilir di sebuah rumah, dalam keadaan tak bermaya akibat kekhayalan. Akhirnya si gadis telah hilang dara, diperkosa hingga datangkan trauma.

Bila ke balai polis mahu membuat laporan, si polis kemudian berkata, “Kamu yang buat noda, maka baru kini nak buat laporan. Mungkin dah mengandung, kelam kabut nak tutup malu”

Nasib malang bertimpa-timpa.

Sahabat saya ini tidak kisah. Dia menerima si wanita ini tanpa sebarang syarat. Baginya, dia mahu menjadi pembela buat wanita yang telah dianiaya itu. Bukan simpati, namun atas rasa tanggungjawab mahu lindungi wanita itu. Maka, andai ada jodohnya, si lelaki bercadang mahu mendirikan rumah tangga dengan wanita itu, sebaik tamat pengajian sahabat saya ini.

Namun, itu sekadar rancangan. Apabila kisah si wanita itu diketahui oleh keluarga, maka sekelip mata keadaan berubah.  Pembangkang utama dari si ayah, manakala timbalan pembangkang dari si ibu. Nilai suci menjadi keutamaan, maka dipaksa sahabat saya ini melupakan si wanita itu.

Kerana taatkan ibu dan ayah, maka akhirnya terputus hubungan dirinya dengan wanita itu. Panggilan tak terjawab, mesej tidak lagi dibalas. Hari demi hari, tiada lagi hubungan antara sahabat ini dan wanita  itu. Mereka terpisah.

Tak lama beberapa ketika, menjelang cuti semester, maka muncul cadangan dari keluarganya. Mungkin takut sahabat ini salah lagi memilih calon wanita, maka dipertunangkan dengan seorang gadis pilihan ibunya. Maka sahabat saya ini akur dan terus menerima. Memang pilihan ibunya terbaik kerana paras rupa dan peribadi wanita itu tiada tandingan, dan kerana itu sahabat ini terus menerima.

Baginya, “Berkat ibu dan ayah, bahagia sampai ke syurga”

Benar, walaupun mahu membela golongan mangsa perkosa, namun andai tiada restu dari si ibu dan si ayah, mana mungkin wujud bahagia dan berkat. Tidak guna jika terus berkahwin, andai hidup berkeluarga dalam keadaan ibu dan ayah terguris rasa di dalam hati.

Konklusinya memang tiada. Dara itu satu aras harga diri, namun bukan penjamin bahagia. Tiada dara bukan bererti perempuan murahan, kerana ada juga yang hilang tanpa rela.

Isunya memang berat andai dibicara, kerana isu ini terperangkap dalam konteks agama, budaya, dan masyarakat di negara kita. Kepungan inilah yang menyebabkan isu ini tiada jalan penyelesaian yang tepat.

Andai soalan yang sama diajukan kepada penulis, “Adakah anda tidak kisah untuk menerima seorang wanita sama ada dia punyai dara atau tidak?”, maka pasti kebisuan melanda memikirkan jawapan yang akan diberikan. Soalannya mungkin pendek, namun jawapan yang akan diberi akan mencerminkan sejauh mana kekuatan hati seorang lelaki.

Bukan mudah.

Agak lama juga blog ini tidak aktif, kerana penulis mahu rehatkan minda, cuba tenangkan diri mengambil ketenangan.  Mahu mencari idea-idea baru dan lebih segar, setelah dirasakan tulisan-tulisan sebelum ini seperti telah hilang kesegarannya. Insyaallah, bertemu di bicara seterusnya. Setelah sebulan bersara, kini kembali bekerja semula.

Wassalam.













Ulasan

Nora_Aniza berkata…
itulah. ramai yg dah ditebuk tupai.tapi kita xleh la kan nak salahkan dia.lelaki salah tapi selalu terselamat.mereka sebenarnya bukan nak sangat buat benda tu cuma mereka masih mentah. tapi kalau dia berubah, alhamdulillah. xbaik kan menghukum orang lain atas kesilapan dia yg lepas. mana tahu lepas ni dia jadi lebih mulia drpd kita.tapi seeloknya dirahsiakan hal "dara" itu dr pengetahuan bakal suami. betul x?
Menghukum adalah satu budaya yang salah. Membimbing itulah yang diperlukan, moga mereka yang tersesat akan kembali ke pangkal jalan. Bagi lelaki, jangan menindas si wanita, tetapi angkatlah dan jagalah mereka sebaiknya.
Tanpa Nama berkata…
Jawapan saya: http://teaterinsan.blogspot.com/2012/03/jawapan-saya-kepada-muhasabah-jumaat.html
Nora_Aniza berkata…
ye..muliakan mereka. tapi seeloknya cari yg elok la.hehehe
Tanpa Nama berkata…
Sial ko yazid!
poyo macam bagus sangat!
ko tu buaya... berlagak alim konon.
main perempuan nombor satu.
menyampah betul aku dengan ko!
menyampah betul ko ni sebab banyak pura2.....
Budi bahasa budaya kita.
Tanpa Nama berkata…
penulisan yang bagus untuk sang wanita dan sang jejaka..
terima kasih di atas peringatan..
Tanpa Nama berkata…
Hummmm...nk tnye nie...katakn kita tengah berjalan...tiba muncul pulak dinding besar kat depan kita menghalang laluan...kita manusia yg waras takkan punya pergi rempuh dinding tu....kalo rempuh komfem pensan punya kat situ....so kalo dah pengsan kat situ siapa yg salah kita ka dinding tu???kalo dari awal kita tukar arah lalu...tk kn terlanggar punya la...dinding tu memang rr susah nk jumpa boleh plk mengelak kakaka mcm pintu automatic kt shoping complex...ok terus kt point....ada ke org gile buat mksiat kt tempat terbuka????mesti cari tempat yg sesuaikn
..berdua duaan ...hotel semua tu...mcm kes nie klo kita x pergi dating
..tak berdua duaan tk jadi kn...kita dah di beri akal ....dah di beri al quran sebagai petunjuk...didikan agama....tapi kenapa kita yg da tau baik buruk pergi langgar dinding tu????kalo nk kata semua org pernah buat silap....jgn nk tipu diri sendiri
....kalo buat math...tak ingat plak fomula....ya yg tu baru la buat silap...beza ya kalo kita dah clear pasal satu benda nie haram berdosa tp kita pergi gk buat....itu bukn buat silp nmanya...itu bahlol
Tanpa Nama berkata…
apa yang ko merepek ni???
Unknown berkata…
Assalamualaikum…saya pn hadapi bnde yg sama…hti saya tk keruan ustaz dgr kebenaran tu..hancur luluh hati saya..skrang saya sruh die bagi saya masa utk fikir apa jalan terbaik utk kami..doakan saya…moge ada jalannya nnti..saya tak mahu dua belah pihak sakit hati…klau berpisah skali pn biarlah dgn kerelaan…

lastputera berkata…
aku tak setuju dengan nora aniza sebabnya wanita sepatutnya tidak memberi sebarang kata putus tentang isu ini sebab sasaran utama adalah wanita. apabila seorang wanita berkata " tak elok berdendam dan perlu bersikap pemaaf terhadap (Dia) " kata-kata ini terus terang aku katakan adalah tidak adil bagi seorang lelaki yang tidak pernah mengambil kesempatan terhadap seorang wanita yang akhir berkhawin dengan lelaki tersebut..

walaupun yang memberi kata-kata support n positif dia bertukar menjadi negetif dan sensetif walau pun yang menberi dorongan ini adalah wanita yang tidak kehilangan dara cara macam tu.. para wanita tidak perlu bersuara sebab feedback dari seorang lelaki akan jadi sebaliknya.. seeloknya tutup mulut dan diam,biarkan kami sendiri mencari jawapan tentang isu ini sebab ia melibatkan perasaan kami..

sejujurnya isu ini teramat berat bagi kami sebab ia melibatkan sebuah maruah yang eksklusif bagi kami walaupun bagi kaum hawa ia sekadar benda ringan dgn cukup sekadar maaf..

" hak eksklusif " ini menjadi rebutan kerana kami mahu menjadi cinta pertama si jantung hati.. kelukaan dan kekesalan akan menyelubungi kami apabila hak eksklusif itu tidak kami milik sedang kami adalah suami yang pertama..

kelukaan dan kekesalan itu akan datang menghantui kami pada waktu ketika yang tertentu. mungkin bagi sebahagian kami akan memendamkannya sahaja dgn redha dan sebab cinta yang kuat tetapi sang isteri kena main peranan dengan memberikan kesetiaan yang tulus ikhlas dan kasih-sayang yang tiada henti hanya untuk sang suami sebabnya hak eksklusif ini tidak hanya pada (dara) semata-mata tetapi hak eksklusif juga ada melalui layan dan perasaan istimewa khasnya hanya untuk kami (suami) seorang. itu dapat membantu kami untuk redha dengan ketentuan Allah swt dan melupakan kisah pahit ini..

juga pastikan kaum hawa jangan sesekali membuka kisah silam anda kerana kami akan terkesan yang akhirnya boleh mengakibatkan perpisahan..

kepada kaum aku (Adam) aku faham apa yang kau rasa sebab aku pun sedang alami benda yang sama,aku tahu mereka tidak adil terhadap kita tp kalau kau cintakan pasangan kau sayangilah dia,cintailah dia dan khawinilah dia.. bimbinglah dia menuju ke syurga firdausi, terimalah kekurangan dirnya sebab tiada manusia yang akan terlepas dari melakukan kesilapan.. di syurga kita akan ada bidadari yang terpelihara dari sentuhan mana-mana lelaki,disana kita akan dpt wanita syurga yang sangat menawankan hati maka bersabarlah dengan ketentuan Allah swt.. Sekiranya dia menyayangi dan mencintai kau janganlah sia-siakan dirinya sebab belum tentu lagi kau akan menemui wanita sebaik dirinya. apabila kau menjadi suaminya tunaikan dan jagalah hak-haknya sebagai isteri mu,sayangilah dan cintailah dirinya selayaknya seorang permaisuri hati mu.. last sekali bagilah didikan agama terhadap dirinya sebab itu salah satu tanggungjawab mu selain memberi nafkah zahir dan batin.

hargailah apa yang Allah swt anugerahkan untuk diri kau sebab hidup kita di dunia ini singkat sebab dunia ini alam ujian.. hati kita diuji.. apa pun baik kaum hawa ataupun kaum adam buatlah solat istikarah dulu minta petunjuk dari Allah swt... aku minta maaf klu ada yg kurang atau pun terlebih.. yang baik itu datangnya dari Allah swt,yang buruk dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan diriku sendiri.. Wassalam
Joe Ismyl berkata…
Apabila si suami dapat tahu bahawa si isteri telah beberapa kali melakukan sex dengan orang lain sebelum bernikah dengannya, tentu sekali ia menghampakan kerana isteri yang dipercayai miliknya yang telah diberikan kepercayaan serta harapan untuk terus menjaga kehormatannya hanya untuk bakal suami, tetapi telah kalah dengan godaan nafsu dan sanggup mengetepikan bakal suami dan meneruskan berzina dan menyembunyikan nya sehingga si suami mengetahui setelah pernikahan mereka. Ini memang trauma buat suami kerana walapun sifat baiknya yang sanggup memaafkan isteri namun kisah curang ini akan terus menghantuinya dan tentu sekali perhubungan suami isteri akan menjadi hambar sampai bila bila kerana ia merupakan sejarah hitam yang terpaut jiwa suami sehingga akhir hayat. Memaafkan tentu sekali tetapi kekesalan tetap terus berpaut kerana isteri telah tercemar dan bekas luka tidak akan hilang selamanya. Kesian sangat dengan sisuami.. Didalam hal ini si isteri mesti selain bertaubat perlu merendahkan sifat egonya kepada suami memohon maaf kepada nya dan selalu menambat hati suami dengan memujuk dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dan menerima kesilapan dan jangan mengharapkan akan mendapat layanan yang sentiasa menuntut hak sebagai seorang isteri dan mementingkan diri lagi kerana dialah yang punya angkara. Sedarlah bahawa suami kamu tu yang menjadi mangsa kepada kesilapan kamu sendiri. Berhemahlah dan sentuasa menambat hati suami supaya luka kepedihan yang meragut jiwa sisuami dapat diubati walaupun memakan masa yang lama,, barulah dapat membantu sisuami mengubati luka lama yang terpaksa dibebaninya seumur hidup. Sedarlah suami kamu bukan malaikat, hanya kebaikan dan kasih sayang kamu sahaja yang dapat mengubah suami kamu menjadi seperti malaikat setelah apa yang terjadi....

Catatan Popular