Komentar mengenai kelewatan biasiswa KPM di UPSI
Semester
kali ini kelihatan kemelut baru melanda dalam kalangan pemegang biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di
UPSI. Rata-rata telah menerima kesan langsung akibat kelewatan pemberian
biasiswa KPM. Harus diakui, kelewatan ini semakin serius kerana tempohnya telah
menjangkau 4 minggu kuliah sejak semester baru dibuka. Persoalannya mengapa?
1.
Kelewatan
pemberian biasiswa memang pernah berlaku sebelum ini, iaitu pada semester 1
(2011/2012). Namun kelewatan itu hanya menjangkau beberapa hari sahaja selepas
semester baru dibuka.
2.
Kelewatan
bagi semester kali ini amatlah melampau, menjangkau 4 minggu kuliah dan masih
belum menampakkan tanda-tanda bahawa wang biasiswa tersebut akan dimasukkan ke
dalam akaun pelajar.
3.
Tindakan
KPM yang memasukkan wang secara berperingkat mengikut senarai nama dan kursus
serta semester pengajian adalah suatu tindakan yang tidak munasabah.
Hakikatnya, semua pelajar memulakan kuliah pada tarikh yang sama (18 Februari
2013). Ketidakadilan semesti terjadi tatakala ada dari kalangan pelajar telah
menerima wang biasiswa dan ada juga yang masih belum menerima.
4.
Kelewatan
ini ternyata menjadi satu beban terbesar buat pemegang biasiswa KPM. Rata-rata
terpaksa mengikat perut untuk berjimat cermat kerana sumber kewangan yang
terhad.
5.
Secara
kasarnya, sekiranya perbelanjaan harian seorang pelajar adalah sebanyak RM15
setiap hari (anggaran sahaja), maka untuk tempoh 4 minggu tanpa wang biasiswa,
seorang pelajar itu perlu mencari sekurang-kurangnya RM420 dari sumber lain.
Hal ini amat membebankan sekiranya pelajar tersebut tidak mempunyai sumber lain
bagi menampung perbelanjaan tersebut.
6.
Kelewatan
pembayaran ini juga menyebabkan banyak urusan yang melibatkan pembayaran wang
tertangguh. Bagi mereka yang menetap di luar, sewa rumah serta bil air dan
elektrik sudah pasti tidak dapat dibayar lagi. Perkara ini satu bebanan.
7.
Minggu
awal semester ternyata banyak menggunakan wang untuk tujuan pembelian buku dan
perkara-perkara yang berkaitan. Kelewatan bayaran biasiswa ini ternyata
mengganggu sedikit sebanyak perjalanan kuliah untuk minggu-minggu berikutnya.
Persoalan
timbul dengan isu kelewatan bayaran biasiswa KPM ini.
1.
Apakah
yang terjadi sebenarnya di peringkat pengurusan bahagian biasiswa KPM? Apakah
masalah pokok yang menyebabkan kelewatan itu terjadi?
2.
Mengapa
pembayaran biasiswa dibuat secara berperingkat? Mengapa tidak diberi secara
serentak seperti kebiasaannya?
3.
Siapakah
yang bersalah dalam hal ini? Adakah pihak KPM atau pihak UPSI?
4.
Apakah
kelewatan ini berkait rapat dengan PRU-13? Apakah terdapat campur tangan
politik sehingga menyebabkan biasiswa terpaksa dibayar secara beransur-ansur?
5.
Mengapa
tiada langsung makluman rasmi dari pihak KPM kepada semua pemegang biasiswa KPM
mengenai kelewatan pemberian biasiswa ini? Mengapa KPM hanya memberi respon
tatkala ada satu dua individu mengajukan pertanyaan? Makluman rasmi ini penting
supaya setiap pemegang biasiswa itu tahu status dan keadaan sebenar yang sedang
berlaku.
Nota: Komentar ini adalah bersifat peribadi. Pandangan yang diberikan mungkin berbeza dengan yang lain.
Ulasan