Jumaat, 9 Disember 2011

"Hablur Oniks"



                
Dari saat kaki melangkah meredah kesibukan hiruk pikuk manusia mundar mandir ke sana dan ke sini, dua sahabat dengan tenang menyusun perjalanan menuju ke medan ilmu. Jiwa muda dahagakan pengetahuan, di sebalik hasrat menyambung cita-cita, maka itulah sebab mereka kini tercampak di sebuah menara gading. Kelas ilmu dalam bidang sastera, satu cabang ilmu diminati dua sahabat.

Mata-matanya kelihatan seringkali melihat ke sana dan ke sini. Hiruk pikuk di sebuah universiti mungkin satu fenomena biasa dalam kesibukan mengejar masa dan tempat.  Kuliah itu dan kuliah ini, mungkin kadang kala menimbulkan pening dek banyaknya tugasan yang diberi. Lantas fikiran itulah yang melahirkan gerak geri anak mata, memerhati dan meninjau setiap pergerakan yang melintasi di hadapannya, saat dua sahabat duduk di kerusi menanti waktu sebelum kuliah bermula.

Pelbagai ragam dan kerenah dilihat saat pelbagai jenis manusia melintasi di hadapan tempat mereka duduk. Dua sahabat kadang kala berbual dan berbicara memerihalkan setiap gerak geri manusia yang melintasi mereka. Tafsiran dan andaian dibuat, membaca setiap bahasa badan yang melintasi di hadapan mereka.

“Mungkin dia punyai masalah sosial, berjalan menunduk dan berseorangan”

“Mungkin dia  mulutnya manis, sepanjang berjalan mulut tak pernah lekang berbicara”

“Mungkin dia baru bergaduh dengan seseorang, kerana wajahnya itu masam mencuka”

Satu demi satu ditafsirkan kemungkinan bahasa badan yang dilihat mereka. Gurauan demi gurauan menghilangkan seketika kehanyutan tekanan menyiapkan tugasan yang acap kali mewujudkan kegelisahan. Mata yang memerhati seringkali tertarik pada individu-individu yang melintasi di hadapan. Tambah menyegarkan tarikan, apabila sang wanita demi sang wanita hadir dan melangkah melalui kawasan berhampiran mereka duduk. Benar, wanita itu tarikan dunia. Disebabkan itu, ada ketikanya, saat mata memerhati kaum hawa ini, maka tarikan magnet itu bagai dirasai.

Meneliti  setiap pergerakan saat menanti masa bermulanya kuliah, bicara demi bicara kedengaran dalam kalangan kumpulan-kumpulan kaum hawa yang melintasi mereka. Ada yang berbual kosong dan ada juga yang tanpa segan silu dengan bangga berkongsi cerita akan kisah hebat, bertemu janji dengan si teman lelaki pada hari sebelumnya. Bagi yang membisu pula, mereka hanya berjalan di dalam kumpulan tersebut sambil mendengar sahaja rakan-rakan lain membebel dan mengomel.

Kumpulan-kumpulan itu itu dapat dilihat pula perbezaan budaya dan gaya penampilannya. Terdapat satu kumpulan, bergerak berkumpulan dengan memperagakan pelbagai jenis pakaian yang dikatakan mereka gaya fesyen terkini. Dengan berjalan berkasut tumit tinggi diikuti dengan alunan hentakan kasut, berlenggang lenggok sambil menjinjing beg tangan Prada atau mungkin Gucci, dan tudung mereka pula berkilauan dengan segala hiasan labuci dan sulaman dengan fesyen bonggol unta meninggi di belakang, ternyata menarik perhatian buat sesiapa sahaja yang melihat mereka. Saat kumpulan ‘bonggol unta’ ini melintasi dua sahabat, maka haruman wangi-wangian menusuk ke dalam deria bau mereka. Wangian pencetus rasa sensual, tanpa disedari buat mereka yang terhidu wangi-wangian tersebut.


Tak lama kemudian, muncul satu kumpulan kaum hawa yang lain. Jalan menunduk sambil suara berbicara penuh halus dan kadang kala tidak kedengaran. Langkah berjalan pula penuh sopan sehingga dilihat tak ubah seperti sang puteri mengatur langkah menuju ke singgahsana sewaktu majlis pertabalan raja. Baju mereka sekadar jubah dan berbaju kurung, labuh dan longgar sambil beg kain biasa dijinjing kembung, mungkin diisi dengan kain telekung untuk bersolat. Tudungnya labuh, kosong tanpa sebarang hiasan, dan jika ada pun, mungkin tona warna tudung yang menjadi corak hiasan di tudung mereka itu. Kasutnya biasa, dan tiada langsung kedengaran bunyi-bunyi hentakan berjalan. Saat melintasi dua sahabat ini, tiada bau-bauan dihidu, namun bau kekaguman dinikmati dua sahabat ini. Kagum, kerana kumpulan ini tak ubah seperti sekumpulan muslimah yang semakin mengecil jumlahnya di zaman ini.

“Masih ada lagi kumpulan manusia ini di zaman penuh kecelaruan,” bicara sahabat itu.

Dalam keadaan mundar mandir dipenuhi kumpulan-kumpulan tersebut, kelihatan juga puak-puak yang tersengih bagai kerang busuk, menjadi si monyet yang baru belajar untuk mendapat bunga. Itulah pasangan-pasangan yang baru belajar untuk berjinak dengan dunia hati dan perasaan. Terikat atas nama cinta, maka berkepitlah ke hulu ke hilir. Kemesraan diperlihatkan, menampakkan saat-saat bahagia yang mungkin sedang dikecapi. Berjalan berdua tanda sehati sejiwa. Ke kelas bersama, ke kuliah bersama, hingga kadang kala kelihatan tidak ubah seperti pasangan merpati dua sejoli. Berjalan sangat perlahan, mungkin mahu memanjangkan lagi tempoh masa berjalan berdua-duaan itu. Cerita cinta kampus, maka budaya menjadi kebiasaan.

Dua sahabat masih terus memerhati. Melihat dan terus mengamati. Tiap-tiap yang melintasi, ibarat hiburan dalam menanti bermulanya kuliah mereka. Gelagat demi gelagat yang dilihat mencetuskan pelbagai reaksi. Negatif bercampur kelucuan. Positif bercampur kesedihan. Manusia bila diperhati, maka akan tergambarlah pelbagai versi pengkisahan.

Alunan angin tiba-tiba bertiup. Di kedinginan pagi, hembusan angin yang tiba-tiba datang ibarat satu tambahan nikmat buat dua sahabat yang sedang duduk menanti di luar. Saat itu, kelihatan ruang jalan di hadapan dua sahabat ini tiba-tiba kelihatan kosong. Suasana yang riuh sejak tadi tiba-tiba bertukar sepi. Hanya desiran angin bercampur kicauan burung yang dapat didengari. Kehidupan ibarat terhenti seketika.

Tanpa diduga, muncul seorang wanita. Berjalan tanpa disedari mereka. Seorang wanita yang sopan langkahnya. Tanpa sebarang bunyi, perlahan-lahan melintasi di hadapan mereka. Berseorangan tanpa berteman. Dengan beg biru yang disandang dan fail dipeluknya. Perlahan-lahan berjalan, sambil pandangannya tunduk. Tidak menoleh ke kanan mahupun ke kiri. Memandang ke hadapan tanpa mempedulikan sekitarnya. Saat itu, degupan jantung berdegup. Remi terpesona. Terkesima dalam pandangan. Wanita melintasinya, satu keluarbiasaan.

“Apakah bidadari jatuh ke bumi dari kayangan?” bicara tercipta di bibir Remi.

Jari jemari halus mempesonakan matanya. Cincin yang tersarung menambahkan seri keindahan jarinya itu. Tapak tangannya ibarat diukir dengan penuh halus, hingga urat-urat halus berwarna merah dapat dilihat. Setiap gerak jari si gadis itu, memaparkan kesempurnaan keindahan tapak tangannya. Halus jarinya, hingga mata Remi tidak berkelip saat melihatnya.

Kulitnya ibarat lilin yang diukir penuh halus. Dibaluti dengan warna selembut-lembutnya dan penuh tarikan dalam pancaran yang mengasyikkan. Putihnya kulit tidak tergambar. Hingga saat melihat kulitnya itu, maka keindahan di sekitarnya ibarat hilang tanpa disedari. Warna kulit si gadis itu ibarat satu magnet memerangkap fikiran Remi hingga menenggelamkan segala keindahan dunia. Putihnya bukan calang-calang. Putihnya persis mutiara termahal.

Sayangnya, wajah si gadis tidak sempat diperhatikan. Hanya sedikit sisi kanan wajah gadis itu diperhatikannya. Putihnya pipi itu sehingga kelihatan sedikit warna-warna kemerahan mungkin menahan sejuk di kedinginan pagi. Putihnya itu cukup menggambarkan betapa hebatnya keindahan si gadis yang sedang berjalan. Bertudung biru lembut dan berbaju kurung. Ringkas gayanya, namun tetap mempesonakan.  Itulah saat paling perlahan yang pernah dialami oleh Remi. Setiap langkah si gadis itu yang semakin jauh dari pandangan terus menjadi saat bermakna buat Remi.

Gadis itu memasuki ke sebuah bangunan. Dalam redup di dalam bangunan, dilindungi dari cahaya mentari, kulit si gadis itu terus memancarkan tarikan. Putihnya kulit ibarat tiada tandingan. Terus bersinar walaupun di bawah teduhan. Remi dalam kekesimaan. Walaupun hanya pergelangan tangan dan sisi kanan wajah si gadis itu sempat menjadi tatapan Remi, itu telah cukup buatnya bagi menyatakan kekaguman akan keindahan si gadis itu.

“Baru ku tahu, apa itu erti kecantikan seorang perempuan,” bicara Remi pada sahabatnya.
  
Hati Remi terus terdetik. Andai gadis si putih mulus itu menjadi teman seumur hidupnya, hanya dipejamkan mata, dibisukan suara. Dia akan terkesima, kerana tidak tahu bagaimana untuk meluahkan rasa kesyukuran. Andai gadis itu menjadi temannya, akan dirasakan bahawa seluruh hayat kehidupannya telah menjadi sempurna. Benar, Remi mendambakan seseorang seperti gadis bertudung biru itu sebagai teman hidupnya. Jika diikutkan hati, mahu saja untuknya terus menegur dan berbicara dengan gadis itu.

“Sudikah kamu menemani seluruh hidupku?” Itulah yang ingin diluahkan andai dia mampu berbuat demikian.

Bukan mudah melihat seorang gadis seperti itu. Berseorangan tanda berdikari. Berjalan penuh sopan, tanda dirinya masih lagi menjunjung adab dan kesopanan. Menundukkan pandangan, tanda dirinya menjaga hati agar tidak dicemari dengan bisikan-bisikan kemaksiatan. Bersederhana dalam berpakaian, tanda sifatnya yang penuh rendah diri. Tudung biru lembut yang dipakai si gadis itu tanda jiwa dan hati dalam ketenangan. Memaparkan keremajaan di sebalik kematangan. Biru itu satu perlambangan, gadis itu punyai kepercayaan yang sangat tinggi pada diri sendiri.

Remi memejamkan matanya cuba melelapkan diri. Malam itu, fikirannya menerawang terus dihantui dengan kisah keindahan si gadis tudung biru. Walaupun wajah gadis itu tidak terbayang, namun putih mulus warna kulit si gadis itu terus menjadi satu ingatan yang cukup mendalam kesannya. Dia ibarat telah jatuh cinta pada si gadis itu. Wajahnya tidak pernah dilihat, namun kehalusan jari jemari si gadis itu akan terus tersimpan dalam ingatan Remi.

Hari itu adalah hari terakhir Remi dan sahabatnya menuju ke kuliah. Kisah keesokannya, masing-masing pulang ke kampung menikmati seketika ruang waktu berehat sebelum mengharungi perjalanan peperiksaan. Sepanjang perjalanan pulang itu, Remi terus terbayangkan apa yang dialaminya pada hari sebelumnya. Impak yang dirasai cukup mendalam. Bayangan itu ternyata tidak dapat dipadamkan. Gadis itu laksana peluru yang ditembak menusuk ke hati Remi.  Pedihnya itu bukan satu kesakitan.  Pedihnya itu satu kenikmatan dalam rasa kerinduan.  Remi merindui si gadis tudung biru yang tidak diketahui paras wajahnya.

Saat sampai di kampung halaman, kelihatan rumahnya dikunjungi tetamu. Kepulangan secara mengejut, memberi nikmat yang berlainan. Si ibu menyambut anaknya dalam keterujaan walaupun kadangkala seolah-olah tidak percaya bahawa anaknya itu telah pulang ke kampung. Remi terus masuk ke dalam bertegur sapa dengan tetamu yang hadir di rumah. Agak ramai tetamu yang muncul, dan tidak dikenali kesemuanya.

“Kalau kamu tak tau sapa yang datang ni, inilah dia keluarga yang mak cerita dulu tu,” bicara ibu Remi.

Maka terus terlintas di fikirannya mengenai soal yang pernah dibincangkan ibunya. Soal perkahwinan yang diaturkan ibunya segar diingatan. Tiada perbincangan yang mendalam, sekadar memberi persetujuan menurut sahaja kemahuan ibunya. Maka, itulah sebab munculnya tetamu-tetamu yang tidak dikenali Remi itu. Itulah keluarga yang mungkin bakal menjadi keluarga mertuanya.

“Dan siapakah gadis pilihan ibu itu?” soal Remi tertanya-tanya.

 Remi berdebar bercampur kerisauan. Tertanya-tanya kisah kesudahan. Takut dirasai andai pilihan yang diputuskan ibunya itu satu kesilapan. Apa yang diharap mungkin tidak kesampaian. Maka keresahan semakin bertambah. Namun keterujaan turut dirasakan.

Saat ini, dirasakan Remi alangkah baiknya jika hari semalamnya dia terus melamar si gadis tudung biru saat gadis itu melintasi di hadapannya. Alangkah lega hatinya, jika gadis itu menjadi temannya. Fikiran bagai tiada kewarasan, mahu melamar si gadis di tepi jalan. Itulah yang berlaku bila debaran semakin menunjukkan kesan. Satu demi satu fikiran bermain. Ada kalanya, mahu sahaja ditolak pilihan ibunya itu, lantas mahu sahaja diceritakan akan gadis si tudung biru itu. Namun muncul pula satu persoalan. Siapakah gadis itu, kerana dirinya sendiri tak pernah melihat wajahnya apatah lagi mengetahui nama gadis itu.

“Assalamualaikum”

Mata Remi tertumpu di muka pintu. Saat itu matanya melihat jari jemari halus menyentuh tombol pintu. Remi terkejut. Sekali lagi terkesima dalam kejutan. Ibarat sebuah pengulangan hari semalam, mata Remi sekali lagi merasai satu tarikan. Perlahan-lahan jari itu semakin jelas kelihatan saat pintu semakin luas dibuka. Putih mulus bak mutiara, maka itulah yang dilihat pada tapak tangannya. Urat-urat halus turut kelihatan.  Cincin di jarinya pula menambahkan lagi seri kecantikan jari jemarinya.

Si gadis muncul di muka pintu. Dia menunduk, melindungi sebahagian wajahnya. Remi semakin berdegup kencang. Dia sekali lagi merasai pengulangan. Wajah putih halus dilihat sekali lagi. Pipi gadis itu dengan jelas kemerah-merahan mungkin menahan malu. Putihnya tidak tergambar. Maka, itulah sebab Remi terkesima.

Perlahan-lahan gadis itu mengangkat wajahnya. Sedikit demi sedikit semakin jelas kelihatan. Maka akhirnya, terserlah kesemua wajahnya. Kecantikan bukan kepalang. Cantik si gadis itu laksana cahaya bula purnama menyinari malam yang gelap. Si gadis itu melemparkan senyuman. Menghulurkan salam buat hadirin.

Remi terduduk. Hatinya terkejut. Tidak tahu cara untuk meluahkan rasa hatinya. Tidak tahu sama ada dirinya gembira ataupun kecewa. Dia seperti bermimpi, ibarat mimpi di alam khayalan. Indah berseri, dalam senyuman. Namun takut akan segala ancaman. Takut terjaga dari lena yang indah. Remi terkelu tanpa suara. Hasratnya ibarat termakbul sudah.

“Apakah aku bermimpikan tentang keindahan dunia, atau dunia yang indah ini bermimpikan tentang aku?” bisik Remi dalam kekejutan.

Si gadis itu adalah pilihan ibunya. Si gadis itu adalah calon isterinya. Diperkenalkan ibunya gadis itu kepada dirinya. Maka tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan ungkapan kesyukuran. Impian yang dikatakan mengarut akhirnya bertukar menjadi kenyataan.

“Apakah kamu si gadis tudung biru yang melintasi di hadapanku pagi semalam?” soal Remi kepada si gadis itu.

“Namaku Thahirah, tanda perkenalan,” balas si gadis itu dalam senyuman.









* Nota: ‘Oniks ‘itu membawa maksud sejenis batu permata yang mempunyai lapisan-lapisan yang beraneka warna.

(Sebuah cerpen hasil nukilan: Muhammad Yazid Rosly )


*Terima kasih kepada saudari Qis Kusulaiman atas memberi izin bagi menyiarkan gambar beliau dalam cerpen ini.

20 ulasan :

Nora_Aniza berkata...

semoga penulis juga pandai menilai, yang mana kaca yang mana mutiara.tetapi dari segi penulisan pun dah tahu, memang sangat pandai menilai :-)

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Insyaallah. Harap-harap tak tersalah pilih.

Tanpa Nama berkata...

Yazid Rosly gatai........!!!! poyoooooooo je lebih !!!!
ko ingat penulisan ko ni hebat sgt ke?
lepas tu poyo tulisan Islamik la...
padahal ko tu gatai...semua pompuan ko nak sebat....padahal dah ada tunang...sedar la bro....bukan pandai menilai ni tapi gatai je lebih...ko pilih la banyak2 pmpuan ko nak lepas tu ko tinggal depa...ko nak tackle semua pmpuan...

Castle Joker berkata...

Sila faham bahawa Yazid Rosly berkarya. Tidak semestinya Yazid Rosly ni gatai kalau dia menulis bertemakan wanita. Sila rasionalkan diri anda. Jangan hablurkan mata anda dengan mengganggap Yazid Rosly menjadikan diri beliau sebagai watak di dalam cerita. Jangan sakitkan hati anda dan hati penulis.

Tanpa Nama berkata...

berkarya kepala hotak ko...yazid rosly ni gatal ....poyooo je lebih...
bajet dia hebat dlm berkarya la konon.....ala kalau si sial yazid salah pilih, dia berlambak lagi pompuan simpanan dia...yazid ni PLAYBOY...tunjuk dlm penulisan kononnya Islamik dan ilmiah padahal nak kaburi mata pompuan...insaf la woi...ko ni makin lama makin menyampah aku tengok...kat kampus pun poyo je...aku rasa macam nak #@$#$%^ je ko ni...anak sapa la ni ye...

Nora_Aniza berkata...

tanpa nama : bercakap langsung xda budi bahasa. kalau berani cakap depan2..dah la xde nama.nampak sangat penakut. macam ni ke nak tegur khilaf org?

*tuan rumah ampunkan beta..kurang asam jawa extra tanpa bijik sungguh budak ni.

Jaundice berkata...

You know what tanpa nama go and F*** yourself!
You'll never win arguing with stupid a**h***!

Castle Joker berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Castle Joker berkata...

Amboi,bukan main marah dia!Tapi benar jangan dilayan biar dia syok sendiri.Melayan angin kus-kus.

Thahirah berkata...

Alahai. Nampak sangat 'tanpa nama' ni tak mengenali dengan mendalam saudara yazid ni. Jangan cakap sebarang cakap, sebab sekali jari anda tuju dengan segala tuduhan itu, akan muncul tiga jari yang tuju pada kamu. Insaflah kawan. Jangan main sedap menghentam orang lain. Saya sahabat yazid sejak kecil, dan saya tahu siapa dirinya yang sebenar.

Tanpa Nama berkata...

yazid ni gila pompuan..aku tahu la...si sial yazid ni memang SIAL !!!! konon dlm penulisan nk tnjuk dia ni Islamik...cis....hampeh... padahal KAKI POMPUAN !!! anak siapa la ye yazid ni...kesiannya....yang duk puji si sial ni watpe....nampak sangat yang korang ni kena KENCING oleh YAZID SIAL NI...aku bukan tuduh la woi..memang JELAS dia ni KAKI PMPUAN...konon amik TESL pastu nak tunjuk dia ni islamik...boleh BLAH la woi yazid....aku kenal pompuan2 yang dah kau kecewakan la woi...aku tahu sangat perangai ko ni yazid..

Thahirah berkata...

Kalau berani bagitaulah nama kamu. Cakap macam sampah, tak ada budi bahasa. Tuduh bukan-bukan. Konon tahu.

Apa yang kamu tahu?

Kalau betul, nyatakan nama wanita yang kecewa tu.

yazid memang tesl. tapi salahkan jadi islamik? Apa tesl itu perlu jadi terlalu kebaratan, sampai agama dibuang?

Kamu tak kenal betul-betul siapa yazid rosly. Jangan buat komen bodoh kamu....

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Alhamdulillah. Moga Allah beri rahmat padamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Tanpa Nama berkata...

cheeewahhhh...yazid tgh tunjuk dia cool tu...eleh...padahal tgh marah....bodo la yazid ni....menyampah betoi aku....kononnya macam alim warak la ko ni ye yazid..padahal playboy...ganggu pmpuan lain,ganggu awek orang,ganggu tunang org...bodoh..

Thahirah berkata...

Marah? Hahahah. Padahal abang yazid tergelak je bila baca komen2 kamu ni. Sangat melucukan buat dia dan kami semua. Memang betul, kamu ni ada masalah mental.

Zaki berkata...

wow.....semakin hebat kutukan si TANPA NAMA ni.......apa je la yang kau dapat cakap orang lain sial?kalau betul la dia buat semua benda tu, ada ke dia susahkan kau???kalau ada cakap la terang2.Jangan la kutuk maki hamun camtu je......

Nora_Aniza berkata...

Tanpa nama sedang menunjukkan kebodohan dia.. dan kebodohan ini telah di'share' oleh yazid di facebook.. dan semua orang gelakkan kebodohan 'tanpa nama'.. kesian... xjadi nak marah.jadi bahan lawak pula.

Pengangkut Sayur. berkata...

Hello! you ni stalker yazid ke sampai boleh jaga tepi kain dia and sampai tahu everything! I ni tak percaye ok.Kalau bab buaya ni I lagi pakar. Dah tiga kali I clash dengan buaya!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
maaf bertanya, kenapa kebanyakan post@entry saudara yazid banyak mengunakan gambar wanita??
seperti menjadi satu kewajipan pula..

Muhammad Yazid Rosly berkata...

Gambar adalah berdasarkan kesesuaian entri itu sendiri. Sekadar ilustrasi pembuka bicara sahaja. Andai bicara menyentoh persoalan mengenai kaum hawa, maka disesuaikan juga gambar itu dengan mereka. Kesemua gambar yang dipaparkan mendapat keizinan tuannya sendiri.