Konfrontasi menjengkelkan??


Menjengkelkan bagi mereka tak memahami apa sebenar yang berlaku. Sebuah ketenangan dikurniakan bila segala persoalan terjawab. Ibarat air dicincang tak akan putus, makanya harap kematangan dapat dibina. Sebagai hamba yang lemah, kealpaan kadang kala menjerat kita sehingga terlupa nilai hormat itu.

Sebuah konfrontasi yang temui jalan akhirnya, percayalah kalian tak tahu apa yang berlaku. Muklut itu fitnah, dan fitnah itu buruknya lebih dari bunuh. Tutupkan bicaramu dengan kesenyapan kerana segala konfrontasi itu satu kerahsiaan.

Bersyukur, kerana dilembutkan hati beri kekuatan hilangkan dan selesaikan persoalan. Hidup kembali di jalan kebiasaan.

p/s: ini nota pendek. Bukan bicara panjang ya....

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
konfrontasi tu apa ya?
-xpaham-
konfrontasi tu maksudnya perselisihan antara dua pihak. Maksudnya pergaduhan. Diambil dari perkataan English: confrontation.

Catatan Popular