How do I look?

Malam semalam, sedang asyik menonton televisyen, dua adik perempuan saya, Ann dan Aisyah tiba-tiba menarik rambut saya. Kata mereka: "Rambut abang panjang betul. Dah macam rambut perempuan."

Saya bergurau membalas: "Biasalah, orang hensem memang macam tu"

Ann membalas pula: "Ceh, hidung besar macam ekzoz kereta, hensem konon...."

Mak kemudian mencelah: "Kalau ikat rambut tu, dah jadi macam perempuan"

Saya membalas:"Ish, tak retilah nak ikat rambut..."

Aisyah membalas: "Aisyah reti buat. Mai Aisyah ikat rambut abang..."

Maka bermulah epik kisah cabaran mengikat rambut abang dengan jurudandannya terdiri daripada Ann dan Aisyah. Gelak ketawa terisi, dan akhirnya hasil diperlihatkan.

"Hah, dah macam samurai Jepun pula rambut abang ni," saya berkata.

Lantas Aisyah cepat-cepat mengambil kamera dan mengambil gambar saya. Dengan tocang sebanyak tiga diikat di kepala saya, maka seluruh rumah gelak ketawa.

"Amacam, kalau pergi sembahyang Jumaat macam ni?" soal Ann.

"Jawabnya, makan seliparlah dari tok imam," balas mak berseloroh.

Huh, indahnya malam itu. Suasana keluarga yang penuh menceriakan.

"Jangan jadi bapok sudah..." ayah bersuara tiba-tiba muncul di ruang menonton.

Itulah kisah pendek cerita bagaimana rambut saya menjadi begitu. So, how do I look? Is it funny or weird?
Hmmm.....


Ann, Ikhmal, dan Aisyah

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
lucu la abg yazid!
dan agak memalukan... :)
AliceXender berkata…
comel je your sisters!
sudah semestinya.... :)

Catatan Popular