Saya dah jatuh hati dengan lagu Maher Zain...


Pertama sekali saya nak nyatakan saya bukan peminat Maher Zain sebelum ini. Saya memang tak suka dengan lagu-lagu penyanyi ini. Mungkin sentimen anti lagu asing menyebabkan saya sukar untuk menerima lagu-lagu dari luar walaupun lagu tersebut punyai mesej yang cukup kuat. Itulah yang menyebabkan saya pekakkan telinga bila rakan serumah buka sekuat-kuatnya lagu Maher Zain ini.

Malah ada juga sahabat yang tagkan video dan lagu Maher Zain ini. Saya buat seperti orang dalam kebodohan tanda protes saya tak suka. Saya pernah nyatakan perkara ni pada Romie, kenyataan padanya saya memang tak cukup minat lagu Maher Zain ini. Semua jadi hairan, "Mengapa ya?..."

Saya tak dapat nak jawab. Itu rasa hati saya, nyatakan saya memang tak suka. Tapi ketidaksukaan itu akhirnya bertukar sebaliknya. Maksudnya?

Ya, saya dah jatuh hati pada Maher Zain. Bagaimana boleh berubah?

Entah. Semuanya mungkin bermula bila saya dengar lagu tersebut semasa perjalanan menuju ke KFC Tanjung Malim baru-baru ini. Saya tumpang kereta Arshad bersama Syafiq dan Ter, dan lagu Maher Zain berkumandang sepanjang perjalanan. Ya, tiba-tiba rasa hati berubah sekelip mata. Kata hati saya nyatakan, saya harus minati lagu ini. Saya jadi hairan. tapi itulah namanya keajaiban hati.

Ya, benar kata mak, jangan sesekali kamu membenci sesuatu, akhirnya benda yang kamu benci itu yang akan kamu paling suka.

Ya, saya tunduk mengakui hakikat itu. saya kini benar-benar menyukai Maher Zain....
Itulah sebabnya saya sanggup habiskan masa saya tadi ke Taiping semata-mata mahu mencari album original Maher Zain. Saya berjaya, dan itu sangat berbaloi.

Moralnya, jangan benci sesuatu perkara dengan mudah. Cuba kenali, dan jika boleh, cuba cintainya....

p/s: ini nota pendek, bukan bicara panjang...

Ulasan

AliceXender berkata…
Nice entry. :) sama la scenario kita cuma part suka MZ tu lain sikit. I kept listening to my housemate pasang kuat2 then at one point I searched for the lyrics. Studied them and straight away fell in love with his songs. Got his original cd right after that and then now my parents, my grandfathers ada a copy each. letak dalam their cars. all in all, learn to open up okay? kan dah terkantoi disitu. :)
hehehe, memang ada persamaannya. But I tak kaji liriknya sebab I dah tau semua liriknya. Just dulu tak berapa suka irama lagunya. Tapi tiba-tiba boleh berubah minat pada lagu ni. Maybe pengaruh kawan-kawan juga. Huh, sekarang ni tak sah kalau tak dengar lagu MZ setiap hari...

Catatan Popular