Isnin, 8 Ogos 2011

Jam ketiga: Apabila adikku menjadi arkitek....

Hujung minggu lalu, saya telah melapangkan masa untuk diluangkan bersama adik-adik saya. Saya mempunyai lima orang adik, dua daripanya kini menetap di Ipoh menyambung pengajian di sana. Maka, tinggallah saya bersama tiga orang adik yang masih kecil. Ikhmal (11 tahun), Aisyah (9 tahun), dan Adrina (7 tahun).

Adrina, Ikhmal, dan Aisyah

Hujung minggu itu saya habiskan masa dengan bermain Uno Stacko, satu permainan menyusun blok untuk membentuk menara yang tinggi. Konsep permainannya hampir sama dengan Uno Card, iaitu,  pemain berikutnya harus memilih kad nombor atau kad warna yang sama dengan nombor atau warna yang telah dipilih. Bagi Uno Stacko, pemain harus memilih blok bernombor yang sama atau blok warna yang sama, kemudian ditarik blok tersebut untuk diletakkan di bahagian atas menara. Pemain yang menjatuhkan menara akan dikira sebagai kalah.

Uno Stacko dengan sususan asal sebelum permainan bermula


Permainan ini kerap dimainkan bersama adik-adik kecil saya. Selalunya hampir sejam masa dihabiskan untuk bermain permainan ini, dan selalunya juga adik bongsu saya Adrina yang akan kalah.

Tak lama selepas tamat bermain Uno Stacko, adik lelaki saya Ikhmal tiba-tiba menyusun blok kembali blok-blok yang runtuh itu. Perlahan-lahan dia kemudian melakukan binaan-binaan yang menarik. Sebuah menara akhirnya siap, dan saya kagum dengan kebolehannya. Bukan mudah untuk menyusun blok-blok teresebut setinggi yang boleh, kerana kestabilan itu adalah amat penting. Tanpa berlengah, saya terus mengambil gambar.

Menara ciptaan Ikhmal


Ikhmal kemudian melakukan empat binaa lain. Antara yang dibinanya ialah piramid, pintu gerbang, dan menara berkembar.

Menara Berkembar

Pintu gerbang

Piramid


Saya akui, saya kagum dengan hasil kerjanya. Otaknya ternyata sangat kreatif, dan saya tak menjangka dengan blok-blok tersebut, akan terhasilnya binaan-binaa sedemikian. Apa yang penting, Ikhmal ternyata memahami dengan baik cara-cara untuk mendapatkan kestabilan dalam binaan bloknya.

Sekadar berkongsi kreativiti adik saya, dan di saat itu jugalah, hati saya terdetik bahawa mungkin satu hari nanti, Ikhmal akan menjadi seorang arkitek.

Insyaallah.



*Jam ketiga bagi "12 jam tanpa henti bicara di blog" ditamatkan. Jumpa di jam berikutnya.






2 ulasan :

hana banana berkata...

hana dulu pernah cita-cita nk jd arkitek!!!

Muhammad Yazid Rosly berkata...

sama jugak!
tapi cita-cita tak tercapai.
tapi jadi cikgu pun bagus jgk.... :)