Isnin, 8 Ogos 2011

Jam pertama: Setelah dua tahun, menyelusuri perubahan wajah Yazid Rosly

Manusia pasti berubah dari hari ke hari, kerana itulah fitrah kehidupan dunia. Muda pasti akan menemui yang tua, kerana umur akan senantiasa bertambah setiap kali masa berjalan.  Maka, itu jugalah yang saya lalui dan saya sedari.

Memahami akan hakikat itu, maka tercetus satu idea pada hari Sabtu yang lalu. Melihat kembali gambar-gambar saya beberapa tahun yang lalu telah membuatkan saya terlintas di fikiran untuk melakukan satu cadangan yang akan memperlihatkan perbezaan saya dahulu dan kini.

Maka, dua keping gambar yang diambil pada tahun 2009 telah saya pilih. Dua keping gambar itu adalah gambar yang kerap saya gunakan di blog dan juga di Facebook. Maka, dengan bantuan adik saya, menggunakan kamera digital yang sama, wajah saya terkini diambil gambarnya sekali lagi di tempat yang sama dan pada sudut yang sama, iaitu sama seperti keadaannya dua tahun yang lalu.

Mungkin dari sudut cahayanya terdapat sedikit perbezaan, dan mungkin juga sudut gambar yang diambil itu juga terdapat sedikit bezanya. Namun, harus diakui, bukan mudah untuk mengambil gambar yang sama keadaannya seperti dua tahun yang lalu. Namun, ucapan terima kasih buat adik saya, kerana dengan usahanya, setelah puluhan gambar diambil, barulah saya dapat mendapatkan gambar yang hampir sama seperti dua tahun yang lalu.

Maka inilah hasilnya, dan ternyata terdapat perbezaannya.


Tahun 2009
Gambar di sudut rak buku

Tahun 2011
Gambar di sudut rak buku yang sama selepas dua tahun

Tahun 2009
Gambar di sudut meja kerja 

Tahun 2011
Gambar di sudut meja kerja yang sama selepas dua tahun

Saya akui memang banyak perubahan dan perbezaannya. Mengikut kata mak saya, wajah saya agak berisi sedikit jika dibandingkan dua tahun yang lalu. Malah katanya lagi, wajah saya kelihatan agak berusia sedikit berbanding gambar pada tahun 2009 yang kelihatan lebih muda dan lebih remaja. Mungkin disebabkan saya kini telah bermisai dan berjanggut, tidak seperti dua tahun yang lalu.

Maka setelah melihat perbezaan itu, saya akui, memang benar manusia itu berubah.

Wallahualam.


*Jam pertama bagi "12 jam tanpa henti bicara di blog" ditamatkan.







4 ulasan :

hana banana berkata...

ha'ah..nmpk lebih berusia..mcm muka cikgu=p

Muhammad Yazid Rosly berkata...

dah boleh panggil pak cik kot... :)

Raja Noraniza berkata...

xde beza pun?hahaha...misai n janggut jer..hahha

Muhammad Yazid Rosly berkata...

hah. tu la bezanya.
janggut dan misai.... :)